Selasa, 2 April 2013

GERAK MESRA RAKYAT ( BICARA ILMU )

Program GERAK MERSA RAKYAT( Bicara Ilmu ) telah di adakan di Taman Chemor Mesra pada 22/3/2013. Penceramah jemputan ialah USTAD KHODIR BIN REJAB Penyelia Bina Insan KEMAS TELUK INTAN.

Beliau telah mengupas isu-isu semasa yang telah hangat di perkatakan dan menjadi bualan masyarakat yang masih terkeliru dengan isu-isu yang di bangkitkan oleh pembangkang. Di antara isu yang di kupas oleh penceramah ialah, isu kalimah ALLAH dan isu undi PAS masuk syurga.

Hadirin yang datang ke program ini amat baik sekali, kerana semua golongan turun padang untuk mendengar ceramah beliau. Ramai yang mengucapkan terima kasih di atas program tersebut kerana dapat membuka mata dan minda mereka apa yang telah menjadi persoalan selama ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...