Rabu, 27 Mac 2013

KURSUS JAHITAN SULAMAN REBEN KEMAS BAGAN SERAI



BAGAN SERAI 25 MAC 2013 ;- Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bagan Serai di bawah unit Bahagian Pendidikan Masyarakat (BPM) telah menganjurkan kursus Jahitan sulaman reben di Tabika KEMAS Tebuk Panchur .

Kursus yang dihadiri 20 orang peserta ini telah diberi tunjuk ajar oleh  Puan Nazatul Azian dari Parlimen Tambun  . Kursus ini  telah bermula pada pukul 09.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Tujuan Kursus ini adalah untuk memberi kemahiran kepada peserta untuk menambahkan pendapatan mereka kerana bidang jahitan mempunyai potensi yang besar untuk memperolehi pendapatan yang lumayan . 

Turut hadir Penyelia Kanan KEMAS Bagan Serai , Puan Madihah Hj Omar , Penyelia-penyelia dan pemaju-pemaju masyarakat pelbagai jurusan KEMAS Bagan Serai .









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...