Memaparkan catatan dengan label BAGAN SERAI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BAGAN SERAI. Papar semua catatan

Selasa, 2 April 2013

PROGRAM KEAGAMAAN ...KEROHANIAN JUGA JADI KEUTAMAAN

BAGAN SERAI :- Disebalik kerancakan mengatur program sosial , program berbentuk kerohanian juga menjadi keutamaan agar masyarakat mendapat santapan rohani , sentiasa mengingati diri  dan tanggungjawab terhadap syiar Islam . Bersempena dengan itu, KEMAS Kawasan Bagan Serai telah melaksanakan satu program Diskusi Ilmiah berbentuk ceramah di Tabika KEMAS Changkat Lobak pada 27 Mac 2013 . 

Program yang bermula pada jam 03.00 petang itu dihadiri Ustaz Khairul Asyraf Bin Zulkifli dari Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Larut Matang Selama .Beliau yang berceramah telah menyentuh berkenaan aqidah umat Islam yang dilihat semakin goyang dan turut menjelaskan secara terperinci isu " Kalimah Allah" yang sering dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab..





DISKUSI ILMIAH SELINSING


BAGAN SERAI :- Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di bawah unit Bina Insan telah melaksanakan program Diskusi Ilmiah di Kampung Parit 4 , Selinsing pada 30 Mac 2013 . Program ini telah berlangsung pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 6.00 petang. Program ini dihadiri Tuan Haji Abdul Moin Bin Mustaffa , Penyelaras DUN Selinsing dan penceramah jemputan Ustaz Khairul Asyraf Bin Zulkifli dari Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Larut Matang selama .

Ustaz Khairul Asyraf yang berceramah selama dua jam itu telah menyentuh soal perpaduan dikalangan umat Islam kerana dilihat umat Islam pada hari ini sudah mula berpecah. Menurut beliau,perpaduan dikalangan masyarakat perlu dipupuk supaya keharmonian dan keamanan  negara sebagai Negara Islam  dapat dikekalkan .





PENYATUAN UMMAH MELALUI DISKUSI ILMIAH

 




ALOR PONGSU -Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit Haji Amin , Encik Abd Aziz Bin Ahmad Tarmizi melahirkan penghargaannya kepada KEMAS Bagan Serai kerana berjaya melaksanakan program diskusi ilmiah di Surau 1 , Kampung Parit Haji Amin pada 28 Mac 2013 .


 


 
Menurut beliau, program ini sangat baik dan perlu diteruskan pada masa akan datang supaya masyarakat melayu terutama yang beragama Islam dapat bersatu supaya perpaduan ummah dapat dipupuk . Program yang bermula pada jam 3.00 petang itu telah dihadiri penceramah dari Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Larut Matang Selama iaitu Ustaz Khairul Asyraf Bin Z.ulkifli . Beliau telah menyampaikan ceramah yang bertajuk " Kalimah Allah " yang merupakan topik atau isu yang sedang dimainkan oleh pihak pembangkang pada hari ini . 
Program yang begitu meriah mendapat perhatian ramai untuk turut bersama hadir, program dihadiri hampir 60 orang peserta itu berakhir pada jam 6.00 petang .
 



SANTAI BERSAMA PEMIMPIN DI DUN ALOR PONGSU


ALOR PONGSU 30 MAC 2013 :- Program Santai Bersama Pemimpin DUN Alor Pongsu yang telah diadakan di Kampung Matang Merbau baru-baru ini meriah dengan kehadiran kira-kira 150 orang masyarakat yang terdiri daripada golongan belia, wanita dan warga emas .

Program yang sentiasa dinantikan oleh masyarakat itu di anjurkan oleh Pejabat KEMAS Kawasan Bagan Serai dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Matang Jelutung . 

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan pada program tersebut adalah seperti sembang santai antara pemimpin dengan masyarakat dan cabutan nama bertuah . 

Rata-rata mereka yang hadir berasa amat bangga dengan kehadiran Dato' Sham Bin Mat Sahat , ADUN Kawasan Alor Pongsu dan Penyelia Kanan KEMAS Kawasan Bagan Serai yang turut bersama-sama masyarakat pada majlis tersebut bagi mendengar permasalahan , pandangan serta cadangan daripada mereka .
Dato' Sham Bin Mat Sahat yang berucap pada program tersebut turut memberi penjelasan serta menjawab persoalan berkenaan insiden pencerobohan pengganas Sulu ke atas Lahad Datu dan Semporna yang sememangnya menjadi isu yang besar ketika ini . Beliau juga menyarankan agar generasi muda serta semua penduduk tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan dakyah yang kerap dibuat oleh mereka yang tak bertanggung jawab serta tuduhan -tuduhan kononnya kerajaan sebagai dalang insiden tersebut .




Masyarakat disitu juga amat berharap agar program seumpama ini dapat diadakan lagi di situ pada masa akan datang bagi membolehkan mereka bersuaikenal, menyuarakan pandangan dan pendapat serta beramah mesra dengan pemimpin-pemimpin mereka .









MAJLIS BACAAN YASSIN ERATKAN SILATURRAHIM



BAGAN SERAI  - KEMAS Kawasan Bagan Serai dibawah unit Bina Insan telah mengadakan satu majlis bacaan yassin bersama penduduk  di Surau  Kampung Sungai Perikan pada 29 Mac 2013 .Majlis yang bermula pada jam 3.00 petang itu berjalan lancar dan diketuai oleh Ustaz Abd Manaf .
 
 

Tujuan Majlis ini di adakan adalah untuk memupuk nilai kerohanian dan menggeratkan ukhwah antara masyarakat dan agensi kerajaan .Program ini adalah sejajar dengan matlamat KEMAS untuk memberi perkhidmatan yang sopan , berkualiti dan mesra kepada masyarakat .



SANTAI BERSAMA PEMIMPIN DUN GUNUNG SEMANGGOL


 
BAGAN SERAI:-   30 Mac 2013 jam 9.00 pagi bertempat di Balairaya Gunung Semanggol telah diadakan program Santai Bersama Pemimpin . Program Anjuran KEMAS Kawasan Bagan Serai ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari masyarakat setempat . 


Program ini telah dihadiri Encik Zainal Abidin Bin Hj Hanafiah , Penyelaras DUN Gunung Semanggol , Encik Sharudin Bin Ahmad , Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bagan Serai dan Encik Ahmad Lupthi Penghulu Mukim Gunung Semanggol .
 
 

Encik Zainal Abidin yang berucap pada program tersebut telah memberi penerangan berkenaan isu-isu semasa yang sedang berlaku pada hari ini . Beliau juga turut menekankan isu " Kalimah Allah " yang sedang dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab serta menyarankan  agar semua masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan  fitnah dan dakyah yang kerap dibuat ke atas kepimpinan Kerajaan Negeri Perak. Beliau juga berharap agar pihak KEMAS dapat menganjurkan program sebegini di masa akan datang kerana konsep santai ini dapat merapatkan silaturrahim antara pemimpin dan masyarakat seterusnya dapat mengetahui permasalahan rakyat dengan lebih cepat dan tepat . 















Isnin, 1 April 2013

GIANT BURGER MENU KURSUS MASAKAN REMAJA BAGAN SERAI



  




BAGAN SERAI :- Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)  Bagan Serai di bawah unit Bahagian Pendidikan Masyarakat (BPM)  telah menganjurkan kursus masakan  dengan tema  " Giant Burger " bagi golongan beliawanis dan suri rumah pada 23 Mac 2013 di Anjung Bestari Matang Gerdu .

Kursus  yang dihadiri oleh 34  orang peserta ini  diberi latihan oleh tenaga pengajar dari  Akademi Kulinari KEMAS Malaysia iaitu Puan Norazian Binti Abu Bakar .Kursus ini  bertujuan memberi pendedahan makanan barat kepada penduduk luar bandar disamping memberi peluang kepada mereka untuk berniaga bagi meningkatkan  pendapatan isi rumah.

Kursus ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Datin Zakiah Binti Abd Rahman , Isteri  kepada YB Adun Alor Pongsu sebagai tetamu untuk merasmikan kursus tersebut . Dalam ucapannya ,beliau menyarankan supaya program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.  








Rabu, 27 Mac 2013

KURSUS DANDANAN DIRI KEMAS BAGAN SERAI










BAGAN SERAI  24  Mac 2013 . - Kemahiran dalam memajukan sesuatu perniagaan amat diperlukan bagi memastikan bidang yang diceburi itu mendatangkan
kejayaan.Bagaimanapun, kemahiran tersebut tidak akan datang bergolek tetapi memerlukan kesungguhan individu berkenaan untuk mencari ilmu dan latihan bagi meningkatkannya.



Menyedari kepentingan latihan dalam meningkatkan kemahiran, KEMAS kawasan Bagan Serai di bawah unit Bahagian Pendidikan Masyarakat  menyahut cabaran itu dengan menawarkan kursus bagi melahirkan lebih ramai usahawan dan pemilik salon kecantikan khususnya di kalangan beliawanis yang masih tercari-cari peluang pekerjaan .

Penyelia Kanan KEMAS, Puan Madihah Omar berkata ,bidang kecantikan mempunyai potensi besar untuk berkembang dan memberikan pendapatan lumayan kepada mereka yang serius mengusahakannya .

"Bidang ini masih kurang disertai oleh orang Melayu terutama  golongan beliawanis .Tenaga pengajar Cik NurAslina Binti Mohamad yang merupakan pemaju masyarakat  KEMAS dari Kampar telah memberi tunjuk ajar berkonsepkan Islam di mana semua perkhidmatan dan latihan menekankan pendekatan nilai-nilai murni mengikut syariat Islam.

''Sebagai contoh, dalam modul mekap pengantin, agama Islam melarang untuk mencabut bulu kening. Oleh itu  Cik Nur Aslina  mengajar mereka mengunakan kaedah tertentu tanpa perlu mencabut bulu kening tetapi masih akan kelihatan cantik dan menawan," katanya.

Menurut Puan Madihah Omar, bidang kemahiran yang khusus ini diadunkan bersama pembentukan jati diri melalui program bina insan.

Kursus ini di serikan lagi dengan kehadiran Datin Mazidah Binti Hamidon , Isteri Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai .

DISKUSI ILMIAH BAGAN SERAI



BAGAN SERAI 25 Mac  2013:- Program berunsurkan keagamaan menjadi nadi kekuatan kepada KEMAS untuk mendekati rakyat . Meskipun sasaran dari lingkungan usia 21 hingga 30 tahun , tetapi program bercorak keagamaan yang dianjurkan oleh KEMAS ini mendapat sambutan menggalakkan terutama bagi golongan yang berusia 35 hingga 50 tahun 

Sambutan baik terhadap program keagamaan ini menyebabkan KEMAS Kawasan Bagan Serai di bawah Unit Bina Insan  mengambil keputusan untuk mengadakan program Diskusi Ilmiah di kampung Balik Bukit Gunung Semanggol. Program yang bermula pada jam 09.00 pagi itu telah dihadiri Ustaz Khairul Asyraf Bin Zulkifli dari Pejabat Pentadbiran Agama Islam Larut Matang dan Selama. 




KURSUS JAHITAN SULAMAN REBEN KEMAS BAGAN SERAI



BAGAN SERAI 25 MAC 2013 ;- Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bagan Serai di bawah unit Bahagian Pendidikan Masyarakat (BPM) telah menganjurkan kursus Jahitan sulaman reben di Tabika KEMAS Tebuk Panchur .

Kursus yang dihadiri 20 orang peserta ini telah diberi tunjuk ajar oleh  Puan Nazatul Azian dari Parlimen Tambun  . Kursus ini  telah bermula pada pukul 09.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Tujuan Kursus ini adalah untuk memberi kemahiran kepada peserta untuk menambahkan pendapatan mereka kerana bidang jahitan mempunyai potensi yang besar untuk memperolehi pendapatan yang lumayan . 

Turut hadir Penyelia Kanan KEMAS Bagan Serai , Puan Madihah Hj Omar , Penyelia-penyelia dan pemaju-pemaju masyarakat pelbagai jurusan KEMAS Bagan Serai .









TITIK SENTUHAN RAKYAT (PTSR) KEMAS BAGAN SERAI MENDAPAT PUJIAN



BAGAN SERAI  – Anak yatim disayangi , warga emas dihargai ,ibu tunggal diingati . Itulah yang tersirat dalam Program Titik  Sentuhan Rakyat (PTSR) yang dianjurkan  oleh KEMAS kawasan Bagan Serai di bawah unit perhubungan . Program ini telah berlangsung di DUN Alor Pongsu 

Program ini adalah program turun padang untuk mendekati golongan anak yatim  warga emas dan ibu tunggal agar mereka tidak berasa dipinggir oleh masyarakat di samping memberi peluang kepada mereka untuk beramah mesra serta bersua muka dengan pemimpin-pemimpin tempatan yang jarang ditemui .Selain itu, program khidmat sosial ini adalah satu usaha untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang kurang berkemampuan .

Sumbangan yang diberikan merupakan  barangan keperluan dapur .Seramai100 orang yang terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal dan warga emas telah menerima sumbangan ini. Program ini telah berlangsung selama 5 hari bermula 5 Mac yang lalu .



Turut hadir dalam program ini ADUN Kawasan Alor Pongsu YB Dato’ Sham Bin Mat Sahat , Penghulu Mukim, Ketua Kampung , Penyelia Kanan, Penyelia pelbagai jurusan dan Pemaju Masyarakat KEMAS Kawasan Bagan Serai .




Progam ni telah mendapat pujian dari YB Dato’ Sham kerana beliau merasakan program ini amat bagus dan perlu diteruskan pada masa akan datang kerana melalui program ini, beliau dapat mengetahui permasalahan masyarakat di peringkat bawahan dengan lebih cepat dan tepat .



ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...