PARIT BUNTAR - Bengkel Pemantapan Tugas Penyelia dan Pemaju Masyarakat Unit Pendidikan Masyarakat KEMAS Daerah Kerian Siri 1 telah diadakan Pusat Aktiviti KEMAS Kampung Nelayan, Kuala Kurau pada 29 Mei 2012 yang lalu. Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada Penyelia-penyelia dan Pemaju-Pemaju Masyarakat Unit Pendidikan Masyarakat KEMAS Daerah Kerian telah menyertai bengkel tersebut.
Bengkel ini bertujuan untuk memberi penerangan, kefahaman dan percambahan idea dalam peningkatan kualiti Program Pendidikan Kesejahteraan Keluarga. Bengkel ini juga bagi mempertingkatkan keupayaan penggunaan fakta, sumber dan masa supaya berada di tahap optima. Pengisian bengkel ini adalah berbentuk teori dan praktikal.
En. Ahmad bin Awang, Pembantu Pembangunan Masyarakat Kanan, KEMAS Negeri Perak yang hadir sama berharap, dengan adanya bengkel ini, Pemaju-pemaju Masyarakat memperbaiki kelemahan yang sediada dan mempertingkatkan lagi kemahiran dan teknik pengajaran supaya para peserta tidak jemu untuk mengikuti kelas PKK dan PK.
Disamping itu, para peserta juga diberi bimbingan cara
pembuatan Bunga Dip dan juga gubahan kreatif Bungai Dip oleh Cik Khadijah binti Ahmad, Pemaju
Masyarakat Pendidikan Kesejahteraan
Keluarga (PKK) dari KEMAS Parlimen Batu Gajah.
Semua peserta bengkel dilihat sangat bersemangat dan ceria sepanjang
mengikuti bengkel tersebut dan berazam akan memberikan perkhidmatan yang
terbaik bagi mencapai matlamat jabatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan