Rabu, 16 April 2014

MINGGU MESRA PUSAT SUMBER PKM BUKIT GANTANG

Oleh dan foto : Zeenat Aman

BUKIT GANTANG, 28.3.2014 ( Jumaat ) – “ MINGGU MESRA PUSAT SUMBER “ itulah tema Program yang dilaksanakan oleh Pusat Sumber KEMAS PKM Bukit Gantang pada cuti sekolah penggal pertama pada tahun ini. Program ini telah berlansung selama 5 hari bermula pada hari Isnin ( 24.3.2014 ) sehingga hari Jumaat ( 28.3.2014 ). Program ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Seramai 183 penyertaan telah diterima melalui 5 pertandingan yang telah dijalankan. Antara pertandingan-pertandingan yang dijalankan adalah pertandingan mewarna, pertandingan kuiz perngetahuan am, pertandingan batu seremban, pertandingan dam dan pertandingan congkak.
Menjadi tonggak utama program ini merupakan Jawatankuasa Kelas yang memberi sokongan dan dokongan tanpa rasa jemu demi kelansungan program selama satu minggu. Berbeza dengan program yang dijalankan sebelum ini, Majlis Penutupan Program “ Minggu Mesra Pusat Sumber “ ini telah mengajak peserta-peserta Pusat Sumber untuk bersama-sama membaca Surah Yassin yang di Khalifahkan oleh Uztaz Al-Fadil Mohd. Khairi bin Musa bagi memberi keberkatan serta kejayaan didalam menjalankan tugasan harian serta mohon memberi kesabaran kepada waris penumpang MH370 yang masih hilang tanpa dapat dikesan.

Kronologi Minggu Mesra Pusat Sumber :-

24.3.2014 – Pertandingan Mewarna Tahap 1 dan 2
25.3.2014 – Pertandingan Kuiz Pengetahuan Am Tahap 1 dan 2
26.3.2014 – Pertandingan Batu Seremban Tahap 1 dan 2
27.3.2014 – Pertandingan Dam Tahap 1 dan 2
28.3.2014 – Pertandingan Congkak Tahap 1 dan 2
                  - Majlis Bacaan Yassin
                  - Perasmian Penutup
                  - Majlis Penyampaian Hadiah


Sebahagiam peserta pertandingan congkak sedang khusyuk bermain.
Uztaz Mohd. Khairi bin Musa sedang memantau pertandingan melukis tahap 1.
Para peserta pertandingan kuiz sedang tekun menjawab soalan.
Pertandingan batu seremban pusingan akhir.
Sebahagian daripada eserta pertandingan Dam Aji.
Majlis Bacaan Yassin bersama-sama peserta yang bertanding.


Didalam ucapan Perasmian Penutup, Pegawai KEMAS Daerah berharap semoga Pusat Sumber PKM Bukit Gantang akan terus maju demi kecemerlangan peserta-peserta yang hadir. Beliau juga mahukan Pusat Sumber ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan sebaik mungkin.
Pn. Norlela binti Che Man, Pengerusi Pusat Sumber PKM Bukit Gantang, turut menzahirkan kesyukuran kerana Program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan beliau turut menyatakan hasrat untuk melaksanakan lagi Program sebegini pada cuti penggal yang kedua dengan kerjasama daripada Persatuan Pengguna pula.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...