Rabu, 27 Mac 2013

Program Tranformasi Minda

Oleh : Nazrul Taharim


Kuala Kangsar - Mac 2013,Pusat Sumber Manong menjadi tempat masyarakat Luar Bandar tanpa mengira umur berkumpul bagi menambal ilmu pengetahuan..Pusat Sumber Manong telah lama dibiarkan disebabkan tiada Pemaju Masyarakat yang dilantik kerana Pemaju Masyarakat yang terdahulu telah meninggal dunia. Baru-baru ini seorang Pemaju Masyarakat telah dilantik di Kuala Kangsar dan ditugaskan di Pusat Sumber Manong iaitu Pn Norhafiza bt Johari. Dengan adanya beliau Pusat Sumber terus aktif dan mengadakan pelbagai aktiviti.



Pada 27 Mac 2013,Pusat Sumber Manong di bawah pentadbiran KEMAS Kuala Kangsar telah mengadakan Program Tranformasi Minda yang dianjurkan di bawah unit Pendidikan Masyarakat dimana seramai 85 orang telah mengikuti program tersebut. Program Tranformasi Minda telah disempurnakan oleh Cik Khairun Nisa Bt Roshdi, Pegawai KEMAS Daerah Kuala Kangsar.

Didalam ucapan beliau menyeru penduduk yang berhampiran selalu datang untuk memenuhi Pusat Sumber Manong untuk menambah ilmu pengetahuan. Pelbagai buku-buku yang menarik boleh didapati di Pusat Sumber tersebut. Program Tranformasi Minda merupakan idea dari Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS Malaysia yang mahukan semua penduduk di Luar Bandar terus menambah ilmu pengetahuan. Turut hadir di dalam Program tersebut ialah Ketua Kampung Changkat Manong iaitu Tuan Haji Mokhtar Lofti b Abd Rahman. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada KEMAS kerana sentiasa mengadakan program di Pusat Sumber dan akan membantu KEMAS di masa akan datang.









 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...