Khamis, 28 Mac 2013

PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBESARAN ISLAM

Disediakan oleh : shafika



27 MAC 2013,RABU-Program Sambutan Hari Kebesaran Islam yang telah dirancang oleh KEMAS Parlimen Bagan Datoh telah selamat dilaksanakan di Dewan Kampung Sungai Batang pada pukul 3.00 petang.
Penceramah jemputan yang telah berbesar hati menghadiri program ini ialah Ustaz Zamhana Bin Ismail selaku Penyelaras Biro Agama Parlimen Bagan Datoh.Selain dari itu,Encik Ahmad Zubaidi selaku Ketua Kampung Sungai Batang juga hadir di dalam program ini.Penyelia Bina Insan KEMAS Parlimen Bagan Datoh,Puan Ummi Kalsom Binti Romli juga dapat meluangkan masa bersama-sama diprogram ini.
Topik yang diceramahkan oleh Ustaz Zamhana ialah mengenai Pengkhususan Solat (sebab/musabab ketetapan solat pada setiap rakaat) topik ini sedikit sebanyak dapat membantu kita memahami dengan lebih jelas apabila adanya sesi bersoal jawap dengan penceramah.
Kehadiran para penduduk kampung yang terdiri daripada sebilangan kaum bapa dan kaum ibu ini telah melebihi 70 orang yang hadir juga dapat  memeriahkan majlis ini.
Dengan sedikit jamuan ringan yang disajikan pada yang hadir maka berakhirlah program sambutan hari kebesaran islam ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...