Teluk Intan - Demontrasi kraftangan telah diadakan di Kampung Sungai Tungku pada 12/04/2013. Unit CPM telah mengendalikan demontrasi tersebut. Turut hadir pada hari tersebut ialah Penyelia CPM En. Faridh Asrol b Hj Yahya, Penyelia Perhubungan Changkat Jong Cik Robaayah bt Zainal, Ketua Kampung Sungai Tungku, Ketua Wanita dan AJK serta penduduk di sekitar Kampung Sungai Tungku. Peserta amat menggalakkan dan teruja dengan kraftangan yang diajar pada hari tersebut.
Memaparkan catatan dengan label PTSR 3 TELUK INTAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PTSR 3 TELUK INTAN. Papar semua catatan
Khamis, 18 April 2013
DEMONTRASI KRAFTANGAN
oleh: zuraidah sulaiman
Jumaat, 5 April 2013
KURSUS MASAKAN DAN UKIRAN BUAH
oleh: zuraidah sulaiman
Teluk Intan-Kursus masakan dan ukiran buah oleh unit CPM Teluk Intan telah dilangsungkan di Dewan TBK KEMAS RPA 4, Batak Rabit pada 30 Mac 2013. Kursus ini telah berlangsung selama satu hari. Kehadiran seramai 30 orang. Peserta terdiri dari remaja dan penduduk setempat. Tetamu jemputan terdiri dari EXCO UMNO Bahagian Teluk Intan, Ketua UMNO Cawangan dan EXCO serta PKD Hilir Perak dan Penyelia CPM.
Sebelum kursus dimulakan, sesi ceramah sembang PRU telah diadakan oleh oleh Ustaz Mohamad b Jaafar. Beliau menerangkan kepada remaja tentang PRU. Semoga para remaja menyokong kerajaan yang ada sekarang.
PROGRAM KEIBU BAPAAN KEMAS PARLIMEN TELUK INTAN
oleh: zuraidah sulaiman
Teluk Intan - Program keibu bapaan KEMAS Teluk Intan telah diadakan pada 3 April 2013 jam 3 petang bertempat di Dewan Tabika KEMAS Kampung Padang Tembak Dalam. Kehadiran seramai 70 orang terdiri dari Ketua Kampung, Pengerusi Aktiviti KEMAS Parlimen Teluk Intan, PKD Hilir Perak, Penyelia Kanan KEMAS, Penyelia CPM, Penyelia 3P, Penyelia Bina Insan, PPS, PM KEMAS Teluk Intan, PPMS dan seterusnya ibu bapa serta masyarakat setempat.
Ceramah keibu-bapaan telah di sampaikan oleh Ustaz Abd Khodir b Rejab. Beliau menerangkan tentang kewajipan sebagai ibu-bapa terhadap keluarga dan juga negara. Anak adalah permata bagi setiap pasangan yang berkahwin, jadi kita hendaklah menjaganya sebaik yang mungkin samada dari segi rohani dan jasmaninya. Kepada Negara kita hendaklah taat setia dan sokonglah kerajaan yang ada sekarang pada PRU 13 nanti.
Selasa, 2 April 2013
SANTAI BERSAMA PEMIMPIN & MAJLIS KESYUKURAN KEMAS TELUK INTAN
oleh; zuraidah sulaiman
Dalam ucapan PKD, beliau merakamkan terima kasih kepada yang hadir terutama kepada Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan bersama EXCO Bahagian. Dalam ucapan Ketua Bahagian pula beliau berterima kasih kepada KEMAS Teluk Intan kerana menyokong Barisan Nasional tanpa berbelah bahagi.
Teluk Intan, 29 Mac 2013 - KEMAS Kawasan Teluk Intan telah mengadakan Majlis Santai bersama pemimpin dan majlis kesyukuran bertempat di TBK KEMAS RPA 4, Batak Rabit pada jam 9.00 malam.. Jumlah kehadiran tetamu lebih kurang 100 orang. Tetamu yang hadir terdiri daripada Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan bersama EXCO, Ketua Wanita UMNO Bahagian dan EXCO, PKD Hilir Perak, Penyelia Kanan KEMAS Teluk Intan, Ketua Kampung, NGO dan Pemimpin-pemimpin tempatan di sekitar Kampung Batak Rabit ini.
Langgan:
Catatan (Atom)






















