Memaparkan catatan dengan label PR2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PR2. Papar semua catatan

Sabtu, 6 April 2013

"MY BEAUTIFUL MALAYSIA DAY" KEMAS LUMUT


UCAPAN ADO DAERAH MANJUNG 
LUMUT - KEMAS Parlimen Lumut bersama-sama Barisan kepimpinan Kampung dan Penghulu Mukim Lekir telah Berjaya mengadakan program “My Beautiful Malaysia Day” pada 3hb Febuari, 2013 jam 8.00 pagi  bertempat di perkarangan Tabika/Taska KEMAS Pusat PEKA Batu 10 Lekir. 


Program tersebut telah disempurnakan oleh Wakil Pegawai Daerah Manjung. Turut serta dalam program ini En Rashidi bin Ibrahim Naib Ketua UMNO Bahagian Lumut, Penghulu Mukim Lekir En Ahmad Khamis dan barisan ketua-ketua kampung Mukim Lekir.

Program ini juga mendapat sambutan yang mengalakkan dari penduduk kampung, guru-guru dan murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan dan Ngo yang berhampiran dengan kehadiran peserta 400 orang.

Pengisian program tersebut diantaranya ialah gotong royong menanam pokok dan membersihkan didalam dan diluar kawasan TABIKA, Balai Penghulu, Sekolah Kebangsaan, sekolah Agama Rakyat, Dewan Orang Ramai dan sekitar jalan masuk ke Tabika Pusat PEKA. 



Gimik pelancaran telah dilakukan oleh Tn Penolong Pegawai Daerah Manjung dan En Rashidi Naib Ketua UMNO Bahagian Lumut. Sebelum itu Perasmian ini telah disempurnakan oleh En Rashidi bin Ibrahim. Program  “My Beautiful Malaysia Day” berakhir jam 1.30 tengahari.

Program My Beautiful Malaysia yang dilancarkan secara serentak di seluruh negara yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Diperingkat negeri Perak pula dirasmikan oleh Yab Menteri Besar Perak di Padang Ipoh, Turut hadir Menteri KKLW, Dato' Ketua Pengarah dan Pengarah Kemas negeri Perak Tn Ahmad Kamal Idris bin Hj Nawawi 

MY BEAUTIFUL KEMAS LENGGONG



KEMAS Parlimen Lenggong pada 2hb Mac 2013 menganjurkan Program My Beautiful KEMAS  Lenggong yang melibatkan semua kakitangan bersama Pembantu Pemaju Masyarakat Sukarela (PPMS), Seawal mulai 7.30 pagi semua yang terlibat mulai hadir dan memulakan gotong royong seperti yang dirancangkan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong royong pembersihan kawasan ,membuat lanskap dan menanam tanaman herba seperti cekur,hempedu bumi,daun sambung nyawa,kaduk dan Bakawali.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong royong pembersihan kawasan ,membuat lanskap dan menanam tanaman herba seperti cekur ,hempedu bumi, daun sambung nyawa,kaduk dan Bakawali.


Program ini diadakan bersempena Pelancaran My Beautiful Malaysia pada 3 Februari 2013 lalu yang dilancarkan secara serentak seluruh Malaysia. Di Perak Perasmian peringkat negeri diadakan di Padang Ipoh pada 3 Febuari lalu oleh Dato Seri Diraja Dr Zambri bin Haji Abdul kadir selaku Menteri Besar perak. Turut hadir Menteri KKLW dan Ketua Pengarah KEMAS Malaysia.

Bersih, kemas dan teratur imej Kemas
Mengambil kira keberkesanan program seperti begini serta saranan Pengarah Kemas Perak Tn Ahmad Kamal Idris bin Haji Mohd Nawawi supaya mencontohi dan dipraktikan di peringkat Parlimen atau kawasan, maka Kemas Lenggong turut menjayakan program yang sama di peringkat Kemas Parlimen Lenggong,   

Sehubungan dengan aktiviti ini setiap kumpulan ceria  TABIKA dan TASKA serta unit CPM digabungkan bagi kelancaran program, mereka juga telah menyumbangkan bunga hiasan bagi mencantikkan kawasan dalam dewan utama.dan surau. Aktiviti gotong royong di bahagikan mengikut kumpulan untuk memudahkan proses mencantikkan kawasan Kompleks Komuniti Desa sebelum Program dimulakan. Program diakhiri dengan taklimat serta makuluman terkini daripada penyelia Kemas kawasan Lenggong.

Jumaat, 5 April 2013

SIRI MENDEKATI BEKAS ANGGOTA KEMAS

oleh: zuraidah sulaiman




 Teluk Intan- Siri mendekati bekas anggota KEMAS telah seminggu berlangsung dan pada 3 April 2013 Kami telah berkunjung ke rumah Hjh Sharifah bt Hamzah dan ke rumah Hjh Zaiton bt Abd Rahman di Kampung Batak Rabit. Beliau ini adalah bekas PM Bina Insan Parlimen Teluk Intan. Siri jelajah ini telah di ketuai oleh Pn Hjh Zainun bt Ahmad, Penyelia Kanan KEMAS. dalam usaha Kerajaan membela nasib rakyat. walaupun sudah bersara daripada KEMAS dalam PRU 13 ini. Kunjungan kami di sambut dengan baik sekali dan mereka merasa teruja dengan kedatangan kami. "Insyaallah kami tidak berubah, dan masih lagi menyokong  kerajaan yang sedia ada", tegas Hjh Sharifah dan Hjh Zaiton. 

Rabu, 27 Mac 2013

PROGRAM MESRA RAKYAT BERSAMA RTM & TM MENJELAJAH KAMPUNG DI PULAU PANGKOR 2013.



Oleh: Wartawan Media KEMAS Lumut

LUMUT – 23 Mac 2013 (Sabtu) bertempat di Dataran Arena Square Pangkor, Jalan Pasir Bogak. Pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak yang berumur 5 & 6 tahun bermula jam 9.30 pg hingga 10.30 pagi.  

                                           
Program tersebut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry b. Abdul Kadir (Menteri Besar Perak bersama isteri Datin Seri Saripah bt. Zulkifli), Dato’ Seri Kong Cho Ha (Menteri Pengangkutan Malaysia), Tuan Pegawai Daerah Manjung, Tuan Yang DiPertua Daerah Manjung, Pengarah RTM Negeri Perak, Pengarah TM Negeri Perak, Pegawai Khas ADUN Pangkor, Pemimpin-pemimpin tempatan seperti Pengerusi JKKK dan AJK, Ketua Cawangan dan AJK dan sebagainya. 

Program ini telah diserikan lagi dengan hadiah yang lumayan berupa basikal.  Pemenang di tempat Pertama, Kedua dan Ketiga sumbangan daripada KEMAS Parlimen Lumut dan saguhati menerima hamper berisi beg sekolah dan barangan cenderahati sumbangan daripada TM Negeri Perak.  Hadiah pemenang telah di sampaikan oleh Pn. Azlin bt. Hj. Taib (Pengurus TM Consumers Sales Negeri Perak).

Peserta hanya di ambil daripada seluruh kawasan Pulau Pangkor.  Kehadiran peserta seramai 130 orang yang melibatkan TABIKA KEMAS Pekan Pangkor, TABIKA KEMAS Teluk Kecil, TABIKA KEMAS Teluk Dalam, PASTI Pangkor, Star Of The Sea, Pra-Sekolah SK Seri Pangkor dan Tadika Tamil Sri Sakthi.

Sambutan daripada masyarakat terhadap program ini amat meriah dan menggalakkan walaupun jumlah peserta mewarna pada kali ini agak menurun daripada sebelumnya memandangkan musim cuti persekolahan dan banyak kenduri di kampung-kampung  dalam Zon Pulau Pangkor.


 Pemenang bagi Pertandingan Mewarna Kanak-kanak 5 & 6 tahun pada kali ini adalah Johan – Nurul Najwa Hanani bt. Abdul (TABIKA KEMAS Pekan Pangkor), Naib Johan – Nurul Nabila bt. Ismail (Star Of The Sea) dan Ketiga – Nur Syifaa Safia bt. Hamizal (TABIKA KEMAS Pekan Pangkor) dan 17 orang lagi telah menerima  hadiah saguhati .  


Tahniah kepada pemenang, yang kurang bernasib baik cuba lagi pada masa akan datang.


ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...