Khamis, 28 Mac 2013

BACAAN YASSIN DAN TAZKIRAH DI TROLAK TIMUR

Oleh  : Bintu Darus

Bergema alunan suara dengan bacaan yassin oleh 20 orang yang terdiri daripada kaum wanita yang hadir dalam Program Bacaan Yassin dan Tazkirah yang dianjurkan oleh KEMAS Parlimen Tg. Malim.  Program ini telah diadakan di Felda Trolak Timur, Sungkai pada 23 Mac 2013 yang lalu.


Dipimpin oleh Ustazah Hjh Zinan bt Hj Daud, Pemaju Masyarakat KEMAS Parlimen Tg. Malim, bacaan Yassin dan tazkirah dijalankan.  Dalam tazkirah beliau, beliau menegaskan bahawa setiap khalifah dibumi ini mempunyai tugas dan peranannya.  Sekiranya tugas dan peranan itu tidak dilaksanakan. ianya akan memberi kesan kepada insan sejagat seperti keruntuhan institusi keluarga, negara terumbang ambing dan sebagainya.

Program ini bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara KEMAS dan penduduk setempat.  Di Felda penempatannya amat luas dan dengan program seperti ini ianya dapat memberi peluang kepada KEMAS untuk bersama-sama dengan masyarakat Felda sehingga ke peringkat akar umbi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...