Memaparkan catatan dengan label KIV. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KIV. Papar semua catatan

Selasa, 2 April 2013

PTSR1-KEBUN DAPUR SAYONG




Oleh : Nazrul Taharim

Kuala Kangsar – Mac 2013,KEMAS Kuala Kangsar di bawah Pembangunan Pra Sekolah telah mengadakan program  kebun dapur di TABIKA KEMAS Sayong. Program ini juga melibatkan masyarakat setempat yang agak ramai bagi mengindahkan Bangunan TABIKA dan yang paling utama mewujudkan Kebun Dapur di TABIKA KEMAS.
Antara aktiviti yang diadakan dalam program tersebut termasuklah gotong-royong persekitaran premis KEMAS, dan menanam pelbagai pokok sayuran. Program tersebut disempurnakan oleh En Abdul Wahab B Osman,Pegawai KHAS ADUN Bukit Chandan.Manakala wakil KEMAS Kuala Kangsar ialah Pn Hjh Musalmah bt Muhamad,Penyelia Pra Sekolah. 

Di dalam ucapan Pn Hjh Musalmah,Beliau menyifatkan aktiviti sebegini amat wajar diadakan di setiap premis bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan harian membeli sayuran malah dapat mengelakkan daripada racun serangga dan baja kimia dalam sayuran yang dibeli. 
Membudayakan bumi hijau adalah amat penting bagi mendidik masyarakat disamping memupuk semangat silaturrahim dan saling bekerjasama antara satu dengan lain. Aktiviti sebegini dapat mewujudkan kejiranan yang muafakat. Selain dari TABIKA KEMAS Sayong yang mengadakan aktiviti sebegini,TABIKA KEMAS RPA 4 juga turut serta menjalankan aktiviti dan akan dibawa ke kelas TABIKA lain di Parlimen Kuala Kangsar dari masa ke semasa.

En Abd Wahab amat bangga dengan projek yang dijalankan oleh KEMAS Kuala Kangsar dan perlu di praktikkan di rumah masing-masing.kebun Dapur merupakan aktiviti yang telah diwar-warkan oleh kerajaan sejak dari dahulu lagi.






Isnin, 1 April 2013

PROGRAM MESRA RAKYAT BERSAMA PEMIMPIN DI SIMPANG 3

Disediakan oleh : shafika


JAM 9.00 malam telah berlangsungnya satu Program Mesra Rakyat di Pusat Daerah Mengundi di Simpang 3 Rungkup ini pada hari sabtu,30 mac 2013.Program ini telah dihadiri kira-kira seratus lebih yang terdiri dari pelbagai golongan peringkat umur tidak kira golongan tua atau muda,wanita mahupun lelaki.Pada  awal majlis program ini telah di beri ucapan oleh Encik Amat bin Mohd Atar selaku AJK UMNO Bahagian DUN Rungkup diikuti dengan ucapan dari Dato' Halim selaku AJK UMNO Bahagian DUN Rungkup juga kemudian  Kapten Bersara Encik Toha' bin Bahari juga turut mrnyampaikan sepatah dua kata,beliau juga merupakan Pegawai Khas DUN Rungkup.
 
 
 
Selain dari itu juga, antara tetamu lain yang hadir bersama ialah Ketua Kampung Matang Kunda En Asmawi,Tuan Haji Omar Ahmad selaku Ketua Kampung Simpang 3 dan tidak ketinggalan Penyelia Kanan KEMAS Cik Aminah Manap dan beberapa Pemaju Masyarakat KEMAS juga turut hadir bersama di program ini.
Didalam program ini setiap pemimpin telah menyentuh topik mengenai peranan dan tanggungjawap oleh setiap orang yang akan bekerjasama dalam PRU 13 yang akan datang tidak lama lagi.Penduduk kampumpung juga diberi peluang untuk bertanyakan perkara yang kurang difahami supaya lebih jelas dan difahami.
Program ini telah berakhir pada jam 12.30 malam dengan sedikit jamuan dan sembang-sembang bersama pemimpin.

PROGRAM SUKANEKA BERSAMA PENDUDUK KG SG TONGGANG ULU KINTA

PROGRAM SUKANEKA BERSAMA PENDUDUK KG SG TONGGANG ULU KINTA (PTSR)
Dirasmikan oleh Y.BHG Datuk Aminuddin Bin Haji Md Hanafiah selaku Setiausaha Politik Menteri Kewangan 2, YB Dato' Seri Haji Ahmad Husni Bin Haji Mohd Hanadzlah.

Program diadakan pada 16/03/2013, acara yang di jalankan seperti anyaman,sukaneka serta memarut kelapa yang di sertai oleh para penduduk Kampung Sungai Tonggang,Hulu Kinta.



ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...