Rabu, 27 Mac 2013

KURSUS JAHITAN DI BAGAN DATOH

Disediakan oleh: shafika


25 MAC 2013_ISNIN.Bertempat dibengkel jahitan KEMAS rumah awam bagan datoh,program kursus jahit manik telah diberlangsung pada pukul 2.30 petang sehingga 5.30 petang.
Kursus ini telah mendapat sambutan hangat oleh penduduk setempat dikawasan rumah awam ini sehinggakan mereka tidak mahu pulang dan berganjak apabila diberi tahu masa akan berakhir.
Bengkel ini telah memuatkan seramai 30 orang.Program ini telah dihadiri oleh Ketua Wanita Cawangan Sungai Pergam iaitu Pn Hjh Waniah bt Paidi,Ketua Wanita Bahagian Parlimen Bagan Datoh,Datuk Hjh Abaidah bt Zainuddin dan tidak ketinggalan juga hadir pada program jahitan manik ini ialah Penyelia KEMAS Daerah Hilir Perak Pn Zafina bt. Sulaiman.
Selain mempelajari ilmu jahitan juga banyak juga yang dikongsikan bersama-sama penduduk dan pemimpin.Program ini diakhiri dengan jamuan minum petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...