Memaparkan catatan dengan label PTSR TELUK INTAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PTSR TELUK INTAN. Papar semua catatan

Jumaat, 5 April 2013

SEPETANG PEMIMPIN BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG BAHAGIA

oleh: zuraidah sulaiman

        Teluk Intan- Sepetang pemimpin bersama penduduk Kampung Bahagia telah diadakan pada 19 mac 2013 jam 3.00 petang. Pemimpin yang hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan, Ketua Wanita UMNO Bahagian, Ketua Kampung, Penyelia KEMAS dan penduduk setempat.Dikesempatan petang itu penduduk penduduk Kampung Bahagia dapat menjalinkan hubungan erat diantara mereka dan juga pemimpin pemimpin yang menjadi rujukan masalah setempat.Program yang berlangsung secara santai tapi penuh dengan informasi dan penduduk saling bertukar pandangan mengenai penambahbaikan yang mampu dilaksanakan oleh kepimpinan di Teluk Intan./span>





Tujuan utama program ini untuk mendekati rakyat dan memahami kehendak rakyat.Disamping itu acara sebegini dapat memberikan penerangan tentang dasar dasar kerajaan yang sedang berlangsung seperti Kedai Rakyat 1 Malaysia (K1RM).Pemberian (BR1M) yang mana menguntungkan rakyat dari segi perlaksanaannya.

Jumaat, 29 Mac 2013

DANDANAN DIRI REMAJA IDEAL

oleh: zuraidah sulaiman


             Teluk Intan, 28 mac 2013 - Unit CPM KEMAS Teluk Intan telah membuat Program Dandanan Diri yang telah diadakan di Tabika KEMAS Kampung Banjar. PM PKK iaitu Puan Norshidah bt Asmuni dan En. Faridh Asrol b Hj Yahya sebagai Penyelia telah menerajui program ini. Kehadiran program tersebut seramai 45 orang. Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Kampung, Ketua Wanita Cawangan, EXCO Wanita Cawangan, PKD KEMAS Teluk Intan, Penyelia-penyelia KEMAS Teluk Intan dan remaja di sekitar Kampung Banjar.

       Tujuan utama program tersebut ialah untuk menarik minat remaja berkumpul dengan pemimpin setempat sambil membuat demontrasi dandanan diri yang didatangkan khas dari AVON Teluk Intan.





                                  


 PKD Hilir Perak iaitu Puan Zafina bt Sulaiman mengaskan terutama kepada pengundi muda bersiap sedia untuk PRU 13 yang akan datang ini. "Sokonglah kerajaan yang ada sekarang" tegas PKD lagi.

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...