Khamis, 20 Disember 2012

KG. DENDANG KE ADC PERINGKAT NEGERI PERAK 2012



BERUAS - Kampung Dendang telah terpilih sebagai wakil bagi peringkat Daerah Manjung untuk Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) Peringkat Negeri Perak 2012. Kampung tersebut telah menjuarai ADC di peringkat daerah. Kampung Dendang yang berasal dari perkataan ‘Dondang’ ini telah wujud sejak bertahun lamanya dan dijadikan kampung melayu kerana majoriti penduduknya adalah terdiri daripada masyarakat melayu.


Sebelum bergelar johan sebuah majlis penghakiman diwakili oleh 10 ahli panel yang terdiri dari wakil pelbagai agensi telah diadakan. Kesemua panel telah disambut dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga mangga rsebagai ucapan selamat datang keKampung Dendang ini.

Antara penilaian yang diambil kira adalah dari aspek kepimpinan, bidangekonomi, kerohanian, kesihatan, kebersihan dan keceriaan serta teknologi maklumat. Para penduduk kampung terutamanya pihak JKKK merasa sangat teruja mengadakan majlis tersebut dan telah memberi komitmen yang sepenuhnya bagi memastikan kemenangan Kampung Dendang di dalam ADC.



Majlis ini telah diakhiri dengan ucapan terima kasih oleh pihak panel penilai serta penduduk kampung sendiri dan majlis turut dimeriahkan dengan kedatangan Tuan Pengarah KEMAS Negeri Perak En Kamal Idris bin Hj.Mohd Nawawi selaku kunjungan kehormat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...