Memaparkan catatan dengan label TELUK INTAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TELUK INTAN. Papar semua catatan

Khamis, 18 April 2013

DEMONTRASI MASAKAN

oleh: zuraidah sulaiman







Teluk Intan - Demontrasi masakan telah diadakan di Pulau Ganda Suli pada 11.4.2013. Kehadiran seramai 30 orang termasuk Ketua cawangan AJK dan penduduk tempatan. Demontrasi ini telah memberi peluang kepada penduduk untuk menambah pengetahuan dalam masakan terutama untuk membuat kek cup. Para peserta merasa bertuah kerana dapat menjayakan demontrasi pada hari tersebut.

Jumaat, 5 April 2013

SIRI MENDEKATI BEKAS ANGGOTA KEMAS

oleh: zuraidah sulaiman




 Teluk Intan- Siri mendekati bekas anggota KEMAS telah seminggu berlangsung dan pada 3 April 2013 Kami telah berkunjung ke rumah Hjh Sharifah bt Hamzah dan ke rumah Hjh Zaiton bt Abd Rahman di Kampung Batak Rabit. Beliau ini adalah bekas PM Bina Insan Parlimen Teluk Intan. Siri jelajah ini telah di ketuai oleh Pn Hjh Zainun bt Ahmad, Penyelia Kanan KEMAS. dalam usaha Kerajaan membela nasib rakyat. walaupun sudah bersara daripada KEMAS dalam PRU 13 ini. Kunjungan kami di sambut dengan baik sekali dan mereka merasa teruja dengan kedatangan kami. "Insyaallah kami tidak berubah, dan masih lagi menyokong  kerajaan yang sedia ada", tegas Hjh Sharifah dan Hjh Zaiton. 

KUNJUNGAN MESRA PEMIMPIN KE KAMPUNG PULAU GANDA SULI.

oleh: zuraidah sulaiman





Teluk Intan- Kunjungan mesra pemimpin ke rumah penduduk di Pulau Ganda Suli pada pagi 19 mac 2013 diketuai oleh PKD Hilir Perak. Turut serta kunjungan ini ialah Dato' Hjh Siti Zainun bt Abu Mansur Ketua Wanita UMNO Bahagian Teluk Intan, Penyelia Pra Sekolah, Penyelia CPM, dan Penyelia Perhubungan. Tujuan kunjungan ini ialah untuk beramah mesra sambil menziarahi penduduk kampung untuk mengukuh salturrahim penduduk dengan Jabatan Kemas 


Selasa, 2 April 2013

DEMONTRASI MASAKAN PUDING SUMI

oleh; zuraidah sulaiman


Demontrasi masakan puding sumi oleh Pn. Norshidah bt Asmuni (PM CPM)

         Teluk Intan, 8 mac 2013 - Bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Kerawai telah diadakan demontrasi masakan puding sumi. Demontrasi ini dijalankan selama 3 jam yang disampaikan oleh Pn Norshidah bt Asmuni (Penyelia Pendidikan Masyarakat). Seramai 30 orang penduduk setempat telah menghadirkan diri dalam program tersebut. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua wanita Cawangan Kampung Sungai Kerawai dan beserta jawatankuasanya.



Peserta demontrasi merasa bertuah kerana dapat menambah lagi ilmu dalam masakan ini. Mereka berterima kasih kepada pihak KEMAS kerana menganjurkan program tersebut.

Ahad, 31 Mac 2013

DISKUSI ILMIAH JELAJAH KE KAMPUNG PADANG TEMBAK DALAM

oleh: zuraidah sulaiman


Ketua Kampung sedang memberi ucapan
 

Teluk Intan, 27 mac 2013 - Siri jelajah diskusi ilmiah telah kembali bermula ke Kampung Padang Tembak Dalam. Seramai 40 orang telah hadir menjayakan majlis tersebut. Turut hadir ialah Ketua Kampung, Ketua UMNO Cawangan Padang Tembak Dalam, Ketua Wanita Cawangan dan Penduduk Kampung Padang Tembak.


Ustaz Mohamad b Jaafar sedang memberi ceramah



Penduduk yang hadir

Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Mohamad b Jaafar PM Bina Insan KEMAS Teluk Intan. Dalam ceramah beliau, menegaskan tentang pentingnya perpaduan dikalangan penduduk Kampung lebih-lebih lagi menjelang pilihanraya yang akan datang. Oleh yang demikian beliau menegaskan bersatu padu antara penduduk amatlah penting untuk mencapai kemenangan PRU 13 yang akan datang.

Jumaat, 29 Mac 2013

BACAAN YASIN DAN MESYUARAT JKPP KEMAS PARLIMEN TELUK INTAN

oleh: zuraidah sulaiman


      Teluk Intan, 29 mac 2013 - KEMAS Teluk Intan telah mengadakan bacaan yasin dan mesyuarat JKPP Kawasan pada 29 mac 2013 bertempat di Bangunan Tabika KEMAS RPA 4, Batak Rabit pada jam 9.00 pagi. Semua kakitangan KEMAS Teluk Intan seramai 55 orang telah hadir kecuali PM yang berkursus KDC. Semasa bacaan yasin berlangsung turut hadir juga Pengerusi Aktiviti KEMAS Parlimen Teluk Intan merangkap Pengerusi AJK KEMAS RPA 4 Batak Rabit iaitu En. Abd Razak b Abdullah.














Agenda program pada pagi ini ialah bacaan yasin khas untuk pejuang di Lahad Datu, PRU 13 dan kepada kawan kita yang meninggal di Lenggong minggu lepas.  

Rabu, 27 Mac 2013

DISKUSI ILMIAH MEMBENTUK PERPADUAN UMMAH




oleh: zuraidah sulaiman

        Teluk Intan, 26 mac 2013, 3.00 ptg - Kampung Pulau Ganda Suli telah mengadakan diskusi ilmiah yang telah disampaikan oleh Ustaz Abd. Khodir b Rejab (Penyelia Bina Insan Teluk Intan). Seramai lebih 50 orang telah hadir menjayakan program ini. Turut hadir ialah Ketua Kampung, Ketua Cawangan, Ketua Wanita dan penduduk setempat.



Antara ceramah yang disampaikan ialah isu semasa. Ustaz Abd Khodir telah menyentuh PRU 13 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Beliau mengharapkan penduduk di kampung ini hendaklah berusaha untuk memastikan kemenangan dalam pilihanraya kali ini.


KEMAS TELUK INTAN DEKATI REMAJA IDEAL


Oleh: Zuraidah Sulaiman
Teluk Intan 21 Disember 2012. Lebih 250 orang remaja di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) DUN Changkat Jong  telah mengambil Bahagian dalam acara sukan seperti  futsal (Remaja lelaki) batu seremban dan congkak (Remaja perempuan). Ini adalah bertujuan untuk menarik golongan muda untuk bergerak aktif dalam sukan dan seterusnya aktif dalam sukan

Program ini telah dijalankan di Dewan Sebaguna Taman Perwira Kampung Padang Tembak 36000 Teluk Intan. Perasmian Program ini telah disempurnakan oleh Puan Zafina bt Sulaiman  Pegawai KEMAS Daerah Hilir Perak. Dalam ucapan beliau menegaskan kepada remaja-remaja supaya peka dengan keadaan  politik sekarang yang meletakan nilai yang salah seperti berdemonstrasi, perhimpunan haram dan banyak lagi pekara-pekara yang meyanggah nilai budaya kita sendiri.

Rabu, 20 Mac 2013

SEMBANG SEPETANG PENDUDUK KAMPUNG BERSAMA KETUA UMNO BAHAGIAN


oleh: zuraidah sulaiman


Teluk Intan, 16 Mac 2013 4.15 ptg - Sembang sepetang penduduk Kampung Banjar bersama Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan (Datuk Idris b Hashim) telah diadakan di kedai Aris b Baharudin. Seramai 50 orang penduduk Kampung Banjar telah menghadiri sembang sepetang ini. Selain penduduk setempat, kehadiran terdiri dari EXCO UMNO Bahagian Teluk Intan, Pengerusi Aktiviti KEMAS Parlimen Teluk Intan (En. Abd Razak b Abdullah), Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian merangkap Penyelia Kanan Perhubungan KEMAS Teluk Intan, Ketua Wanita UMNO Cawangan Kampung Banjar, Ketua Kampung Banjar dan JKKK Kampung Banjar. 

Datuk Idris b Hashim berbual mesra bersama Ketua Kampung, Pengerusi  Aktiviti  KEMAS  Parlimen Teluk Intan serta Penduduk Kampung
Tujuan utama program sembang sepetang ini adalah untuk berbual mesra dengan penduduk setempat tentang masalah Kampung dan isu semasa. Selain itu,untuk mengeratkan lagi ikatan silaturrahim diantara pemimpin dan penduduk Kampung Banjar.
Minum petang bersama penduduk

Program ini telah dianjurkan oleh unit Perhubungan KEMAS Parlimen Teluk Intan. Dalam ucapan ringkas Datuk Idris b Hashim, beliau menekankan PRU 13 adalah pilihanraya yang paling mencabar. Dengan itu beliau berharap supaya sokongan padu harus ditekankan di semua peringkat. "Sokonglah Barisan Nasional dan jangan memilih siapa calon...yang penting kita akan menang pada pilihanraya yang akan datang...." tegas beliau. Dalam ucapan Ketua Kampung, beliau mengucapkan terima kasih kepada KEMAS Parlimen Teluk Intan  terutama kepada Puan Zafina bt Sulaiman (Pegawai KEMAS Daerah Hilir Perak) kerana menganjurkan program sembang sepetang ini.

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...