Jumaat, 20 Jun 2014

KURSUS PEMBANTU PEMAJU MASYARAKAT KEMAS PERAK SIRI 1 (BAHAGIAN 1)

Unit Latihan & Koperat KEMAS Perak akan mengadakan Kursus Wajib kepada Pembantu Pemaju Masyarakat Tabika dan Taska (Zon Utara) bermula 23 Jun hingga 27 Jun 2013 di Rumah Peranginan, Pengkalan Hulu, Perak.
Seramai 42 orang PPMS akan terlibat dari Parlimen Parit Buntar, Parlimen Bagan Serai, Parlimen Larut, Parlimen Taiping, Parlimen Bukit Gantang, Parlimen Sungai Siput, Parlimen Kuala Kangsar, Parlimen Lenggong dan Parlimen Gerik.
Seramai 9 orang penceramah akan terlibat terdiri daripada Penolong Pengarah Penguran 1, PKD dan PPS.
Perasmian Penutup akan di sempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Ahmad Kamal Idris Hj Mohd Nawawi, Pengarah KEMAS Perak pada 27 Jun 2013 (Khamis) jam 11.30 pagi.

Selasa, 17 Jun 2014

KEMAS ADA DIMANA MANA !!!!!!!

Pada 18 Mei hingga 31 Mei 2014 yang lepas KEMAS Ipoh Timor telah dipertanggungjawab untuk  membantu gerak kerja sosial di PDM Batu 12 Teluk Intan. 



Dengan kekuatan seramai 5 orang kakitangan Kemas Ipoh Timor, dipertanggungjawabkan dan amanah yang diberi dapat dilakukan dengan jayanya. Kemas Ipoh Timor dipertanggungjawab untuk menyalaras program dan membuat demonstrasi masakan kepada penduduk kampong. 

                            

Jentera Gerak kerja sosial Kemas Ipoh Timor telah diketua oleh En. Hasri bin Abdul Karim, Penyelia Kanan Kemas Ipoh Timor. Sambutan dan kerjasama dari penduduk setempat amatlah baik dan memberi sokongan yang amat menggalakkan setiap program yang diadakan.


PROGRAM PENERANGAN DAN BENGKEL KEIBUBAPAAN KEMAS IPOH TIMOR

Majlis Penerangan dan Bengkel Keibubapaan Kemas Ipoh Timor  yang  telah diadakan pada 26 April 2016  bertempat di Dewan Komuniti Kg. Cempaka Sari, Parlimen Ipoh Timor. 


Tujuan program ini di adakan bagi menerangkan dan mewar warkan kepada ibu bapa dan masyarakat pengisian dan aktiviti yang diadakan dalam unit Pra-Sekolah Kemas Malaysia.  


Demontrasi masakan menu sihat untuk kanak-kanak Tabika seluruh Kemas Malaysia telah diadakan.  

Beberapa pengisian telah diadakan seperti Pertandingan Puzzle untuk kanak-kanak yang berumur 3 tahun hingga 5 tahun dan Pertandingan Membuat Sandwich diantara pemaju sukarelawan telah diadakan. Majlis telah dapat menarik ibubapa dan masyarakat untuk mendekati lebih dekat lagi terhadap Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Perak.

Program telah dirasmikan oleh En. Mohd Syukri bin Ibrahim , Penolong Pengarah Latihan dan Koparat  Kemas Negeri Perak mewakili Pengarah Kemas Perak. 

Isnin, 16 Jun 2014

BENGKEL PROFESIONALISME KEMAS ZON D (MANJUNG DAN PERAK TENGAH)

Bengkel diadakan di Institut Latihan KEMAS Seri Iskandar pada 05 April 2014. KEMAS yang terlibat adalah KEMAS Parit, KEMAS Lumut, KEMAS Beruas dan KEMAS Pasir Salak. Perasmian telah di laksanakan oleh Tuan Ahmad Kamal Idris b. Hj. Nawawi, Pengarah KEMAS Negeri Perak. En. Ali Hanafiah b. Abu Hassan, Penolong Pengarah KEMAS Perak, turut hadir bagi merasmikan acara penutup bengkel tersebut.


Turut hadir adalah Penyelia Kanan KEMAS Parit, Hajah Zaharah bt Hj. Ahmad, Penyelia Kanan KEMAS Pasir Salak, En. Nasurunnasir b. Hj. Alias dan Penyelia Kanan Beruas, En. Shukri. Majlis Penyampaian Sijil  kepada Penyelia Kanan juga turut menjadi acara utama.


Seramai 450 kakitangan KEMAS hadir di perjumpaan tersebut. Bengkel diadakan bertujuan bagi memantapkan lagi keupayaan pemaju masyarakat bagi melaksanakan tugasan harian dengan lebih berkesan dan cemerlang. Disamping itu juga, KEMAS Negeri turut menyediakan fasilitator bagi memberi input-input baru untuk menjalankan tugasan dengan arah tujuan dan matlamat yang betul.


Bengkel diadakan bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 5 petang. Terma kasih kepada semua pemaju masyarakat yang hadir walaupun pada hari cuti. Tahniah!

MAJLIS PERPISAHAN KAKITANGAN NEGERI DI SIMPANG 3



Hari ini jam 1.40 tengahari bertempat di restoran Simpang 3 Ipoh satu majlis jamuan diadakan bagi meraikan kepada kakitangan negeri yang bersara Pn Fauziah binti Hanim Penyelia Pengurusan Kemas Negeri dan Faizaitul Sharina Bt Zulkifli Penyelia Operasi 2 yang bersara dan bertukar ketempat kerja baru.


Turut hadir didalam majlis En Anuar bin Shafie PO Pengurusan 2, PP Pngurusan 2, Tn Hj Muhammad bin Hussain PP Operasi 2.  Husin bin Sidek PP Operasi 1 dan En Ali Hanafiah bin Abu Hassan PP Pengurusan .

Karnival Fiesta Mesra Belia 1 Malaysia - PARIT



PARIT, 12 APRIL 2014 - Karnival Fiesta Mesra Belia 1 Malaysia membuka peluang kepada golongan belia melalui pelbagai acara dan aktiviti yang disediakan mengikut kehendak dan gaya hidup mereka.

Karnival Fiesta Mesra Belia 1 Malaysia yang melibatkan yang melibatkan semua daerah adalah sebagai laluan untuk mengetengahkan bakat-bakat belia sebagai mengisi slot untuk Festival Belia Putrajaya yang bakal berlangsung dari 23 hingga 25 Mei nanti. Konsep Laluan ke Putrajaya atau ‘Road to Putrajaya’ membuka peluang kepada belia di peringkat akar umbi untuk bersaing melalui aktiviti berbentuk pertandingan di peringkat daerah sebelum dipilh untuk bersaing di peringkat negeri. Pemenang di peringkat negeri pula secara automatik mewakili negeri masing-masing untuk mencari juara di Putrajaya Mei nanti.



di Parit, Karnival Fiesta telah diadakan di dataran Parit dan Perasmian Pembukaan telah dilakukan oleh YB. Dato' Shahrul Zaman Yahya ~ Exco Belia, Sukan, Komunikasi & Multimedia Negeri Perak. Hadir sama, Pengerusi Majlis Belia Daerah Perak Tengah dan Pegawai Belia dan Sukan Perak Tengah.

Golongan belia di negara ini seharusnya tidak melepaskan peluang ini untuk menonjolkan bakat yang ada disamping menyokong program yang disediakan untuk mereka. Pada majlis ini juga, Dato’ Shahrul menunjukkan gayanya dengan menyertai aktiviti senamseni yang disediakan sebagai pembukaan karnival bersama-sama pengunjung yang datang. 




Karnival Fiesta Mesra Belia 1 Malaysia bermula dari pukul 8.00 hingga 10.00 malam dengan menyediakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk kerohanian, kecergasan, rekreasi dan beberapa segmen yang lain mengikut citarasa belia.

KEMAS Parit telah di jemput untuk menyediakan pertandingan yang melibatkan penyertaan belia dan Tabika. Antaranya adalah seperti Pertandingan Gubahan Bunga, Pertandingan Gubahan Tuala, Pertandingan Dekorasi Kek dan Pertandingan Mewarna.

Gambar sepanjang aktiviti karnival di Parit...



Sabtu, 17 Mei 2014

KUNJUNGAN KASIH DI DUN KUALA SAPETANG

BUKIT GANTANG, 4.5.2013 ( Sabtu ) - KEMAS Bukit Gantang masih meneruskan misi Skuad Kunjungan Kasih dengan mendekati penduduk di Kampung Jebong dan Kampung Tebok di DUN Kuala Sapetang semalam. Skuad ini telah dibahagikan kepada 2 kawasan yang diketuai oleh Pn. Ashanorle binti Ahmad dan Pn. Saadiah binti Salleh.
Pn. Ashanorle binti Ahmad telah mengetuai Skuad yang berkunjung ke Kampung Jebong. Oleh kerana Kampung Jebong mempunyai kepadatan penduduk yang agak tinggi Skuad ini telah dipecahkan kepada 5 bahagian yang diterajui oleh Jalinan Rakyat tempatan.
Manakala Pn. Saadiah binti Salleh telah mengetuai Skuad di Kampung Tebok, Matang. Skuad ini turut dipecahkan kepada beberapa bahagian dan juga diterajui oleh pimpinan Jalinan Rakyat tempata. Anggaran keseluruhan yang terlibat secara lansung dengan misi ini adalah seramai 40 orang.
Masih lagi mengekalkan kerjasama diantara KEMAS dan Jalinan Rakyat tempatan mendapat sanjungan daripada masyarakat tempatan. Hampir keseluruhan warga tempatan yang ditemui amat menyenangi kehadiran KEMAS bersama anggota Jalinan Rakyat dan mereka memuji sikap 1 Malaysia yang ditunjukkan. Seramai 410 orang penduduk tempatan telah ditemui dikedua-dua kampung.


ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...