Rabu, 27 Mac 2013

SULAMAN MANIK CANTIK DAN MENARIK..

Oleh : Charmila Tagore
Foto : Nor Rashidah Abu Bakar



Bagan Tiang : Jabatan KEMAS Parlimen Parit Buntar dibawah Unit Pendidikan Masyarakat  (BPM) telah menganjurkan Kursus Jahitan Manik di Bengkel Jahitan KEMAS Bagan Tiang pada 19 March 2013.



Kursus ini melibatkan  25 orang peserta yang terdiri daripada beliawanis dan surirumah ini telah diberi tunjukajar oleh Cik Siti Noor Adibah binti Shafei,  Pemaju Masyarakat Pendidikan Kemahiran.  Beliau telah menunjukkan beberapa teknik menjahit sulaman manik di tudung. 




Kursus ini melibatkan  25 orang peserta yang terdiri daripada beliawanis dan surirumah ini telah diberi tunjukajar oleh Cik Siti Noor Adibah binti Shafei,  Pemaju Masyarakat Pendidikan Kemahiran.  Beliau telah menunjukkan beberapa teknik menjahit sulaman manik di tudung. Kursus ini melambangkan 1 Malaysia kerana melibatkan pelbagai kaum iaitu kaum India dan Cina.






Rata-rata peserta yang hadir begitu teruja dan ceria sepanjang mengikuti kursus tersebut dan mereka sangat bersyukur kerana terpilih untuk mengikuti kursus ini dan berharap kursus ini akan diteruskan lagi dimasa-masa akan datang. Hasil daripada kursus tersebut, semua peserta ingin terus mengikuti kursus lanjutan jahitan sulaman manik terutamanya jahitan manik di baju-baju kurung yang begitu minati sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...