Memaparkan catatan dengan label KUALA KANGSAR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KUALA KANGSAR. Papar semua catatan

Jumaat, 5 April 2013

GSPS-PROGRAM MESRA RAKYAT KG PULAI



Oleh : Nazrul Taharim

Kuala Kangsar 22 Mac 2013- Program Mesra Rakyat penghubung kepada penyatuan masyarakat di dalam kampung.KEMAS Kuala Kangsar baru-baru telah mengadakan Program Mesra Rakyat di Kampung Pulai Ara Panjang.Program tersebut diterajui di bawah unit Pembangunan Desa dan Perhubungan DUN dengan kerjasama JKKK Kg Pulai Ara Panjang.Antara pengisian yang cukup penting adalah masyarakat di dalam kampung mengadakan Majlis Bacaan Yassin kepada semua mangsa yang terkorban di Lahat Datu,Sabah serta parajurit-parajurit yang masih bertungkus lumus mengawal keamanan bagi memastikan negara terus aman sejahtera.


Program tersebut mendapat sokongan yang amat baik dari penduduk kampung yang diterajui oleh Pengerusi JKKK Kg Pulai iaitu En Muhammad Hanafiah B Saidin.Dia dalam ucapan Pengerusi JKKK,beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada KEMAS Parlimen Kuala Kangsar di bawah kepimpinan Ustaz Suparnr b Mohd Arjor,Penyelia Kanan KEMAS Kuala Kangsar yang membantu Kampung bagi menjalankan program sedemikian.Beliau juga memaklumkan terdapat 2 orang anak watan kampung yang turut berada di Lahat Datu,Sabah sebagai parajurit untuk menjaga keamanan di sana.

Program tersebut disempurnakan oleh En Mohd Kamil b Dato Shafie,Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar yang telah member sokongan sepenuhnya perlaksanaan program tersebut.Beliau menyeru kepada semua masyarakat kampung supaya terus menyokong KEMAS di dalam apa jua keadaan serta kerajaan yang sedia ada sekarang.Beliau juga menyeritakan sedikit sebanyak siapa penganak KIRAM yang sebenarnya dan mengapa mereka mahu mengambil Sabah.Dalam ucapan beliau juga menyambut baik keputusan kerajaan yang terus membela rakyat di bawah dengan meneruskan lagi BRIM pada masa akan datang.

Selasa, 2 April 2013

PTSR1-KEBUN DAPUR SAYONG




Oleh : Nazrul Taharim

Kuala Kangsar – Mac 2013,KEMAS Kuala Kangsar di bawah Pembangunan Pra Sekolah telah mengadakan program  kebun dapur di TABIKA KEMAS Sayong. Program ini juga melibatkan masyarakat setempat yang agak ramai bagi mengindahkan Bangunan TABIKA dan yang paling utama mewujudkan Kebun Dapur di TABIKA KEMAS.
Antara aktiviti yang diadakan dalam program tersebut termasuklah gotong-royong persekitaran premis KEMAS, dan menanam pelbagai pokok sayuran. Program tersebut disempurnakan oleh En Abdul Wahab B Osman,Pegawai KHAS ADUN Bukit Chandan.Manakala wakil KEMAS Kuala Kangsar ialah Pn Hjh Musalmah bt Muhamad,Penyelia Pra Sekolah. 

Di dalam ucapan Pn Hjh Musalmah,Beliau menyifatkan aktiviti sebegini amat wajar diadakan di setiap premis bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan harian membeli sayuran malah dapat mengelakkan daripada racun serangga dan baja kimia dalam sayuran yang dibeli. 
Membudayakan bumi hijau adalah amat penting bagi mendidik masyarakat disamping memupuk semangat silaturrahim dan saling bekerjasama antara satu dengan lain. Aktiviti sebegini dapat mewujudkan kejiranan yang muafakat. Selain dari TABIKA KEMAS Sayong yang mengadakan aktiviti sebegini,TABIKA KEMAS RPA 4 juga turut serta menjalankan aktiviti dan akan dibawa ke kelas TABIKA lain di Parlimen Kuala Kangsar dari masa ke semasa.

En Abd Wahab amat bangga dengan projek yang dijalankan oleh KEMAS Kuala Kangsar dan perlu di praktikkan di rumah masing-masing.kebun Dapur merupakan aktiviti yang telah diwar-warkan oleh kerajaan sejak dari dahulu lagi.






Ahad, 31 Mac 2013

PTSR1 - DEMONTRASI BUNGA DIP DI KAMPUNG SENGGANG

Oleh:Nazrul Taharim 

Kuala Kangsar - KEMAS Kuala Kangsar di bawah Bahagian Pendidikan Masyarakat menganjurkan demontrasi Bunga Dip kepada suri rumah di Kampung Senggang. Hasil kreativiti dan usaha yang berterusan mampu menjana pendapatan. Itulah pendekatan yang harus diambil oleh masyarakat terutamanya suri rumah untuk membantu menambah pendapatan selain mencantikkan kediaman. Penghasilan bunga dip amat mudah dan cantik. Selain dijadikan perhiasan rumah, ia juga dijadikan cenderahati majlis perkahwinan samada bunga telur, hiasan dulang mahupun bunga tangan. Keunikan bunga dip menjadikan ianya sesuatu yang esklusif dan dipelbagaikan. 













Begitulah andai kretiviti dan azam digaulkan sekali,KEMAS Kuala Kangsar berusaha untuk memastikan setiap dari peserta Demonstrasi dapat memahami dan memanafaatkan seni kretif individu agar dapat dijadikan sumber pendapatan.

Dalam suasana negara yang aman ini.Peluang untuk memajukan diri bukan terhad atau jumud seperti yang berlaku di negara negara jiran tetapi dengan kerajaan yang bertanggungjawab serta komited membantu rakyat,banyak dasar dan bantuan bantuan yang diwujudkan seperti TEKUN,AMANAH IKHTIAR dan lain lain.Kesemua itu dapat diadakan dengan kerajaan yang teguh dan stabil.

Rabu, 27 Mac 2013

GSPS-Diskusi Ilmiah Taman RPA 4

oleh : Nazrul Taharim


Kuala Kangsar 21 Mac- Sempena bagi memperingati mangsa-mangsa tragedi anggota keselamatan yang terkorban di Lahat Datu,Sabah,KEMAS Kuala Kangsar dengan kerjasama penduduk Taman Rancangan Perumahan Awam 4,telah mengadakan Majlis Ilmu Diskusi Ilmiah di Perkarangan Pejabat KEMAS Kuala Kangsar.Di dalam program tersebut Majlis Bacaan Yassin dijalankan dengan dihadiri hampir 70 orang masyarakat bagi sama-sama berdoa agar roh mereka dicucuhri rahmat serta bagi yang masih lagi berjuang di sane bagi mempertahankan keamanan negara semoga selamat dengan jayanya.
Didalam majlis tersebut berlangsung majlis ilmu yang disampaikan oleh Al Fadil Ustaz Suparnur b Mohd Arjor,Penyelia Kanan KEMAS Kuala Kangsar. Beliau banyak menerangkan kenapa orang Melayu patut mempertahankan Agama,Bangsa dan Negara.Beliau juga mengingatkan kepada umat Islam agar terus mempertahankan Kalimah Allah yang sekarang ini dipermainkan oleh pihak pembangkang.Didalam pada itu,beliau menjelaskan sedikit sebanyak hasil usaha kerajaan yang telah dibuat untuk membantu rakyat seperti BRIM,Bantuan Persekolah dan lain-lain lagi.

Didalam Majlis tersebut diadakan tahlil bagi memperingati mangsa kemalangan jalan raya anggota KEMAS dari Parlimen Lenggong iaitu Pn Norhafizah Bt Adam yang telah kembali ke rahmataullah pada 20 Mac 2013.




Program Tranformasi Minda

Oleh : Nazrul Taharim


Kuala Kangsar - Mac 2013,Pusat Sumber Manong menjadi tempat masyarakat Luar Bandar tanpa mengira umur berkumpul bagi menambal ilmu pengetahuan..Pusat Sumber Manong telah lama dibiarkan disebabkan tiada Pemaju Masyarakat yang dilantik kerana Pemaju Masyarakat yang terdahulu telah meninggal dunia. Baru-baru ini seorang Pemaju Masyarakat telah dilantik di Kuala Kangsar dan ditugaskan di Pusat Sumber Manong iaitu Pn Norhafiza bt Johari. Dengan adanya beliau Pusat Sumber terus aktif dan mengadakan pelbagai aktiviti.



Pada 27 Mac 2013,Pusat Sumber Manong di bawah pentadbiran KEMAS Kuala Kangsar telah mengadakan Program Tranformasi Minda yang dianjurkan di bawah unit Pendidikan Masyarakat dimana seramai 85 orang telah mengikuti program tersebut. Program Tranformasi Minda telah disempurnakan oleh Cik Khairun Nisa Bt Roshdi, Pegawai KEMAS Daerah Kuala Kangsar.

Didalam ucapan beliau menyeru penduduk yang berhampiran selalu datang untuk memenuhi Pusat Sumber Manong untuk menambah ilmu pengetahuan. Pelbagai buku-buku yang menarik boleh didapati di Pusat Sumber tersebut. Program Tranformasi Minda merupakan idea dari Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS Malaysia yang mahukan semua penduduk di Luar Bandar terus menambah ilmu pengetahuan. Turut hadir di dalam Program tersebut ialah Ketua Kampung Changkat Manong iaitu Tuan Haji Mokhtar Lofti b Abd Rahman. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada KEMAS kerana sentiasa mengadakan program di Pusat Sumber dan akan membantu KEMAS di masa akan datang.









 

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...