Rabu, 27 Mac 2013

TITIK SENTUHAN RAKYAT (PTSR) KEMAS BAGAN SERAI MENDAPAT PUJIAN



BAGAN SERAI  – Anak yatim disayangi , warga emas dihargai ,ibu tunggal diingati . Itulah yang tersirat dalam Program Titik  Sentuhan Rakyat (PTSR) yang dianjurkan  oleh KEMAS kawasan Bagan Serai di bawah unit perhubungan . Program ini telah berlangsung di DUN Alor Pongsu 

Program ini adalah program turun padang untuk mendekati golongan anak yatim  warga emas dan ibu tunggal agar mereka tidak berasa dipinggir oleh masyarakat di samping memberi peluang kepada mereka untuk beramah mesra serta bersua muka dengan pemimpin-pemimpin tempatan yang jarang ditemui .Selain itu, program khidmat sosial ini adalah satu usaha untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang kurang berkemampuan .

Sumbangan yang diberikan merupakan  barangan keperluan dapur .Seramai100 orang yang terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal dan warga emas telah menerima sumbangan ini. Program ini telah berlangsung selama 5 hari bermula 5 Mac yang lalu .



Turut hadir dalam program ini ADUN Kawasan Alor Pongsu YB Dato’ Sham Bin Mat Sahat , Penghulu Mukim, Ketua Kampung , Penyelia Kanan, Penyelia pelbagai jurusan dan Pemaju Masyarakat KEMAS Kawasan Bagan Serai .




Progam ni telah mendapat pujian dari YB Dato’ Sham kerana beliau merasakan program ini amat bagus dan perlu diteruskan pada masa akan datang kerana melalui program ini, beliau dapat mengetahui permasalahan masyarakat di peringkat bawahan dengan lebih cepat dan tepat .



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...