17 MAC 2013_Pertandingan Futsal Terbuka yang diadakan di padang futsal Kg. Tanah Lalang.Dalam pertandingan ini telah dsertai seramai 32 pasukan di mana setiap pasukan mempunyai tujuh peserta.Program ini telah dihadiri oleh orang ramai sekitar parlimen Bagan Datoh seramai 500 orang. Acara ini telah dipertandingkan bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 6 petang.Walaupun cuaca terik,ini tidak mematahkan semangat setiap pasukan untuk bermain bersungguh-sungguh.Program ini telah disempurnakan oleh Dato Shahrul Zaman Bin Dato Yahya selaku SETPOL Menteri Pertahanan Malaysia.Antara agensi yang terlibat ialah Jabatan Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak,KEMAS Bagan Datoh,dan JKK kampung Tanah Lalang.
Memaparkan catatan dengan label BAGAN DATOH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BAGAN DATOH. Papar semua catatan
Selasa, 2 April 2013
FUTSAL RAKYAT BERSAMA KEMAS BAGAN DATOH
Disediakan oleh : Shafika
BACAAN YASIN DAN TAHLIL BERSAMA PEMIMPIN TEBOK BENGKANG
Disediakan oleh : shafika
29 MAC 2013,Majlis bacaan yasin dan tahlil bersama pemimpin di Kampung Tebok Bengkang telah dilaksanakan pada hari jumaat yang penuh rahmat dengan lancar.Majlis ini telah dihadiri seramai lebih kurang 40 orang yang terdiri daripada kaum ibu dan bapa.Selain daripada itu majlis bacaan yasin ini telah diketuai oleh Imam kampung ini sendiri iaitu Imam Anuar bin Haji Husin.
Walaubagaimanapun,majlis yang bermula pada pukul 4.30 petang dan berakhir pada pukul 6.00 petang ini amat sayu apabila pada mula sebelum bacaan ini dimulakan,Ketua Kampung iaitu Kapten Bersara En Toha' bin Bahari telah memberi ucapan mengenai para perwira yang telah terkorban diLahad Datu,Sabah dan juga mengenai keamanan negara ini.
Antara tetamu yang turut hadir bersama ialah Penyelia Bina Insan KEMAS Parlimen Bagan Datoh,Puan Ummi Kalsom dan juga Ustazah Jamrah.Ustazah ini juga merupakan guru agama yang mengajar penduduk kampung khususnya pada kaum ibu tentang perihal agama islam dan menjadi rujukan mengenai agama islam.
Majlis ini telah diakhiri dengan jamuan minum petang selepas selesai tahlil dan ucapan ringkas daripada imam.
PROGRAM MESRA RAKYAT DI JENDERATA ESTATE
Disediakan oleh : shafika
Banyak agensi telah beri kerjasama penuh pada program anjuran KEMAS ini antaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kawasan Rukun Tetangga, MIC Bahagian UMNO Bagan Datoh dan Wanita Barisan Nasional. Selain dari itu terdapat beberapa acara yang di pertandingkan antaranya ialah pertandingan memasak rendang ayam,pertandingan sukaneka iaitu sukan bowling kelapa,masukkan manik dengan cepat, tiup belon dan kerusi berlagu.
Program ini telah dimulakan dengan demo masakan oleh salah seorang anak jati kawasan iaitu Encik Prabu Silvaraj, dimana yang diketahui Encik Prabu ini masih menuntut di salah sebuah kolej swasta didalam bidang perhotelan dan masakan ini dengan lebih mendalam.Antara jemputan khas yang lain yang telah sudi meluangkan masa bersama memeriahkan program ini ialah Pegawai KEMAS Daerah Puan Zafina Sulaiman,Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Bagan Datoh Cik Aminah Manap, Tuan Haji Khairuddin bin Haji Tarmizi selaku Setiausaha UMNO Bahagian Bagan Datoh,Ketua MIC Bahagian Bagan Datoh En Subramaniam, Pengerusi Rukun Tetangga En Kanna Munussamy,Puan K.Maliga Ganesan selaku Ketua MIC Bahagian Bagan Datoh,Datok Hjh Abaidah bt Hji Zainuddin Ketua Wanita UMNO Bahagian Bagan Datoh,Naib Wanita UMNO Bahagian Bagan Datoh Datin Hjh Zubaidah, Ajk-ajk Rukun Tetangga, Ajk-ajk Wanita Bahagian dan beberapa kakitangan KEMAS.
Program ini cukup meriah dengan riuh rendah penduduk apabila bermulanya acara-acara yang dipertandingkan secara berturut,program ini juga telah diselangi dengan pemberian saguhati kepada pelajar cemerlang.Beberapa ucapan yang disampaikan yang mengharapkan pihak kemas dapat menganjurkan lagi program ini dan mereka juga mengucapkan ribuan terima kasih pada pihak KEMAS. Program ini telah berakhir dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang dan kepada yang hadir memeriahkan majlis.
Jenderata Divisyen 3,Mini Karnival 2013 sebagai Program Mesra Rakyat telah berlangsung selama 5 jam ini yang bermula seawal jam 4.00 petang ini berlangsung dengan jayanya dengan kerjasama pelbagai pihak diDewan Linquist.Program ini mendapat sambutan baik daripada seramai 200 orang penduduk yang telah hadir dari pelbagai golongan umur tidak kira tua atau muda, wanita atau lelaki dan kecil atau besar.
Banyak agensi telah beri kerjasama penuh pada program anjuran KEMAS ini antaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kawasan Rukun Tetangga, MIC Bahagian UMNO Bagan Datoh dan Wanita Barisan Nasional. Selain dari itu terdapat beberapa acara yang di pertandingkan antaranya ialah pertandingan memasak rendang ayam,pertandingan sukaneka iaitu sukan bowling kelapa,masukkan manik dengan cepat, tiup belon dan kerusi berlagu.
Program ini cukup meriah dengan riuh rendah penduduk apabila bermulanya acara-acara yang dipertandingkan secara berturut,program ini juga telah diselangi dengan pemberian saguhati kepada pelajar cemerlang.Beberapa ucapan yang disampaikan yang mengharapkan pihak kemas dapat menganjurkan lagi program ini dan mereka juga mengucapkan ribuan terima kasih pada pihak KEMAS. Program ini telah berakhir dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang dan kepada yang hadir memeriahkan majlis.
Isnin, 1 April 2013
PROGRAM MESRA RAKYAT BERSAMA PEMIMPIN DI SIMPANG 3
Disediakan oleh : shafika
JAM 9.00 malam telah berlangsungnya satu Program Mesra Rakyat di Pusat Daerah Mengundi di Simpang 3 Rungkup ini pada hari sabtu,30 mac 2013.Program ini telah dihadiri kira-kira seratus lebih yang terdiri dari pelbagai golongan peringkat umur tidak kira golongan tua atau muda,wanita mahupun lelaki.Pada awal majlis program ini telah di beri ucapan oleh Encik Amat bin Mohd Atar selaku AJK UMNO Bahagian DUN Rungkup diikuti dengan ucapan dari Dato' Halim selaku AJK UMNO Bahagian DUN Rungkup juga kemudian Kapten Bersara Encik Toha' bin Bahari juga turut mrnyampaikan sepatah dua kata,beliau juga merupakan Pegawai Khas DUN Rungkup.
Selain dari itu juga, antara tetamu lain yang hadir bersama ialah Ketua Kampung Matang Kunda En Asmawi,Tuan Haji Omar Ahmad selaku Ketua Kampung Simpang 3 dan tidak ketinggalan Penyelia Kanan KEMAS Cik Aminah Manap dan beberapa Pemaju Masyarakat KEMAS juga turut hadir bersama di program ini.
Didalam program ini setiap pemimpin telah menyentuh topik mengenai peranan dan tanggungjawap oleh setiap orang yang akan bekerjasama dalam PRU 13 yang akan datang tidak lama lagi.Penduduk kampumpung juga diberi peluang untuk bertanyakan perkara yang kurang difahami supaya lebih jelas dan difahami.
Program ini telah berakhir pada jam 12.30 malam dengan sedikit jamuan dan sembang-sembang bersama pemimpin.
Ahad, 31 Mac 2013
KUNJUNGAN KASIH DI KAMPUNG TELUK BULOH
18 MAC 2013_ISNIN Program Kunjungan Kasih telah diadakan di Kampung Teluk Buloh,Hutan Melintang,Perak.Program ini telah direncanakan oleh Kemas parlimen Bagan Datoh seawal 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 1 tengahari. Program ini telah disambut baik oleh keluarga kanak-kanak Tabika Kemas dikampung Teluk Buluh tersebut.Selain itu kanak-kanak dari keluarga miskin dan kanak-kanak e-kasih juga turut terlibat didalam program ini.Penyelia kanan Kemas Bagan Datoh cik Aminah binti Abdul Manap juga hadir bersama-sama untuk serta dalam program ini sekaligus menyampaikan saguhati berupa hamper makanan kepada 21 keluarga kanak-kanak di kampung Teluk Buluh ini.Disamping melawat dan menyampaikan hamper kepada kanak-kanak ini,banyak yang boleh dijadikan kesedaran pada diri setiap ahli yang mengikuti program ini.Diharap program ini akan diteruskan lagi pada setiap tahun kerana program ini amat memberangsangkan.
DISKUSI ILMIAH DI JALAN FERI
Disediakan oleh : shafika
25 MAC 2013_ISNIN.Program diskusi ilmiah telah dilaksanakan disurau JKR Jalan Feri,Bagan Datoh pada pukul 8.30 pagi sehingga 10.00pagi.Program yang telah berlangsung selama sejam lebih ini telah diceramahkan oleh Ustazah Haliman Sa'diah,beliau juga merupakan seorang pesara guru besar yang berkebolehan.Beliau telah membincangkan topik Khusyuk Dalam Solat,walaupun ceramah ini agak singkat tetapi banyak ilmu yang boleh diambil oleh setiap yang hadir.
Selain dari itu,terdapat beberapa suara yang menyatakan bahawa mereka tidak berapa disenangi dengan program yang dilaksanakan oleh kemas di kawasan kampung mereka in,mereka beranggapan bahawa pihak kemas telah sibuk memasuki kampung dan membuat program di kampung mereka,walaupun begitu seramai 24 orang telah hadir dan sudi meluangkan masa diwaktu pagi ini untuk bersama-sama mendengar ceramah yang disampaikan dan dikelolakan oleh kemas bagan datoh.Program ini diakhiri dengan jamuan dan salam bersalaman..
Jumaat, 29 Mac 2013
SEMBANG ORANG MUDA
Disediakan oleh : shafika
Rabu,20 mac 2013,Program sembang orang muda yang telah terlaksana pada pukul 10.00 malam dan telah berakhir pada pukul 12 malam ini mendapat sambutan yang baik oleh pemuda-pemuda BN khususnya golongan generasi Y.Banyak isu yang dikupas oleh pemuda-pemuda dan banyak juga yang dikongsikan bersama dengan pemimpin.Antara pemimpin yang telah hadir bersama ialah Dato Shahrol Zaman bin Dato Yahya,beliau merupakan SETPOL Menteri Pertahanan Malaysia.Selain itu Ketua Cawangan Parlimen Bagan Datoh Encik Abdul Rashid Bin Hasan juga hadir bersama di Perkaranagan rumah Encik Hazrin bin Husin.Didalam sesi sembang santai ini terdapat beberapa acara yang di buat antaranya BBQ dan minum malam bersama-sama pemimpin.
DEMONSTARASI MASAKAN BATU 12
Disediakan oleh: shafika
Dun Hutan Melintang telah berlangsungnya program demonstrasi masakan pada pukul 3.00petang dan tamat pada pukul 5.00 petang.Program yamg berlangsung selama 2 jam ini telah dikongsikan bersama-sama penduduk setempat bersama Pemanju Masyarakat dari bahagian Pendidikan Kesejahteraan Keluarga dan diselaraskan oleh Penyelia KEMAS bahagian Pembangunan Masyarakat parlimen Bagan Datoh.Program ini dihadiri seramai 20 orang pada hari Selasa 19 Mac 2013.Ketua Wanita Parit 13 parlimen bagan datoh,Puan Hamidah binti Mat Dom juga turut hadir memeriahkan majlis.Masakan yang telah didemokan ialah sup cendawan pekat yang boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama roti francis.Sup cendawan pekat ini dapat dinikmati bersama-sama penduduk yang hadir,dengan jamuan minum petang ini maka berakhir lah program ini.sekian.
KURSUS DANDANAN DIRI (DEWAN ESTET JENDERATA)
23 MAC 2013_SABTU."rupa die sangat berbeza la bila dah di solek" begitu lah kata-kata salah seorang peserta kursus daripada 30 orang peserta yang ada di kursus dandan diri ini.Kursus ini telah dirancang oleh Puan Hasnah bt.Mustafa BPM( bahagian pendidikan masyarakat) dan diikuti bersama beberapa pemaju masyarakat kemas parlimen bagan datoh.Sambutan yang mengalakkan oleh penduduk dengan dihadiri tetamu jemputan yang telah berbesar hati meluangkan masa hadir untuk turut serta bersama dengan penduduk khususnya kaum ibu iaitu K.Maliga.Beliau merupakan ketua wanita mic parlimen bagan datoh.Selain dari itu juga peserta -pesrta yang hadir ini juga banyak mengajukan pertanyaan mengenai solekan dan bertukar-tukar pendapat.Kursus dandanan ini telah di jalankan pada pukul 4.30 petang dan pada pukul 6.30 petang kusus ini telah pun tamat.Kursus ini diakhiri dengan sedikit saguhati yang dsiberikan pada setiap peserta yang hadir.
BACAAN YASIN BERSAMA PEMIMPIN
Disediakan oleh : shafika
Dengan permulaan bismillah sahaja telah membuatkan majlis bacaan yasin ini cukup menyentuh hati pada setiap penduduk khususnya kaum ibu yang telah hadir untuk majlis bacaan yasin bagi keamanan negara dan untuk para perwira kita yang telah gugur di Lahad Datu,Sabah.Majlis ini telah berlangsung pada 25 mac 2013 di Parit 17 Kampung Sungai Pulau Dun Hutan Melintang,Parlimen Bagan Datoh.Majlis bacaan yasin ini telah diketuai oleh Hajah Salmah Yahya selaku AJK Wanita Parlimen Bagan Datoh.Majlis ini telah dimulakan pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang.Majlis ini telah di hadiri seramai 50 orang penduduk kampung.Majlis yang penuh syahdu in telah berakhir dengan salam-bersalaman diantara penduduk dan pemimpin.
BACAAN YASIN BERSAMA PEMIMPIN
Disediakan oleh : shafika
Dun Hutan Melintang,telah berlangsungnya Majlis Bacaan Yasin untuk wira-wira negara yang telah gugur dimedan pertempuran di Lahad Datu,Sabah dan untuk Kesejahteraan Keamanan Negara kita,Malaysia tercinta.Majlis ini telah berlangsung di surau Bagan Pasir Parlimen Bagan Datoh.Majlis in telah diketuai oleh Ustazah Sitipah Bin Dan yg juga merupakan AJK Wanita UMNO Bahagian Bagan Datoh.Majlis yang penuh rahmat in telah diadakan pada hari Khamiis,28 Mac 2013,dengan kehadiran seramai 30 orang ini juga telah cukup membuatkan setiap yang hadir sayu dan sebak apabila tiap patah ayat di surah yasin dibacakan.Wakil KEMAS Parlimen Bagan Datoh pula ialah Puan Ummi Kalsom selaku Penyelia Bina Insan Parlimen Bagan Datoh.Majlis yang berlangsung secara sederhana tapi penuh keberkatan ini telah diakhiri pada jam 5.00 petang dan disusuli dengan jamuan minum petang.
BERRKERJASAMA MENCERIAKAN KEBUN DAPUR
Disediakan oleh : shafika
26 MAC 2013,SELASA-Program Kebun Dapur telah diadakan di Tabika KEMAS Selekoh.Program ini telah dilaksanakan pada pukul 4.30 petang sehingga jam 6.00 petang.Program ini telah dihadiri seramai 30 orang yang ada diantara mereka dikalangan pihak ibubapa kanak-kanak tabika dan penduduk masyarakat setempat disini.Didalam program ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim diantara sesama manusia selain dapat mengindahkan kawasan sekitar dengan lebih baik.Selepas beberapa jam program in berlangsung program in telah tamat dengan jamuan ringan yang disediakan oleh pemaju masyarakat di Tabika selekoh ini.
Khamis, 28 Mac 2013
TRANSFORMASI MINDA
Disediakan oleh : shafika
RABU,pada pukul 9.00 pagi Program Transformasi Minda telah berlangsung di Pusat Sumber Selekoh hari ini 28 MAC 2013 dengan ringkas tetapi padat dengan slot.Program ini telah diselaras oleh Puan Hasnah Binti Mustafa,beliau merupakan Penyelia Bahagian Pembangunan Masyarakat Parlimen Bagan Datoh.
Program ini terbahagi kepada dua slot iaitu slot bicara tokoh dan satu slot lagi slot musang berjanggut.Kehadiran yang menghampiri seramai kira-kira mencecah 50 orang ini dapat dimuatkan didalam Pusat Sumber KEMAS Selekoh,Dun Rungkup,Parlimen Bagan Datoh.Tetamu kehormat yang hadir sekaligus menjadi sebagai pemberi ucapan ialah Tuan Haji Hasan Bin Hamzah.Beliau merupakan Pengerusi Yayasan Buku Malaysia dan merangkap sebagai Naib Timbalan UMNO bahagian Bagan Datoh.
Pada slot pertama iaitu slot bicara tokoh,banyak dari ucapan Tn Haji Hasan ini sangat mengujakan ,diantara nya apabila beliau menyentuh tentang hasil pengarangan beliau yang telah mencecah 25 buah buku,hasil penerbitan beliau pula telah mencecah ribuan buku dan kini sebuah galeri buku sedang dibina atas hasil titik peluh beliau juga yang dibina untuk dikongsikan bersama-sama dengan penduduk parlimen bagan datoh.
Slot kedua ialah slot musang berjanggut,slot ini ialah slot aktiviti yang melibatkan peserta ahli pusat sumber selekoh ini sendiri bersama pemaju masyarakat perpustakaan.Aktiviti ini mengisahkan pengasingan rempah ratus dan kekacang.
Labels:
BAGAN DATOH,
GSPS
PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBESARAN ISLAM
Disediakan oleh : shafika
27 MAC 2013,RABU-Program Sambutan Hari Kebesaran Islam yang telah dirancang oleh KEMAS Parlimen Bagan Datoh telah selamat dilaksanakan di Dewan Kampung Sungai Batang pada pukul 3.00 petang.
Penceramah jemputan yang telah berbesar hati menghadiri program ini ialah Ustaz Zamhana Bin Ismail selaku Penyelaras Biro Agama Parlimen Bagan Datoh.Selain dari itu,Encik Ahmad Zubaidi selaku Ketua Kampung Sungai Batang juga hadir di dalam program ini.Penyelia Bina Insan KEMAS Parlimen Bagan Datoh,Puan Ummi Kalsom Binti Romli juga dapat meluangkan masa bersama-sama diprogram ini.
Topik yang diceramahkan oleh Ustaz Zamhana ialah mengenai Pengkhususan Solat (sebab/musabab ketetapan solat pada setiap rakaat) topik ini sedikit sebanyak dapat membantu kita memahami dengan lebih jelas apabila adanya sesi bersoal jawap dengan penceramah.
Kehadiran para penduduk kampung yang terdiri daripada sebilangan kaum bapa dan kaum ibu ini telah melebihi 70 orang yang hadir juga dapat memeriahkan majlis ini.
Dengan sedikit jamuan ringan yang disajikan pada yang hadir maka berakhirlah program sambutan hari kebesaran islam ini.
Langgan:
Catatan (Atom)

