Khamis, 18 April 2013

DISKUSI ILMIAH DI TAMAN ANJUNG BEMBAN MAJU

Oleh   :   Alya Khir




Program Diskusi Ilmiah telah di adakan di Taman Anjung Bemban Maju pada hari ini, 11 April 2013.Program ini telah di adakan di rumah Pengerusi Tabika Taman Anjung Bemban Maju, iaitu Encik Zuhairi Bin Abdullah.Program ini di mulakan kira-kira jam 2.45 petang.

                              

Pengisian Program Diskusi Ilmiah ini ialah bacaan yassin dan tazkirah.Bacaan yassin di ketuai oleh Ustazah Khadijah Binti Nadzeri, iaitu Pemaju Masyarakat Bina Insan Parlimen Batu Gajah.Manakala tazkirah pula di sampaikan oleh Ustaz Mior Arzai Bin Haji Musa, iaitu Penyelia Bina Insan Parlimen Batu Gajah.Seramai 22 orang kaum ibu hadir untuk sama-sama mengikuti program ini.



Program ini di adakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara pihak KEMAS dan juga masyarakat di kawasan ini.Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat di taman ini dan juga di hadiri oleh penduduk taman yang berhampiran.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...