Memaparkan catatan dengan label PTSR 3. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PTSR 3. Papar semua catatan

Khamis, 18 April 2013

DISKUSI ILMIAH DI TAMAN ANJUNG BEMBAN MAJU

Oleh   :   Alya Khir




Program Diskusi Ilmiah telah di adakan di Taman Anjung Bemban Maju pada hari ini, 11 April 2013.Program ini telah di adakan di rumah Pengerusi Tabika Taman Anjung Bemban Maju, iaitu Encik Zuhairi Bin Abdullah.Program ini di mulakan kira-kira jam 2.45 petang.

                              

Pengisian Program Diskusi Ilmiah ini ialah bacaan yassin dan tazkirah.Bacaan yassin di ketuai oleh Ustazah Khadijah Binti Nadzeri, iaitu Pemaju Masyarakat Bina Insan Parlimen Batu Gajah.Manakala tazkirah pula di sampaikan oleh Ustaz Mior Arzai Bin Haji Musa, iaitu Penyelia Bina Insan Parlimen Batu Gajah.Seramai 22 orang kaum ibu hadir untuk sama-sama mengikuti program ini.



Program ini di adakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara pihak KEMAS dan juga masyarakat di kawasan ini.Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat di taman ini dan juga di hadiri oleh penduduk taman yang berhampiran.


SUMBANGAN WARGA EMAS DI NARBOROUGH ESTATE

Oleh : Bintu Darus

"Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir".  Itulah prinsip yang dipegang oleh Menteri Besar Perak Dato' Seri Di Raja Dr. Zambry bin Abdul Kadir.  Lalu KEMAS menggarap prinsip tersebut dengan melaksanakan Program sumbangan warga emas - Masyarakat India yang telah dijalankan di Narborough Estate, Perlok pada hari 11 april 2013 ini.

Seramai 20 orang warga emas yang telah terpilih dalam pemberian ini.  Berkalung-kalung ucapan terima kasih telah KEMAS terima daripada masyarakat ini kerana prihatin dengan kaum mereka.  KEMAS menjelaskan bahawa ini adalah tanggungjawab KEMAS sebagai salah satu agensi kerajaan dalam membantu dan memajukan masyarakat luar bandar.  


Turut hadir di dalam program ini ialah Ketua Wanita UMNO Cawangan Hjh Baayah bt Hj Ahmad, Penyelia Ladang iaitu Hj Tazali bin Hj Ahmad, Penyelia Pembangunan Desa dan Perhubungan DUN Behrang, Puan Jamilahtun bt Hj Mohd Nor dan Puan Juwita bt Abas, Pemaju Masyarakat Pentadbiran.
Kepuasan terasa apabila dapat melihat senyuman yang terukir di setiap bibir penerima sumbangan.  Harapan semoga masyarakat ini akan menyokong usaha KEMAS dalam setiap program yang dijalankan dan seterusnya dapat melahirkan bibit kemesraan anatara KEMAS dengan masyarakat ini.



ZIARAH MENZIARAHI GOLONGAN YANG MEMERLUKAN DI KG POH

Oleh : Bintu Darus

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." (Surah Al-Hujurat, ayat : 10).  11 April 2013 telah diadakan Program pemberian sumbangan kepada golongan yang memerlukan di Kampung Poh, Bidor yang telah dianjurkan oleh KEMAS Parlimen Tg. Malim.

Hati tersentuh apabila melihat kediaman penerima-penerima sumbangan kerana kebanyakkan daripadanya sememangnya layak menerima sumbangan yang kecil ini.  Hanya dengan niat untuk meringankan beban, KEMAS kentalkan semangat dalam meneruskan program ziarah ini.

Hati kembali berbunga apabila melihat senyuman dibibir penerima sumbangan.  Itulah peranan KEMAS bagi membantu memajukan kehidupan masyarakat.  Program ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara KEMAS dengan masyarakat di sini.  Selain itu bagi mendedahkan peranan KEMAS yang sentiasa ingin membantu masyarakat.
 
Turut hadir dalam program ini Puan Norzihan bt Mohd Zan, Penyelia Pembangunan Desa dan Perhubungan DUN Sungkai dan Mantan Ketua Wanita UMNO Cawangan Kg Poh, Puan Hjh Khamisah bt Shahbuddin.


BACAAN YASSIN DAN TAZKIRAH DI FELDA GUNUNG BESOUT 03

Oleh : Bintu Darus

"Hak sesama Islam" adalah tajuk tazkirah yang telah disampaikan oleh Hjh Musrifah bt Sahari, mantan Pemaju Masyarakat Bina Insan KEMAS Parlimen Tg. Malim.  Gaya penyampaian yang lembut dalami tegas itu telah menarik perhatian hadirin yang hadir.  Program ini telah dianjurkan oleh KEMAS Parlimen Tg. Malim pada 11 April 2013 ini.
 
Program ini diadakan bagi tujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara KEMAS dengan masyarakat sekitar.  Walaupun didalam FELDA telah banyak program seperti ini tetapi program KEMAS tetap pilihan mereka.  Itulah keistimewaan KEMAS kerana telah melahirkan pemaju masyarakat yang serba boleh dalam bidang kerohanian, kesejahteraan keluarga mahupun pra sekolah.

Harapan mereka supaya program ini diadakan lagi memandangkan FELDA ini mempunyai keluasa yang besar.  Dan mereka mahukan setiap pelusuk Felda ini dimasuki dengan aktiviti KEMAS.

PAUTAN KASIH DILAKSANA KASIH BERTAUT

Kertawanigami


9 April 2013 - Kampung Cholik, Gopeng

Jabatan Kemajuan Masyarakat Kampar meneruskan Jelajah kasih bertaut kali ini ke Kampung Cholik Gopeng bersama YB Puan Nolee Ashilin, Ahli Dewan Undangan Negeri Tualang Sekah. 


Kegembiraan penduduk jelas terpancar dengan kehadiran YB ADUN Tualang Sekah yang turut hadir  untuk menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang memerlukan.


Warga tua turut dijengah untuk bertanya khabar .


warga tua yang sakit juga turut di jengah untuk bertanya khabar.

SAMBUTAN BAIK KEPADA KEMAS KERANA PERKENAL DEMO MASAKAN RINGAN


Kertawanigami

7 APRIL 2013 -  Kota Bharu Estate, Gopeng. KEMAS Kampar terus memberikan khidmatnya, kali ini khusus untuk kaum India bagi memperkenalkan cara cara masakan ringan, Konsep ini adalah penyediaan makanan seimbang yang senang dan ringkas. Demontrasi ini di tunjukkan oleh Pemaju Masyarakat PKK KEMAS Kampar.



antara tetamu yang hadir. kebanyakan mereka yang hadir menunjukkan minat untuk menjayakan program ini



Turut hadir memeriahkan program ini turut di hadiri oleh Pengerusi MIC Kota Bahru Estate dan Penyelia kanan KEMAS Parlimen Kampar, Encik Shawari bin Shafie. yang diraikan oleh Pengerusi dan jawatankuasa MIC di situ.

PAUTAN KASIH TERUS MENERJAH MASYARAKAT LUAR BANDAR


Kertawangami

5 APRIL 2013 - Khamis -  Kampung Changkat Tualang, Parlimen Kampar, Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS Kampar, seramai 30 orang anggota turun bersama dengan YB Puan Nolee Ashilin, Ahli Dewan Undangan Negeri Tualang Sekah menjengah masyarakat di sana.


Kunjungan Mesra ini sering dilaksanakan oleh Jabatan KEMAS Parlimen Kampar ini sering diadakan bagi merapatkan hubungan bertaut dan akrab.


Tuan rumah yang sakit dikunjung bagi menanyakan khabar. Kemesraan yang tunjukkan dapat meringan sedikit bebanan tuan rumah. Sambutan yang baik penduduk menggambarkan peranan YB yang dipilih rakyat telag memberikan khidmat yang baik sepanjang 4 tahun lalu.

"TALAM TOKYO" TARIK MINAT WARGA FELDA

Oleh : Bintu Darus

Hendak makan Talam Tokyo? Tidak perlu pergi sampai ke Tokyo...di Malaysia pun boleh dapat.  Nama yang unik......itulah masakan yang dipersembahkan dalam program demonstrasi masakan yang telah dijalankan oleh Puan Moli bt Taharim, Pemaju Masyarakat Pendidikan Kesejahteraan Keluarga KEMAS Parlimen Tg. Malim pada 12 April 2013 yang lepas.



Resepi ini telah menarik minat penduduk di perkampungan Tanah Rancangan Felda Trolak Utara untuk hadir bagi bersama-sama mempelajari 'Talam Tokyo' ini.  "Tak kenal maka tak cinta", walaupun rupanya tidak seindah namanya tetapi rasanya cukup enak.


Program ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara penduduk tanah rancangan ini dengan KEMAS. Selain itu, ianya bagi mendedahkan masyarakat bahawa peranan KEMAS bukan setakat untuk pendidikan kanak-kanak sahaja malah KEMAS juga mempunyai pendidikan kesejahteraan keluarga dan kerohanian insaniah.


Harapan penduduk disini semoga program seperti ini akan sentiasa diteruskan dari masa ke semasa.  Dengan izin Allah, KEMAS akan sentiasa membantu dalam memajukan masyarakat luar bandar khususnya. 

KURSUS DIADAKAN BAGI MENAMBAH PENDAPATAN


Pada 19 Mac 2013 bertempat di Bengkel Jahitan Kg. Sri Kinta telah diadakan Kursus Jahitan Tudung bagi menambah pendapatan kepada peserta yang mengikuti kursus tersebut. Seramai 23 orang telah menawarkan diri untuk mengikuti kursus kerana ia merupakan kursus jahitan membuat tudung  yang amat diminati oleh golongan wanita. Kursus jahitan tudung ini dapat memberi peluang kepada peserta kemahiran membuat tudung berbagai fesyen agar dapat dipakai kegunaan sendiri atau dijual kepada kawan-kawan yang berminat disamping dapat menambah pendapatan mereka. 


Kursus ini telah dirasmikan oleh Penyelia Kanan KEMAS Ipoh Timor iaitu En Hasri B Karim. Beliau menekankan bahawa peruntukan yang telah disalurkan oleh pihak Kerajaan  kepada masyarakat luar bandar agar dapat meningkatkan ekonomi mereka dengan mengadakan kursus kemahiran yang dapat digunakan sepenuh oleh masyarakat untuk menceburi dalam bidang perniagaan.


Peserta-peserta begitu teruja dengan kursus yang diadakan dan memohon agar kursus seperti ini diadakan lagi dimasa akan  datang dalam bidang yang lain.

SUMBANGAN WARGA EMAS DI BATU 7, BEHRANG ULU

Oleh : Bintu Darus

Bertempat di Batu 7, Behrang Ulu telah diadakan program sumbangan warga emas pada 12 April 2013 yang lepas.  Program ini dianjurkan oleh KEMAS Parlimen Tg. Malim.  Sumbangan ini diberikan kepada 20 orang warga emas yang telah dipilih dalam menerima sumbangan.
Program ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara kami disamping bagi mendekati dan menyelami hati serta perasaan warga emas ini.  Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.  Itulah yang KEMAS dapat rasakan apabila selesai mengadakan program pemberian sumbangan ini..


Hati terusik apabila mendengar rintihan mereka berkenaan nasib yang menimpa. Kita hanya mampu merancang, Allah swt yang maha menentukan.  Tetapi disebalik musibah yang menimpa, akan ada pelangi yang menyusul.  Itulah yang kami tanamkan dalam hati mereka.  






Semoga dengan sedikit sumbangan daripada pihak KEMAS ini, akan membawa sedikit cahaya di dalam hati mereka.  KEMAS harap ukhuwah ini akan berkekalan dan kerajaan akan sentiasa membantu pada mereka yang memerlukan melalui jabatanjabatan kerajaan seperti KEMAS.

BACAAN YASSIN DAN TAZKIRAH DI KG KUALA GEPAI

Oleh : Bintu Darus

 

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." (Surah Ibrahim 14 : 7).  Syukur...itulah tajuk tazkirah yang telah dibawa oleh Ustazah Hjh Baayah bt Hj Ahmad selaku khalifah bacaan yassin dan penyampai tazkirah.  Program ini diadakan di Dewan Orang Ramai Kg Kuala Gepai, Bidor pada 12 April 2013 yang lepas.


Tujuan program ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang sudah terjalin antara KEMAS dengan penduduk di Kg Kuala Gepai.  Selain itu, ianya bagi menerima perlawaan wakil wanita disini yang inginkan program berbentuk kemasyarakatan bagi menghidupkan aktiviti di kampung ini.


Turut hadir dalam program ini ialah Puan Mahani bt Kassim, Ketua Wanita UMNO Cawangan Kg Kuala Gepai.  Harapan beliau program seperti ini dalam dijalankan lagi pada masa akan datang kerana program ini telah berjaya mengumpulkan kaum wanita di kampung ini bagi bersama-sama bertukar-tukar pandangan untuk memajukan kampung ini.


SUMBANGAN WARGA EMAS DI KETEYONG ROAD

Oleh : Bintu Darus


"Tiada tertinggal, tiada terpinggir".  Itulah yang telah dilakukan oleh KEMAS Parlimen Tg. Malim pada 12 April 2013 yang lepas.  Memegang prinsip tidak meminggirkan kaum India di DUN Behrang ini, kerajaan melalui KEMAS telah memberi sedikit sumbangan kepada kaum ini bagi mengurangkan beban keluarga-keluarga ini.


Awan di langit sudah nampak kelabunya.  Ini menandakan hujan akan turun bila-bila masa sahaja.  Tetapi itu tidak mematahkan semangat SKUAD KEMAS dalam mengagihkan sumbangan ini kepada kaum India yang terpilih.  Dengan semangat yang berkobar-kobar KEMAS mendekati masyarakat ini.

Bertalu-talu ucapan terima kasih KEMAS terima. Tiada yang perlu diucapkan kepada KEMAS kerana itulah tanggungjawab KEMAS dalam memastikan masyarakat luar bandar sentiasa di bela. Turut hadir di dalam program ini adalah Tn Hj. Syed Mohd Damiri bin Syed Mohd Nor, Naib Ketua UMNO Bahagian Tg. Malim.


BACAAN YASSIN DAN TAZKIRAH DI TAMAN BEMBAN RAYA

Oleh   :   Alya Khir




" Kesempurnaan Solat " merupakan tajuk tazkirah yang di sampaikan oleh Ustaz Mior Arzai Bin Haji Musa, Penyelia Bina Insan KEMAS Parlimen Batu Gajah.Penyampaian beliau yang bersahaja membuatkan semua hadirin memberikan tumpuan untuk menimba ilmu yang di sampaikan.


Bacaan Yassin pula di ketuai oleh Ustazah Khadijah Binti Nadzeri, Pemaju Masyarakat Bina Insan KEMAS Parlimen Batu Gajah.Program ini di adakan di kediaman Puan Intan Mariana Binti Abdul Manaf, iaitu peserta Kelas Bina Insan, Taman Bemban Raya.


Seramai 21 orang peserta hadir, iaitu terdiri daripada kaum-kaum ibu dan surirumah.Turut hadir dalam program ini ialah Encik Pisol Bin Mohd Isa, Pengerusi Surau Iftiqiyah, Taman Bemban Raya.Harapan peserta supaya program ini dapat di teruskan di masa-masa yang akan datang.

DEMONTRASI MASAKAN

oleh: zuraidah sulaiman







Teluk Intan - Demontrasi masakan telah diadakan di Pulau Ganda Suli pada 11.4.2013. Kehadiran seramai 30 orang termasuk Ketua cawangan AJK dan penduduk tempatan. Demontrasi ini telah memberi peluang kepada penduduk untuk menambah pengetahuan dalam masakan terutama untuk membuat kek cup. Para peserta merasa bertuah kerana dapat menjayakan demontrasi pada hari tersebut.

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...