BAGAN SERAI 24 Mac 2013 . - Kemahiran dalam memajukan sesuatu perniagaan amat diperlukan bagi memastikan bidang yang diceburi itu mendatangkan
kejayaan.Bagaimanapun, kemahiran tersebut tidak akan datang bergolek tetapi memerlukan kesungguhan individu berkenaan untuk mencari ilmu dan latihan bagi meningkatkannya.
Menyedari kepentingan latihan dalam meningkatkan kemahiran, KEMAS kawasan Bagan Serai di bawah unit Bahagian Pendidikan Masyarakat menyahut cabaran itu dengan menawarkan kursus bagi melahirkan lebih ramai usahawan dan pemilik salon kecantikan khususnya di kalangan beliawanis yang masih tercari-cari peluang pekerjaan .
Penyelia Kanan KEMAS, Puan Madihah Omar berkata ,bidang kecantikan mempunyai potensi besar untuk berkembang dan memberikan pendapatan lumayan kepada mereka yang serius mengusahakannya .
"Bidang ini masih kurang disertai oleh orang Melayu terutama golongan beliawanis .Tenaga pengajar Cik NurAslina Binti Mohamad yang merupakan pemaju masyarakat KEMAS dari Kampar telah memberi tunjuk ajar berkonsepkan Islam di mana semua perkhidmatan dan latihan menekankan pendekatan nilai-nilai murni mengikut syariat Islam.
''Sebagai contoh, dalam modul mekap pengantin, agama Islam melarang untuk mencabut bulu kening. Oleh itu Cik Nur Aslina mengajar mereka mengunakan kaedah tertentu tanpa perlu mencabut bulu kening tetapi masih akan kelihatan cantik dan menawan," katanya.
Menurut Puan Madihah Omar, bidang kemahiran yang khusus ini diadunkan bersama pembentukan jati diri melalui program bina insan.
Kursus ini di serikan lagi dengan kehadiran Datin Mazidah Binti Hamidon , Isteri Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan