Sabtu, 20 April 2013

LAUTAN BIRU MENENGELAMI GAHNYA BULAN DI HARI PENAMAAN CALUN DI LARUT

berita : teja
gambar : teja


20.4.2013,Parlimen Larut / Selama ,hari yang cukup menjadi sejarah apabila Padang Bandaran Selama telah mencatatkan sejarahnya yang tersendiri apabila lebih dari 5,000 orang  lautan para penyakong Barisan Nasional dari empat sayap (wanita ,pemuda ,puteri dan bahagian) dan orang awam telah berkumpul menyatakan sokongan dengan bersatu bersama mengiringi para calun ke Penamaan Calun bagi P056 LARUT.Ternyata golongan muda telah kembali beralih arah menyokong barisan nasional dengan besama -sama menyertai Kembara Konvoi Bermotor bersama orang muda bagi menyemarakan lagi Hari Penamaan Calun di Larut ini.
            Parlimen Larut P056 telah diwakili oleh YB. Dato' Hamzah Bin Zainuddin (BN) dan ditentangi oleh Dato' Fauzi Bin Shaari (PAS) dan M V Ravindran a/l Varikana ( BEBAS) manakala bagi dun -dun ,N 05 Selama ,YB Dato' Haji Mohd Daud Bin Haji Mohd Yusof (BN) dan Ustaz Akmal Bin Kamaruddin (PAS).N 06 Kubu Gajah , Encik Hasbullah Bin Alias (BN) dan Mohd Nazri Bin Din (PAS) dan yang terakhir bagi N 07 Batu Kurau , Dr,Mohamad Amin Bin Zakaria ((BN) ditentangi oleh Ustaz Fadzil Bin Alias (PKR).Kesemua bakal calun telah hadir seawal 8.00 pagi dengan ditemani isteri,wakil calun,pencadang dan barisan penyokong yang setia hadir seawal pagi bagi menyatakan sokongan mereka terhadap parti Barisan Nasional.
           Penamaan calun telah berlangsung pada jam 9.00 pagi ,dengan dimulai bacaan doa dan Berarak bersama calun dengan diiringi dengan bacaan selawat sehingga semua bakal calun sampai ke Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah dan Tanah Selama,Perak untuk penamaan calun dan semakan .Suasana aman dan tiada sebarang provokasi dari kedua-dua penyokong.Panamaan calun selesai dengan pengumuman calun -calun yang bertanding pada jam 11.00 pagi oleh Tuan Haji Mohd Yusuf Bin Abustan ,Pen .Pegawai Daerah Selama.Majlis selesai dengan bacaan doa oleh YB. Kapt(B) Haji Najmuddin Bin Alias Al-Hafiz (Mantan ADUN Batu Kurau) memohon agar PRU kali ini dapat mengembalikan kekuatan Parti Barisan Nasional di Parlimen Larut ini agar BN terus memerintah bumi bertuah ini, Perak ini dan Malaysia yang kita cintai ini. Lautan Biru Menjadi Sejarah ,sokongan kembali beralih arah...Hidup BN






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...