Isnin, 1 April 2013

KURSUS JAHITAN KEMAS DISERTAI GOLONGAN MUDA





























































Seramai 21 orang peserta telah mengikutu kursus jahitan yang telah dianjurkan oleh pihak Unit Pendidikan Masyarakat KEMAS Sungai Siput pada 25 Mac 2013. Lebih membanggakan penyertaan peserta melalui kursus kali ini disertai ramai golongan muda.

Semasa Majlis Penutup, Tuan Yang Terutama Dato' Seri S.Samy Vellu, Duta Khas (Infrastruktur) Kerajaan Malaysia ke India telah melahirkan rasa bangga beliau kepada para peserta terutama mereka yang dari golongan muda kerana dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Dato Seri S.Samy Vellu juga menyeru golongan muda terbabit supaya merebut peluang serta menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan dengan sebaik mungkin. Beliau menambah pemahaman serta sokongan golongan terbabit terhadap dasar transformasi yang dilaksanakan dibawah Kepimpinan Dato' Seri Mohd Najib sangat perlu, kerana menurut beliau golongan tersebut adalah merupakan generasi yang akan mewarisi kemajuan yang akan dikecapi hasil usaha pemimpin dan kerajaan sejak dahulu sehingga hari ini. Majlis penutup kursus tersebut turut dihadiri ibu serta bapa peserta.  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...