Rabu, 20 Mac 2013

SEMBANG SEPETANG PENDUDUK KAMPUNG BERSAMA KETUA UMNO BAHAGIAN


oleh: zuraidah sulaiman


Teluk Intan, 16 Mac 2013 4.15 ptg - Sembang sepetang penduduk Kampung Banjar bersama Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan (Datuk Idris b Hashim) telah diadakan di kedai Aris b Baharudin. Seramai 50 orang penduduk Kampung Banjar telah menghadiri sembang sepetang ini. Selain penduduk setempat, kehadiran terdiri dari EXCO UMNO Bahagian Teluk Intan, Pengerusi Aktiviti KEMAS Parlimen Teluk Intan (En. Abd Razak b Abdullah), Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian merangkap Penyelia Kanan Perhubungan KEMAS Teluk Intan, Ketua Wanita UMNO Cawangan Kampung Banjar, Ketua Kampung Banjar dan JKKK Kampung Banjar. 

Datuk Idris b Hashim berbual mesra bersama Ketua Kampung, Pengerusi  Aktiviti  KEMAS  Parlimen Teluk Intan serta Penduduk Kampung
Tujuan utama program sembang sepetang ini adalah untuk berbual mesra dengan penduduk setempat tentang masalah Kampung dan isu semasa. Selain itu,untuk mengeratkan lagi ikatan silaturrahim diantara pemimpin dan penduduk Kampung Banjar.
Minum petang bersama penduduk

Program ini telah dianjurkan oleh unit Perhubungan KEMAS Parlimen Teluk Intan. Dalam ucapan ringkas Datuk Idris b Hashim, beliau menekankan PRU 13 adalah pilihanraya yang paling mencabar. Dengan itu beliau berharap supaya sokongan padu harus ditekankan di semua peringkat. "Sokonglah Barisan Nasional dan jangan memilih siapa calon...yang penting kita akan menang pada pilihanraya yang akan datang...." tegas beliau. Dalam ucapan Ketua Kampung, beliau mengucapkan terima kasih kepada KEMAS Parlimen Teluk Intan  terutama kepada Puan Zafina bt Sulaiman (Pegawai KEMAS Daerah Hilir Perak) kerana menganjurkan program sembang sepetang ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...