Memaparkan catatan dengan label TAPAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TAPAH. Papar semua catatan

Isnin, 1 April 2013

DEMONSTRASI SOLEKAN DI PARLIMEN TAPAH...





"Walaupun hitam, jika digilap, akan lebih cantik dari putih.".   Itulah ungkapan yang sesuai untuk digambarkan kepada masyarakat orang asli di Kg Batu 10, Jalan Pahang yang telah menghadiri Kursus Dandanan Diri yang telah dianjurkan oleh KEMAS Parlimen Tapah pada 22 Mac 2013 yang lalu.  Seramai 30 orang dikalangan wanita dewasa dan remaja yang telah menghadiri kursus ini  Turut memeriahkan majlis ini, sekumpulan pelajar asing dari pelbagai negara yang menyertai program anak angkat di Kg Batu 10, Jalan Pahang.



Program ini diadakan bagi bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara KEMAS dengan masyarakat disini.  Selain itu, bagi mendedahkan masyarakat disini bahawa KEMAS sebagai salah satu agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam memajukan masyarakat luar bandar dengan melalui program seperti ini.



Program ini dimulai dengan ucapan daripada En Jifridin bin Ismail selaku Pegawai KEMAS Daerah Batang Padang.  Dalam ucapan beliau, beliau menegaskan bahawa masyarakat Orang Asli tidak perlu malu dan segan untuk menghadiri program-program seperti ini kerana kaum mereka iaitu bumiputera telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.  Mereka sepatutnya merasa bangga dan bersyukur kerana kerajaan sentiasa menjaga kebajikan mereka sehingga ke peringkat akar umbi.



Penduduk kampung Batu 10, Jalan Pahang mengucapkan terima kasih kepada KEMAS Daerah Batang Padang di atas program yang dianjurkan dimana mereka dapat menambah dan memantapkan lagi pengetahuan mereka mengenai solekan. Harapan mereka supaya, program ini akan diadakan lagi pada masa akan datang supaya mereka terdedah dengan dasar-dasar kerajaan yang sentiasa berpihak kepada mereka.  Keinginan mereka untuk menimba ilmu dan pengetahuan tersekat dengan jarak perjalanan yang jauh.  Semoga mereka diberikan ilmu yang bermanfaat untuk mencorak masyarakat yang maju dan berdaya saing.

Ahad, 31 Mac 2013

PROGRAM TITIK SENTUHAN RAKYAT - DEMO MASAKAN DI BATU 6, JALAN PAHANG


TAPAH - Pada 07 Mac 2013,  KEMAS Parlimen Tapah telah mengadakan Program Titik Sentuhan Rakyat (PTSR) Siri 1 -   Demonstrasi Masakan Mee Kuah Nyonya di TABIKA Batu 6, Jalan Pahang. Antara jemputan yang hadir adalah En Jifridin selaku Pegawai KEMAS Daerah Tapah,  Tok Batin, Puan Sharifah Salwa Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Tapah dan penduduk kampung setempat.


Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara masyarakat dan pemimpin tempatan disamping para peserta dapat mempelajari resepi ini. Selain itu, para peserta juga didedahkan maklumat dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa.



Menurut En Jifridin, KEMAS sentiasa menepati kehendak masyarakat selaras dengan perkembangan semasa. Seramai 40 orang dari kalangan Orang Asli yang hadir bagi memeriahkan program ini.


  

Penduduk kampung Batu 6, Jalan Pahang mengucapkan terima kasih kepada KEMAS Daerah Batang Padang di atas program yang dianjurkan dimana mereka dapat menambah dan memantapkan lagi pengetahuan mereka mengenai masakan. Mereka juga meminta agar program sebegini diadakan lagi pada masa yang akan datang.



PROGRAM TITIK SENTUHAN RAKYAT - DEMO JAHITAN







TAPAH - Pada 05 Mac 2013,  KEMAS Parlimen Tapah telah mengadakan Program Titik Sentuhan Rakyat Siri 1 -   Demonstrasi Jahitan Keronsang di Kg Lubuk Mas, Chenderiang. Antara jemputan yang hadir adalah Puan Eliza Mazlin selaku Penyelia Pembangunan Desa dan DUN Chenderiang,   Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Tapah dan penduduk kampung setempat.
 





Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara masyarakat dan pemimpin tempatan disamping para peserta dapat mempelajari jahitan ini. Selain itu, para peserta juga didedahkan maklumat dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa.






Menurut Puan Eliza, KEMAS sentiasa menepati kehendak masyarakat selaras dengan perkembangan semasa. Seramai 20 orang dari kalangan penduduk yang hadir bagi memeriahkan program ini.



Penduduk Kampung Lubuk Mas mengucapkan terima kasih kepada KEMAS Daerah Batang Padang di atas program yang dianjurkan dimana mereka dapat menambah dan memantapkan lagi pengetahuan mereka mengenai masakan. Mereka juga meminta agar program sebegini diadakan lagi pada masa yang akan datang.

Selasa, 26 Mac 2013

PROGRAM TITIK SENTUHAN RAKYAT - DEMO MASAKAN






TAPAH - Pada 26 Mac 2013,  KEMAS Parlimen Tapah telah mengadakan Program Titik Sentuhan Rakyat  (PTSR) Siri 1 -  Demonstrasi Masakan Mee Kuah Nyonya di TABIKA PGA, Bidor. Antara jemputan yang hadir adalah En Jifridin selaku Pegawai KEMAS Daerah Tapah,  Inspektor Rizuan bin Roslan selaku Pegawai PGA merangkap Pengerusi TABIKA PGA  dan penduduk setempat.




Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara masyarakat dan pemimpin tempatan disamping para peserta dapat mempelajari resepi ini. Selain itu, para peserta juga didedahkan maklumat dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa.





Menurut En Jifridin, KEMAS sentiasa menepati kehendak masyarakat selaras dengan perkembangan semasa. Seramai 60 orang dari kalangan penduduk kem PGA  yang hadir bagi memeriahkan program ini.


Penduduk Kem PGA, Bidor  mengucapkan terima kasih kepada KEMAS Daerah Batang Padang di atas program yang dianjurkan dimana mereka dapat menambah dan memantapkan lagi pengetahuan mereka mengenai masakan. Mereka juga meminta agar program sebegini diadakan lagi pada masa yang akan datang.

Khamis, 20 Disember 2012

BENGKEL KEIBUBAPAAN TABIKA PARLIMEN TAPAH

  
YB Dato’ Samsudin bin Haji Abu Hassan turut hadir
TAPAH - Pada 28 Mei 2012, Unit Pra Sekolah KEMAS Parlimen Tapah telah mengadakan Program Bengkel Keibubapaan TABIKA di Dewan Kampung Air Semambu, Temoh Stesyen. Antara jemputan yang hadir adalah Ketua-Ketua Kampung dan penduduk kampung setempat.





Majlis ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara masyarakat, pihak kerajaan dan masyarakat kampung dengan menggalakkan penyertaan dan penglibatan aktif anggota masyarakat kampung tanpa mengira umur, keturunan, bangsa dan anutan agama dalam semua aktiviti kampung. Selain itu Program Mesra Rakyat juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran sivik dan pengetahuan sebagai akses kepada pembangunan modal insan serta memperkukuhkan institusi keluarga ke arah masyarakat desa yang bersatu-padu untuk mengekalkan kestabilan negara.


Program ini telah bermula pada jam 2.00 petang dan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti Pertandingan Masakan, Pertandingan Gubahan Buah-Buahan dan Ceramah Agama oleh Ustaz Abdul Khodir bin Rejab selaku Penyelia Bina Insan KEMAS Parlimen Teluk Intan.

Program ini dirasmikan oleh YB Dato’ Samsudin bin Haji Abu Hassan selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ayer Kuning. 

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...