Memaparkan catatan dengan label PARIT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PARIT. Papar semua catatan

Isnin, 16 Jun 2014

Karnival Fiesta Mesra Belia 1 Malaysia - PARIT



PARIT, 12 APRIL 2014 - Karnival Fiesta Mesra Belia 1 Malaysia membuka peluang kepada golongan belia melalui pelbagai acara dan aktiviti yang disediakan mengikut kehendak dan gaya hidup mereka.

Karnival Fiesta Mesra Belia 1 Malaysia yang melibatkan yang melibatkan semua daerah adalah sebagai laluan untuk mengetengahkan bakat-bakat belia sebagai mengisi slot untuk Festival Belia Putrajaya yang bakal berlangsung dari 23 hingga 25 Mei nanti. Konsep Laluan ke Putrajaya atau ‘Road to Putrajaya’ membuka peluang kepada belia di peringkat akar umbi untuk bersaing melalui aktiviti berbentuk pertandingan di peringkat daerah sebelum dipilh untuk bersaing di peringkat negeri. Pemenang di peringkat negeri pula secara automatik mewakili negeri masing-masing untuk mencari juara di Putrajaya Mei nanti.



di Parit, Karnival Fiesta telah diadakan di dataran Parit dan Perasmian Pembukaan telah dilakukan oleh YB. Dato' Shahrul Zaman Yahya ~ Exco Belia, Sukan, Komunikasi & Multimedia Negeri Perak. Hadir sama, Pengerusi Majlis Belia Daerah Perak Tengah dan Pegawai Belia dan Sukan Perak Tengah.

Golongan belia di negara ini seharusnya tidak melepaskan peluang ini untuk menonjolkan bakat yang ada disamping menyokong program yang disediakan untuk mereka. Pada majlis ini juga, Dato’ Shahrul menunjukkan gayanya dengan menyertai aktiviti senamseni yang disediakan sebagai pembukaan karnival bersama-sama pengunjung yang datang. 




Karnival Fiesta Mesra Belia 1 Malaysia bermula dari pukul 8.00 hingga 10.00 malam dengan menyediakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk kerohanian, kecergasan, rekreasi dan beberapa segmen yang lain mengikut citarasa belia.

KEMAS Parit telah di jemput untuk menyediakan pertandingan yang melibatkan penyertaan belia dan Tabika. Antaranya adalah seperti Pertandingan Gubahan Bunga, Pertandingan Gubahan Tuala, Pertandingan Dekorasi Kek dan Pertandingan Mewarna.

Gambar sepanjang aktiviti karnival di Parit...



Isnin, 14 April 2014

LAWATAN TABIKA KE PUSAT KONSERVASI HIDUPAN LIAR~TUNTUNG





11 April 2014, 9.00 pagi ~ Kanak-kanak Tabika KEMAS Kg. Suak Padi telah membuat lawatan ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Tuntung, Bota, sempena Tema Minggu ini bertajuk 'Haiwan di Air'... 

Turut hadir En. Kamaruzzaman (Pegawai. JAKOA Daerah Perak Tengah/ Hilir Perak telah singgah sebentar untuk melihat kanak-kanak serta ibubapa yang mengikuti lawatan ini membuat aktiviti lawatan.

En. Azmi (Pensyarah IPG Tuanku Bainun) juga turut serta di dalam acara lawatan ini, sebagai Pensyarah Pembimbing aktiviti praktikum yang dilaksanakan oleh Pn. Suzana bt Othman selaku Pemaju masyarakat Tabika KEMAS Kg. Suak Padi bersama pembantu Pn. Long Timah. Seramai 40 orang kanak-kanak mengikuti lawatan ini bersama 15 orang ibubapa kanak-kanak.





Ringkasan maklumat Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung)

Pusat yang ditubuhkan pada 1968 adalah sama dengan majlis yang berlangsung pada tahun 1630an di mana Sultan Perak ketika itu Sultan Mudzaffar Shah II melepaskan Tuntung ke Sungai Perak. Tujuan pusat ini ditubuhkan adalah untuk memulihara Tuntung melalui pengumpulan dan penetasan telur. Tuntung Sungai (Batagur baska) dan Tuntung Laut (Callagur borneoensis) merupakan spesies reptilia yang di pelihara dalam kolam-kolam pembiakan di Pusat Konservasi Hidupan Liar Bota Kanan. 

Spesies Tuntung ini dipelihara dan dibiakkan bagi mengelak kepupusan akibat aktiviti-aktiviti pengambilan pasir-pasir sungai yang tidak terkawal. Pasir sungai merupakan komponen utama di dalam habitat semula jadi spesies ini.

Pusat Konservasi Hidupan Liar Bota Kanan merupakan Pusat Tuntung yang terbesar dengan bilangan yang mencapai 1356 ekor. Selain daripada menjadi kawasan bagi pemuliharaan spesies Tuntung, ia juga merupakan pusat penyelidikan bagi penyelidik dari dalam dan luar negara terutamanya bagi pelajar-pelajar yang meminati spesies hidupan liar ini


Telur-telur Tuntung yang diperolehi pada setiap musim bertelur akan dieramkan secara semula jadi di dalam kawasan berpasir yang terdapat di sekitar kawasan pusat. Tempoh masa pengeraman telur-telur Tuntung ini adalah di antara 75 hingga 100 hari. Terdapat sepuluh buah kolam pembiakan Tuntung, di mana setiap kolam pembiakan ini memelihara Tuntung mengikut peringkat umur masing-masing bermula daripada umur sehari penetasan sehingga umur dewasa. Tuntung tertua yang terdapat di sini berusia 37 tahun.
Saiznya berbeza mengikut jantina. Tuntung betina lebih besar daripada jantan. Tuntung betina boleh membesar sehingga 50 sm berbanding dengan tuntung jantan yang boleh membesar lebih kurang 40 sm mengikut karapasnya. Di antara perbezaan tuntung dengan penyu adalah ia mempunyai kaki renang yang berkuku seperti kura-kura. Ini membolehkan ia berjalan di atas tanah atau pasir untuk bertelur. Tuntung mempunyai kepala yang kecil dan boleh disembunyikan di dalam karapasnya apabila diganggu.

Anak tuntung biasanya mempunyai lunas vertabrat (lunas tulang belakang) yang lebih menonjol di balik karapasnya berbanding tuntung dewasa.Tuntung khususnya anak tuntung amat mudah diancam oleh haiwan pemangsa seperti biawak, buaya sungai dan memerang. Makanan utama tuntung adalah tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang terdapat di tepi sungai. Namun tuntung juga turut menggemari ikan kecil.

Gambar sepanjang aktiviti...




Selasa, 8 April 2014

SANTAPAN SELERA

CHEESE CAKE MELELEH



BAHAN :
500gm cream cheese
1 bungkus mozzarella cheese ( yg telah diparut)
1 ketul keju chedar
1tin susu pekat
1 tin susu cair
Strawberry secukupnya
1 kg kek span / kek red velvet

CARA MEMBUATNYA :

Cream cheese  + susu pekat manis, pukul sampai gebu kemudian masukkan susu cair
Pukul lagi sampai gebu.
Masukkan potongan kek kedalam bekas kecil dan tuang adunan cheese.
Tabor cheese (yg telah diparut) dan letakkan strawberry.
Siap untuk disejukkan.

KEK SPAN :

2 ½ cawan tepung kek        
6biji telur                                                          
½ cawan susu cair  
1 ½ cawan gula  
1 sudu kecil vanilla / perisa lain
1 sudu besar omellete  
½ sudu kecil baking soda
½ sudu kecil soda berkabonat
½ cawan minyak /majerin cair




Demonstrasi membuat cheese kek leleh oleh Pn. Ramalah bt Jidi Pemaju Masyarakat KEMAS Parit di Kelas PKK Taman Indera Barat.

Isnin, 7 April 2014

BENGKEL PENGEMASKINIAN SISTEM e-BPM KEMAS NEGERI PERAK 2014

Pada 31 Mac hingga 2 April 2014 telah diadakan Bengkel Pengemaskinian Sistem e-BPM. Seramai 50 kakitangan KEMAS unit BPM hadir bagi mengemaskini data unit BPM ke dalam sistem. Bengkel telah dihadiri oleh Pengarah KEMAS Negeri Perak, Tuan Ahmad Kamal Idris b. Hj. Nawawi dan beliau juga turut memberi ucaptama serta memberi amanat-amanat kepada semua unit BPM agar terus ke hadapan serta meningkatkan lagi keupayaan di dalam bidang tugasan harian.


Sebagai tuan rumah, acara gotong-royong memasak, yang menjadi amalan mengeratkan silaturahim serta mengukuhkan hubungan, menjadi modus operasi menyediakan makan pagi dan tengahari secara bersama semua pemaju masyarakat unit BPM KEMAS Parit. Menu utama adalah gulai tempoyak patin serta pecal yang menjadi kegemaran ramai.


Sebagai acara akhir, peserta BEK KEMAS Parit (Qisdina Pastri) dijemput membuka gerai jualan kek dan pastri. Ramai peserta mengambil kesempatan membeli kudapan untuk dibawa pulang. Terima kasih kepada yang membeli.


GERAI KEMAS DAPAT SAMBUTAN...

Program Jalinan Rakyat telah diadakan di Kg. Sungai Perah pada 6 Mac 2014, anjuran JAKOA Perak Tengah dan Hilir Perak bagi tahun 2014 dengan kerjasama Pejabat Daerah Perak Tengah. Pelbagai acara dilaksanakan termasuklah demonstrasi memasak, pertandingan rekaan pakaian dari bahan terbuang, pertandingan karaoke, acara padang dan sebagainya. Semoga dengan adanya aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan dan kerjasama antara masyarakat.


Gerai KEMAS Parit telah membuat demonstrasi Cheese Cake Leleh dan dikerumuni oleh masyarakat Kg. Sungai Prah yang berminat dengan masakan ini. Rata-rata mereka amat meminati kek yang dibuat kerana ianya adalah perkara baru bagi mereka. Untuk pengetahuan, cheese kek leleh telah disediakan oleh pemaju masyarakat kelas PKK Pn. Ramalah Jidi dan dan Pn. Junaidah Mohamad Yusof dan resipinya adalah dari Pn. Aini Retena. Semasa program juga turut diedarkan juga sample kek kepada pengunjung agar mereka dapat merasinya selepas belajar membuatnya. 

Selain daripada itu, kanak-kanak Tabika KEMAS Sg. Perah juga turut mengambil bahagian di dalam acara pertandingan rekaan pakaian daripada bahan terbuang. Ternyata kreatif sungguh mereka di dalam pengubahsuaian pakaian ini. Tahniah diucapkan kepada guru dan kanak-kanak tabika serta penglibatan ibubapa di dalam acara ini.


Rabu, 10 April 2013

MAJLIS ILMU DI DOR KG. PULAU, LAMBOR KIRI

Majlis dihadiri oleh Ketua Kg. Pulau Hj. Mohammad b. Min, JKKK Kg. Pulau, seramai 60 penduduk kampung hadir sekalipun hujan yang begitu lebat sekali. MAJLIS DIMULAKAN KIRA-kira jam 3.50 petang akibat hujan yang begitu lebat sekali

Memulakan majlis dengan bacaan doa oleh ustaz Yakob bin Awang Hamat, diikuti ucapan aluan oleh MT PKP Parit Pn Hajah Zaharah Bt Haji Ahmad yang mengatakan betapa kerisauan bila melihat hujan yang begitu lebat dikhuatiri menyebabkan majlis terganggu, bagaimana pun dewan Orang Ramai Kg Pulau tetap dipenuhi oleh hadiran yang terdiri dari penduduk kampung disekitar sini

Orang ramai yang hadir bagi mendengar ceramah oleh Ustaz Khodir bin Rejab tak menghirau keadaan hujan yang lebat, menurut seorang penduduk kampung Pn Taharah bt Ismail berkata ' makcik memang dah lama menunggu nak dengar ceramah Ustaz Khodir, hari ni makcik rasa seronok dan puas hati dengan ceramah yang dibawakan oleh ustaz Khodir. Difahamkan rupanya penduduk disekitar kampung ini nyata menunggu peluang untuk mendengar ceramah oleh ustaz khodir.

'Majlis mendapat perhatian penduduk kampung, Insyallah kita akan cuba buat lagi disini diatas permintaan penduduk kampung' kata Pn Hajah Zaharah Hj Ahmad selaku MT Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Parit.





Jumaat, 5 April 2013

PTSR - PEMBERIAN HAMPER


Disediakan oleh : Wartawan MEDIA KEMAS Parlimen Parit

Parit 22/03/2013 : KEMAS Parlimen Parit sekali lagi turun ke padang untuk sumbangan pemberian hamper kepada wargaemas dan juga kepada keluarga yang kurang berkemampuan. Program diadakan di Kg. Parit Utara dan diharidi oleh YB. ADUN Belanja Dato' Hj. Mohd Zaim b. Hj. Abu Hassan serta Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Parit iaitu Hjh. Zaharah b. Hj. Ahmad. 


Kehadiran adalah hampir seramai 50 orang dan peserta mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan yang diberikan dan dapat meringankan beban keluarga. Disamping itu juga mereka dapat berjumpa dan bersoal jawab dengan YB Adun Belanja mengenai masalah-masalah yang mereka hadapi. Semoga dengan adanya program seperti ini, dapat merapatkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan rakyat. Pemimpin yang beraja di hati rakyat adalah pemimpin yang dapat menjaga kebajikan dan keperluan rakyatnya.


13 Anugerah Allah SWT kepada mereka yang bersedekah
*********************************************
1- Para Malaikat sentiasa berdoa supaya ditambahkan rezeki kepada pemberi sedekah.
2- Merupakan kemenangan ke atas syaitan.
3- Memadam kemurkaan Allah SWT.
4- Merupakan rawatan atau penyembuh kepada segala penyakit.
5- Mengawal kehormatan dan maruah.
6- Memperbaiki amalan anda sebelum mati.
7- Pelindung kepada api neraka.
8- Menempah tempat dibawah Bayangan Allah SWT.
9- Memberi keberkatan kepada pemilik harta.
10- Melembutkan hati yang keras.

Selasa, 2 April 2013

PTSR - DISKUSI ILMIAH


Disediakan oleh : Wartawan MEDIA KEMAS Parlimen Parit

Parit 22/03/2013 - Diskusi Ilmiah telah diadakan di Kg. Simpang 3. Penceramah jemputan adalah Ustaz Yaakub b. Awang Hamat dari Unit Bina Insan KEMAS Parlimen Parit. Turut hadir adalah Ketua Kampung, Ketua Cawangan, Ketua Wanita serta JKKK Kampung Simpang 3. Kehadiran peserta adalah seramai 40 orang.


Untuk renungan kita bersama : "Kelebihan Duduk Dalam Majlis Ilmu"
 
Saidina Ali r.a. pernah berkata, Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu menjaga dirimu sedangkan kamu menjaga harta. Ilmu akan bertambah jika disebarkan manakala harta akan berkurangan jika dibelanjakan. Para ulama itu akan tetap hidup selamanya meskipun jasadnya tidak ada dan ajaran mereka itu selalu diingati di dalam hati.
 
Nilai ilmu akan kita rasa jika kita menuntut di sekolah, kolej atau universiti. Tetapi kita perlu ingat ada juga tempat menuntut ilmu yang percuma, namun ilmu yang diberi tidak akan kurang sikit nilainya di sisi Allah SWT iaitu di masjid-masjid dan di surau-surau. Walau dimanapun majlis itu diadakan yang penting ialah kemahuan kita ke arah itu ada. Jika kita berkehendak majlis ilmu di masjid biasanya diadakan selepas subuh, iaitu kuliah subuh, selepas solat dhuha, iaitu kuliah dhuha dan selepas solat maghrib iaitu kuliah maghrib yang boleh kita ikuti tanpa kos. Kita cuma perlu mengorbankan masa lebih kurang sejam atau lebih dengan secara terus menghadap tuan guru atau ustaz dan terus juga boleh bertanya jika ada kemusykilan.
 
Walaupun ianya percuma namun sambutan yang diberikan amat mengecewakan di mana jumlah hadirin amatlah kecil berbanding jumlah penduduk disekeliling masjid itu.  Mungkin orang lebih suka mendengar kuliah daripada saluran televisyen namun itu tidak sama dengan mendengarnya secara langsung dengan penceramah.
 
Di majlis ilmu seperti di masjid adalah menjadi tempat persinggahan para malaikat. Malaikat ini akan mendoakan para jemaah yang duduk dalam majlis ilmu itu. Alangkah bertuahnya kita bila mana mendapat doa daripada para malaikat yang sentiasa taat kepada perintah Allah SWT.
 
Jika kita menuntut ilmu agama atau apa sahaja ilmu yang bermanafaat adalah satu pekerjaan yang mulia dan mereka yang berilmu akan diangkat darjatnya di sisi Allah.  Untuk lebih jelas lagi kita renung maksud hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a, Rasullullah SAW bersabda, 'Siapa yang ingin melihat orang dimerdekakan Allah daripada neraka, maka lihatlah para murid (pelajar agama) maka demi Allah yang jiwa Muhammad SAW di tangan-Nya, tiada seorang pelajar yang berulang-alik ke pintu orang alim melainkan Allah menulis untuknya bagi tiap huruf yang dipelajari dan setiap langkah sama dengan ibadah satu tahun, dan untuk setiap langkah satu kota di syurga dan tiap ia berjalan dimintakan ampun oleh bumi dan tiap pagi dan petang tetap diampunkan dosanya, dan disaksikan oleh malaikat, bahkan mereka berkata: 
"Mereka inilah yang dimerdekakan oleh Allah dari api neraka." 

PTSR - PROGRAM MESRA RAKYAT


Disediakan oleh : Wartawan MEDIA KEMAS Parlimen Parit

Parit 21/03/2013 : Program Mesra Rakyat telah di adakan di Kg. Baharu Tanjung Medan. Program telah diserikan lagi dengan kehadiran YB. Ahli Parlimen Parit Drs. Mohd Nizar b. Zakaria, Penghulu Mukim Layang-layang, Ketua-ketua Kampung, Ketua Pemuda Bahagian serta penduduk Kg. Baharu, Lambor Kiri.

Program mesra rakyat melibatkan kehadiran pemimpin-pemimpin tempatan untuk bertemu dengan penduduk kampung serta beramah mesra dan juga mengadakan sesi soal jawab mengenai isu-isu semasa serta permasalahan yang dihadapi oleh penduduk kampung. Diakhir sesi jamuan kampung turut disediakan bagi penduduk kampung yang hadir.


Terima kasih kepada penduduk kampung serta pemimpin-pemimpin tempatan yang sudi hadir memeriahkan lagi Program mesra rakyat ini.

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...