Isnin, 14 April 2014

LAWATAN TABIKA KE PUSAT KONSERVASI HIDUPAN LIAR~TUNTUNG





11 April 2014, 9.00 pagi ~ Kanak-kanak Tabika KEMAS Kg. Suak Padi telah membuat lawatan ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Tuntung, Bota, sempena Tema Minggu ini bertajuk 'Haiwan di Air'... 

Turut hadir En. Kamaruzzaman (Pegawai. JAKOA Daerah Perak Tengah/ Hilir Perak telah singgah sebentar untuk melihat kanak-kanak serta ibubapa yang mengikuti lawatan ini membuat aktiviti lawatan.

En. Azmi (Pensyarah IPG Tuanku Bainun) juga turut serta di dalam acara lawatan ini, sebagai Pensyarah Pembimbing aktiviti praktikum yang dilaksanakan oleh Pn. Suzana bt Othman selaku Pemaju masyarakat Tabika KEMAS Kg. Suak Padi bersama pembantu Pn. Long Timah. Seramai 40 orang kanak-kanak mengikuti lawatan ini bersama 15 orang ibubapa kanak-kanak.





Ringkasan maklumat Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung)

Pusat yang ditubuhkan pada 1968 adalah sama dengan majlis yang berlangsung pada tahun 1630an di mana Sultan Perak ketika itu Sultan Mudzaffar Shah II melepaskan Tuntung ke Sungai Perak. Tujuan pusat ini ditubuhkan adalah untuk memulihara Tuntung melalui pengumpulan dan penetasan telur. Tuntung Sungai (Batagur baska) dan Tuntung Laut (Callagur borneoensis) merupakan spesies reptilia yang di pelihara dalam kolam-kolam pembiakan di Pusat Konservasi Hidupan Liar Bota Kanan. 

Spesies Tuntung ini dipelihara dan dibiakkan bagi mengelak kepupusan akibat aktiviti-aktiviti pengambilan pasir-pasir sungai yang tidak terkawal. Pasir sungai merupakan komponen utama di dalam habitat semula jadi spesies ini.

Pusat Konservasi Hidupan Liar Bota Kanan merupakan Pusat Tuntung yang terbesar dengan bilangan yang mencapai 1356 ekor. Selain daripada menjadi kawasan bagi pemuliharaan spesies Tuntung, ia juga merupakan pusat penyelidikan bagi penyelidik dari dalam dan luar negara terutamanya bagi pelajar-pelajar yang meminati spesies hidupan liar ini


Telur-telur Tuntung yang diperolehi pada setiap musim bertelur akan dieramkan secara semula jadi di dalam kawasan berpasir yang terdapat di sekitar kawasan pusat. Tempoh masa pengeraman telur-telur Tuntung ini adalah di antara 75 hingga 100 hari. Terdapat sepuluh buah kolam pembiakan Tuntung, di mana setiap kolam pembiakan ini memelihara Tuntung mengikut peringkat umur masing-masing bermula daripada umur sehari penetasan sehingga umur dewasa. Tuntung tertua yang terdapat di sini berusia 37 tahun.
Saiznya berbeza mengikut jantina. Tuntung betina lebih besar daripada jantan. Tuntung betina boleh membesar sehingga 50 sm berbanding dengan tuntung jantan yang boleh membesar lebih kurang 40 sm mengikut karapasnya. Di antara perbezaan tuntung dengan penyu adalah ia mempunyai kaki renang yang berkuku seperti kura-kura. Ini membolehkan ia berjalan di atas tanah atau pasir untuk bertelur. Tuntung mempunyai kepala yang kecil dan boleh disembunyikan di dalam karapasnya apabila diganggu.

Anak tuntung biasanya mempunyai lunas vertabrat (lunas tulang belakang) yang lebih menonjol di balik karapasnya berbanding tuntung dewasa.Tuntung khususnya anak tuntung amat mudah diancam oleh haiwan pemangsa seperti biawak, buaya sungai dan memerang. Makanan utama tuntung adalah tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang terdapat di tepi sungai. Namun tuntung juga turut menggemari ikan kecil.

Gambar sepanjang aktiviti...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...