Jumaat, 10 Januari 2014

Program Komuniti Sihat, Perkasa Negara (KOSPEN) KEMAS Parlimen Lumut

Program Komuniti Sihat, Perkasa Negara (KOSPEN) KEMAS Parlimen Lumut

Program yang mendapat sambutan yang mengkagumkan ini telah dilaksakan dengan jayanya pada 22/12/2013 jam 8.00 pagi hingga jam 1.00 petang. Bertempat di Dewan komuniti Mukim Lekir Bt 10 ini, dihadiri oleh 300 orang peserta di sekitar Mukim Lekir. Program seumpama ini merupakan program yang baru diperkenalkan dan KEMAS Lumut merupakan yang pertama menjayakan program ini dalam Malaysia.. Syabas!



Antara pengisian program ini ialah senamrobik yang anggotai oleh kumpulan dari Klinik Kesihatan Daerah Manjung selama setengah jam. Turut serta dalam acara ini ialah YB Rashidi bin Ibrahim ADUN Pasir Panjang, En Nor Heazi Aswal bin Hj Norbani KEMAS Daerah Manjung, Puteri UMNO Bahagian Lumut, Wanita UMNO Bahagian Lumut, Dr Siti Farah Shahida bt Saharuddin Pengawai Perubatan UDD44 Klinik kesihatan Lekir dan juga NGO2 Daerah Manjung bagi memeriahkan lagi program pada hari tersebut.


Selain dari itu terdapat juga ceramah Kesihatan yang disampaikan oleh Dr Haslinda bt Ismail Pegawai Perubatan UD54 Pejabat Kesihatan Sitiawan. 


Majlis diserikan lagi dengan Penyampaian Sijil Watikah Perlantikan Sukarelawan KOSPEN yang mana mereka ini akan terlibat secara berterusan menjalankan tugasan sebagai Pemeriksa kesihatan yang bertauliah kepada peserta yang terlibat bagi kawasan Batu 10 Lekir iaitu Kampung yang bertuah terpilih untuk Program KOSPEN ini.


Majlis penutup program telah disempurnakan oleh YB Rashidi bin Ibrahim. Turut hadir dalam program ini ialah wakil dari KEMAS Negeri Perak En Hussin bin Sidek Penolong Pengarah Operasi 1. 


Disesi terakhir program ini telah berlangsung nya pemeriksaan kesihatan oleh anggota sukarelawan yang terlatih kepada hampir 200 orang peserta yang tidak mahu ketinggalan ingin memeriksa tahap kesihatan masing2. 

KEMAS Parlimen Lumut dan Pejabat Kesihatan Daerah Manjung merakamkan setinggi2 Terima Kasih kepada YB Rashidi bin Ibrahim ADUN Pasir Panjang, En Hussin Sidek Penolong Pengarah KEMAS Negeri Perak, Dr Haslinda bt Ismail Pegawai Perubatan, Dr Siti Farah Shahida bt Saharuddin, seluruh warga KEMAS Lumut, Warga kesihatan Daerah Manjung, Wanita, Puteri Bahagian Lumut, semua Sukarelawan dan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program KOSPEN ini. Tahniah kepada semua....  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...