Selasa, 2 April 2013

PTSR1-KEBUN DAPUR SAYONG




Oleh : Nazrul Taharim

Kuala Kangsar – Mac 2013,KEMAS Kuala Kangsar di bawah Pembangunan Pra Sekolah telah mengadakan program  kebun dapur di TABIKA KEMAS Sayong. Program ini juga melibatkan masyarakat setempat yang agak ramai bagi mengindahkan Bangunan TABIKA dan yang paling utama mewujudkan Kebun Dapur di TABIKA KEMAS.
Antara aktiviti yang diadakan dalam program tersebut termasuklah gotong-royong persekitaran premis KEMAS, dan menanam pelbagai pokok sayuran. Program tersebut disempurnakan oleh En Abdul Wahab B Osman,Pegawai KHAS ADUN Bukit Chandan.Manakala wakil KEMAS Kuala Kangsar ialah Pn Hjh Musalmah bt Muhamad,Penyelia Pra Sekolah. 

Di dalam ucapan Pn Hjh Musalmah,Beliau menyifatkan aktiviti sebegini amat wajar diadakan di setiap premis bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan harian membeli sayuran malah dapat mengelakkan daripada racun serangga dan baja kimia dalam sayuran yang dibeli. 
Membudayakan bumi hijau adalah amat penting bagi mendidik masyarakat disamping memupuk semangat silaturrahim dan saling bekerjasama antara satu dengan lain. Aktiviti sebegini dapat mewujudkan kejiranan yang muafakat. Selain dari TABIKA KEMAS Sayong yang mengadakan aktiviti sebegini,TABIKA KEMAS RPA 4 juga turut serta menjalankan aktiviti dan akan dibawa ke kelas TABIKA lain di Parlimen Kuala Kangsar dari masa ke semasa.

En Abd Wahab amat bangga dengan projek yang dijalankan oleh KEMAS Kuala Kangsar dan perlu di praktikkan di rumah masing-masing.kebun Dapur merupakan aktiviti yang telah diwar-warkan oleh kerajaan sejak dari dahulu lagi.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...