Khamis, 20 Disember 2012

ANUGERAH DESA CEMERLANG DAERAH KERIAN KUKUHKAN PERPADUAN PENDUDUK


KERIAN – Kampung Nibung Hangus , Kuala Kurau telah menjadi Johan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Daerah Kerian sekaligus mewakili Daerah Kerian ke Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Perak bagi tahun 2012.Kejayaan ini adalah berkat kesungguhan serta usaha bersama antara Jawatankuasa Keselamatan,Keceriaan dan Keindahan Kampung (JKKK) serta masyarakat Kampung Nibung Hangus 




Berkat usaha dan titik peluh yang berterusan serta keunikan  yang terdapat di kampung tersebut akhirnya Kampung Nibung Hangus dinobatkan sebagai johan dan telah menewaskan tujuh kampung lain yang turut sama bertanding .


Ketua Kampung tersebut melahirkan rasa gembira serta mengucapkan ribuan terima kasih kepada Penghulu Mukim Kuala Kurau kerana telah memberi peluang kepada kampung Nibung Hangus untuk menyertai pertandingan Anugerah Desa Cemerlang ini. Malah melalui pertandingan ini ianya telah menyuntik semangat perpaduan diantara penduduk kampung dan merapatkan jurang diantara pemimpin dan masyarakat setempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...