Rabu, 8 Januari 2014

KURSUS RTC - JAHITAN TUDUNG 3 LAYER

Kursus RTC Demonstrasi Jahitan Tudung 3 Layer telah di adakan di PKM Pasir Salak pada 26 hingga 27 Disember 2013. Seramai 20 orang peserta telah menghadiri kursus terdiri dari peserta kelas jahitan KEMAS Pasir Salak, KEMAS Parit dan KEMAS Manjung Peserta yang terlibat terdiri dari yang telah  menjahit secara sambilan atau yang telah membuka kedai menjahit.

Perasmian kursus telah dilaksanakan oleh En. Nasurunnasir b. Alias Penyelia Kanan KEMAS Pasir Salak. Tenaga pengajar adalah Pemaju Masyarakat Pendidikan Kemahiran KEMAS Parit Buntar iaitu Cik Nor Adiba dan Cik Rashidah.

Rata-rata peserta mengucapkan terima kasih kerana KEMAS mengadakan kursus yang amat penting ini terutama bagi mereka yang terlibat secara langsung mengambil tempahan menjahit tudung.  Betul lah seperti kata pepatah "lain guru lain ilmunya" di mana peserta dapat mempelajari cara memotong kain yang menjimatkan serta mengelakkan pembaziran semasa memotong kain tudung. Dengan adanya kursus-kursus seperti ini dapatlah mereka membetulkan kesilapan yang selama ini tidak di sedari secara langsung.

Semoga dapatan kursus ini dapat meningkatkan jualan serta meningkatkan tahap ekonomi keluarga mereka melalui pembelajaran yang telah KEMAS laksanakan dan seterusnya mencapai tujuan utama kursus dijalankan iaitu meningkatkan kemahiran dan melahirkan usahawan berjaya di kawasan luar bandar khususnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...