Khamis, 28 Mac 2013

TRANSFORMASI MINDA MASYARAKAT LUAR BANDAR


"TRANSFORMASI MINDA MASYARAKAT LUAR BANDAR" menjadi objektif utama yang cuba diterapkan dalam program yang dianjurkan oleh pihak KEMAS Parlimen Padang Rengas pada 27 Mac 2013 yang lalu.  Pusat Sumber Kg. Buaia, Padang Rengas telah dipilih sebagai lokasi pelaksanaan program kerana ianya bersesuaian dengan tujuan program yang ingin melakukan perubahan minda masyarakat yang selama ini menganggap pusat sumber tidak lebih sebagai tempat pencarian ilmu semata-mata tetapi pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan terutama aktiviti kemasyarakatan.



Aktiviti yang dijalankan mendapat penyertaan daripada pelbagai lapisan umur dan antara aktivitinya ialah Kuiz Ketatanegaraan, Pertandingan Puzzle dan Pertandingan Semarak Jawi.  Kelihatan peserta yang hadir hampir 40 orang ini berasa seronok dan berharap pelbagai aktiviti lain boleh diadakan sekaligus menarik minat masyarakat untuk hadir ke Pusat Sumber. 

Majlis penutup program ini diserikan lagi dengan acara penyampaian hadiah dan cabutan bertuah yang telah disempurnakan oleh Pn. Norlehan binti Hj. Alang, Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Padang Rengas. Program ini telah berjalan seperti yang dirancangkan dengan hasil usaha pemaju-pemaju masyarakat Unit Bahagian Pendidikan Masyarakat serta Jawatankuasa  Aktiviti Pusat Sumber yang turut memberikan kerjasama erat bagi menjayakan program tesebut. 


                       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...