Memaparkan catatan dengan label BERUAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BERUAS. Papar semua catatan

Khamis, 18 April 2013

PROGRAM DEMO MASAKAN DAN DISKUSI ILMIAH PARLIMEN BERUAS


   
7 Mac 2013 Kg Semangat Segari telah diadakan satu Program Demo Masakan 'Coklat' dan Diskusi Ilmiah di kampung tersebut. Kehadiran kira-kira 80 orang ini telah berpeluang berkongsi ilmu teras masakan pembuatan coklat dan peserta diberi peluang untuk mempraktikkan sendiri cara-cara penyediaan coklat dalam program tersebut. Di samping itu ,mereka berkongsi ilmiah di dalam slot Diskusi Ilmiah yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Sukri bin Hj Ismail, Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Beruas yang menekankan bahawa pentingnya menjaga kesucian Islam di Malaysia ini.


Hadir sama ialah Ketua Kampung Segari dan barisan kepimpinan kampung, Cik Koh Ser Yun dari MIC dan Pengarah KEMAS Perak En. Ahmad Kamal Idris bin Hj Mohd Nawawi yang  memeriahkan lagi majlis bagi menyampaikan ucapan serta dasar-dasar kerajaan kepada penduduk kampung tersebut agar terus mengukuhkan ukhuwah dan tali persaudaraan.

Rabu, 10 April 2013

PERLAWANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH DAN BOLA JARING 3 PENJURU KAMPUNGDENDANG BERUAS 2013






Kejor Yeop Kejor ! Begitulah semangat yang ditunjukkan dalam perlawanan bola sepak yang telah diadakan di Kg Dendang pada 7 April 2013 Ahad lalu. Kampung yang terlibat adalah terdiri daripada 3 buah kampung iaitu Kg Dendang, Kg Pintu Gerbang dan Kg Tualang. Perlawanan yang julung-julung kali diadakan ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada masyarakat setempat khususnya golongan belia.


Ucapan telah disampaikan oleh anak jati Kg Dendang, En Ahmad Kamal Idris bin Hj Mohd Nawawi yang merupakan Pengarah KEMAS Negeri Perak yang telah memberikan perangsang dan semangat kepada pemain-pemain yang terdiri daripada 6 pasukan bola sepak dan 3 pasukan bola jaring ini. Turut hadir ialah Dato' Chang Kor Youn, Penasihat Kepada MB Perak yang turun padang memberikan sokongan kepada pemain-pemain.







Acara berakhir dengan penyampaian hadiah atas kemenangan dari pasukan Kg Pintu Gerbang dalam acara bola sepak, manakala acara bola jaring dimenangi oleh pasukan dari Kampung Tualang.Masing-masing telah menerima hasiah berbentuk wang tunai dan. Masyarakat setempat mengharapkan agar program ini menjadi satu acara tahunan pada masa akan datang.






 

Sabtu, 6 April 2013

DEMO MASAKAN 'COKLAT' DAN DISKUSI ILMIAH KEMAS PARLIMEN BERUAS


23 Februari 2013-Kg Padang Serai telah diadakan satu Program Demo Masakan yang berasaskan 'coklat' bagi menambahkan ilmu masakan di samping menambah pendapatan sampingan bagi mereka. Rata-rata peserta berasa teruja dengan demo tersebut kerana mudah dan memerlukan modal yang berpatutan dalam pembuatan coklat tersebut.
Di samping itu, peserta juga mendapat menambah ilmu pengetahuan di dalam slot Diskusi Ilmiah yang menerangkan tanggungjawab manusia di muka bumi ini dan perlu sentiasa muhasabah diri dan mengamalkan amal makruf nahi mungkar.
Turut hadir adalah Ketua Wanita Kg Padang Serai dan barisan kepimpinan kampung yang memberikan kerjasama dalam program tersebut.

Selasa, 26 Mac 2013

"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"- CERAMAH MAULIDUR RASUL PERINGKAT KEMAS PARLIMEN BERUAS 2013


BERUAS-Kampung Banjar , 24 Januari 2013 Majlis Ceramah Sambutan Maulidur Rasul KEMAS Parlimen Beruas 2013 mendapat sambutan baik dengan kehadiran 200 orang dari penduduk setempat. Ceramah yang bertemakan Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah ini telah disampaikan oleh A.F Ustaz Abdul Khodir bin Rejab,Penyelia Bina Insan KEMAS Teluk Intan.Dalam ceramah beliau mengatakan betapa pentingnya masyarakat bersifat wasatiyyah (bersederhana) dalam segala aspek kehidupan dan mengikut sunnah Rasulullah S.A.W yang terpuji.Tanpa sifat bersederhana ini, maka manusia akan sentiasa leka, bersifat boros, riak dan berbangga diri.


  

Majlis turut diiringi dengan persembahan Nasyid dari Kumpulan Wanita Kg Banjar dan Bacaan Ayat Suci Al-Quran dari pelajar Sekolah Agama Rakyat Kg Banjar. Turut memberikan kerjasama adalah Barisan Kepimpinan Kampung Banjar dan FELCRA BHD dalam program tersebut.Program seumpama ini diharap dapat dijadikan acara tahunan sempena memperingati Rasulullah S.A.W.

Khamis, 20 Disember 2012

KG. DENDANG KE ADC PERINGKAT NEGERI PERAK 2012



BERUAS - Kampung Dendang telah terpilih sebagai wakil bagi peringkat Daerah Manjung untuk Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) Peringkat Negeri Perak 2012. Kampung tersebut telah menjuarai ADC di peringkat daerah. Kampung Dendang yang berasal dari perkataan ‘Dondang’ ini telah wujud sejak bertahun lamanya dan dijadikan kampung melayu kerana majoriti penduduknya adalah terdiri daripada masyarakat melayu.


Sebelum bergelar johan sebuah majlis penghakiman diwakili oleh 10 ahli panel yang terdiri dari wakil pelbagai agensi telah diadakan. Kesemua panel telah disambut dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga mangga rsebagai ucapan selamat datang keKampung Dendang ini.

Antara penilaian yang diambil kira adalah dari aspek kepimpinan, bidangekonomi, kerohanian, kesihatan, kebersihan dan keceriaan serta teknologi maklumat. Para penduduk kampung terutamanya pihak JKKK merasa sangat teruja mengadakan majlis tersebut dan telah memberi komitmen yang sepenuhnya bagi memastikan kemenangan Kampung Dendang di dalam ADC.



Majlis ini telah diakhiri dengan ucapan terima kasih oleh pihak panel penilai serta penduduk kampung sendiri dan majlis turut dimeriahkan dengan kedatangan Tuan Pengarah KEMAS Negeri Perak En Kamal Idris bin Hj.Mohd Nawawi selaku kunjungan kehormat.

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...