Memaparkan catatan dengan label KAMPAR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KAMPAR. Papar semua catatan

Jumaat, 7 Februari 2014

BENGKEL PENGUSAHA BANTUAN EKONOMI KAMPUNG (BEK) DAERAH KINTA/KAMPAR SIRI 1/2014




3 Februari,Gopeng - KEMAS Daerah Kinta/Kampar telah mengadakan Bengkel Pengusaha Bantuan Ekonomi Kampung (BEK) baru baru ini bertempat di Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM) Gopeng selama 1 hari. Bengkel ini telah berjaya mengumpul 15 orang pengusaha dari 6 buah Parlimen di bawah KEMAS Daerah Kinta/Kampar.Sedikit info atau maklumat berkenaan BEK ini adalah Bantuan Ekonomi Kampung (BEK ) adalah pemberian terus (geran) yang diberikan kepada pengusaha desa yang berdaya maju untuk meningkatkan pengeluaran hasil dan kualiti produk masing masing khususnya di kampong GDW. Program ini memberi peluang kepada pelatih KEMAS dan pengusaha yang kurang berkemampuan serta kekurangan modal tetapi bersemangat tinggi meningkatkan pengeluaran produk. Pelaksanaan BEK dapat merealisasikan dasar kerajaan untuk menjanakan sumber kekayaan baru luar Bandar dan sektor pertanian sebagai enjin pertumbuhan kedua ekonomi negara

Bengkel Pengusaha BEK ini telah dihadiri oleh 15 pengusaha 3P,Penyelia-penyelia 3P dari 6 buah Parlimen di dalam KEMAS Daerah Kinta/Kampar, Penyelia-penyelia Kanan Parlimen,Pegawai KEMAS Daerah Kinta/Kampar Puan Zalina Bt Zainal Abidin dan Penolong Pengarah Operasi 2 KEMAS Negeri Perak, Tuan Haji Mohamad Bin Husin. Objektif dan tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk sama sama mengumpulkan pengusaha BEK dan seterusnya bersama sama berkongsi idea, pengalaman dan permasalahan yang timbul dalam mengurusakan perniagaan mereka.Disamping itu pengusaha dapat menyuarakan cadangan kepada pihak pengurusan KEMAS Negeri Perak.
 
Sessi Pembentangan oleh Pengusaha
Ucapan Penutup oleh Penolong Pengarah Operasi 2 KEMAS Ng Perak
Ternyata dengan adanya bengkel seumpama ini dapat memberikan impak positif kepada dua belah pihak iaitu pihak pengusaha BEK dan juga pihak Jabatan KEMAS dengan respons dan maklum balas yang positif dan membina semasa sessi penggulungan Bengkel ini. Bengkel ini diakhiri dengan penyampaian sijil kepada pengusaha BEK dan sessi bergambar kenang kenangan.

Disediakan oleh : Istanbul


Khamis, 18 April 2013

PAUTAN KASIH DILAKSANA KASIH BERTAUT

Kertawanigami


9 April 2013 - Kampung Cholik, Gopeng

Jabatan Kemajuan Masyarakat Kampar meneruskan Jelajah kasih bertaut kali ini ke Kampung Cholik Gopeng bersama YB Puan Nolee Ashilin, Ahli Dewan Undangan Negeri Tualang Sekah. 


Kegembiraan penduduk jelas terpancar dengan kehadiran YB ADUN Tualang Sekah yang turut hadir  untuk menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang memerlukan.


Warga tua turut dijengah untuk bertanya khabar .


warga tua yang sakit juga turut di jengah untuk bertanya khabar.

SAMBUTAN BAIK KEPADA KEMAS KERANA PERKENAL DEMO MASAKAN RINGAN


Kertawanigami

7 APRIL 2013 -  Kota Bharu Estate, Gopeng. KEMAS Kampar terus memberikan khidmatnya, kali ini khusus untuk kaum India bagi memperkenalkan cara cara masakan ringan, Konsep ini adalah penyediaan makanan seimbang yang senang dan ringkas. Demontrasi ini di tunjukkan oleh Pemaju Masyarakat PKK KEMAS Kampar.



antara tetamu yang hadir. kebanyakan mereka yang hadir menunjukkan minat untuk menjayakan program ini



Turut hadir memeriahkan program ini turut di hadiri oleh Pengerusi MIC Kota Bahru Estate dan Penyelia kanan KEMAS Parlimen Kampar, Encik Shawari bin Shafie. yang diraikan oleh Pengerusi dan jawatankuasa MIC di situ.

PAUTAN KASIH TERUS MENERJAH MASYARAKAT LUAR BANDAR


Kertawangami

5 APRIL 2013 - Khamis -  Kampung Changkat Tualang, Parlimen Kampar, Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS Kampar, seramai 30 orang anggota turun bersama dengan YB Puan Nolee Ashilin, Ahli Dewan Undangan Negeri Tualang Sekah menjengah masyarakat di sana.


Kunjungan Mesra ini sering dilaksanakan oleh Jabatan KEMAS Parlimen Kampar ini sering diadakan bagi merapatkan hubungan bertaut dan akrab.


Tuan rumah yang sakit dikunjung bagi menanyakan khabar. Kemesraan yang tunjukkan dapat meringan sedikit bebanan tuan rumah. Sambutan yang baik penduduk menggambarkan peranan YB yang dipilih rakyat telag memberikan khidmat yang baik sepanjang 4 tahun lalu.

Rabu, 10 April 2013

PROGRAM DEMONTRASI MASAKAN (PTSR) DI KG. CHANGKAT BELENGKOR



para peserta tekun melihat apa yang diajar

mulalah pembentukkan kuih tersebut

19 Mac 2013 - Unit Bahagian Pendidikan Masyarakat (BPM) KEMAS Parlimen Kampar menggadakan satu program demontrasi masakan kepada penduduk Kampung Changkat Belengkor, Batu Gajah yang terdiri kaum wanita yang seramai 31 orang yang hadir pada program tersebut. Dengan adanya program sebegini rupa, mereka dapat memperlajari masakan yang mereka tidak pernah buat dan kreatif bentuknya. Mereka berkata demontrasi makanan yang diperkenalkan itu dapat menambahkan pendapatan mereka sekeluarga.

Sabtu, 6 April 2013

PROGRAM DISKUSI ILMIAH

Imam Surau memberi tazkirah kepada peserta yang hadir

yang hadir memberi tumpuan apa yang disampaikan oleh Imam Surau

21 MAC - Seramai 30 orang yang hadir ke program Diskusi Ilmiah dibawah penyelarasan Ustazah Siti Khotijah binti Darman. Dengan ada program sebegini rupa memberi manfaat kepada semua masyarakat untuk mendalami akidah dan agama. Dalam program tersebut bacaan Surah Yassin dan beberapa risalah disampaikan. 

Selasa, 2 April 2013

SUKANEKA TABIKA MERIAH DI TUALANG SEKAH

16 Mac 2013 - Kampung Batu Tujoh, Jabatan Kemajuan Masyarakat Parlimen Kampar telah mengadakan Program sukaneka baru-baru ini. Program ini telah menarik ramai penduduk kampung kerana banyak acara yang di susun melibatkan penyertaan orang ramai dan penduduk setempat.

Puan Maimunah Harun, Guru Tabika di situ menyatakan terima kasih kerana kelas beliau di jadikan tempat perlaksanaan Program. Beliau menambah, program yang meriah ini dapat juga merapatkan hubungan yang baik di kalangan masyarakat setempat.






HUBUNGAN LEBIH AKRAB DENGAN PROGRAM DISKUSI ILMIAH

17 Mac 2013 - Bengkel Kampung Batu 10, Jalan Tg Tualang, seramai 25 orang di kalangan penduduk kampung dan Kakitangan Unit Bina Insan KEMAS Parlimen Kampar telah berjaya melaksanakan Program Diskusi Ilmiah. 
Puan Siti Khotijah Darman, PM Bina Insan Kampar sebagai Guru Bina Insan yang dipertanggungjawabkan bagi mengurus seliakan program telah berjaya menarik wanita setempat untuk menyertai program
Program ini dimulakan dengan bacaan Yassin di ikuti Tazkirah dan seterusnya di adakan jamuan makan kepada tetamu yang hadir. Encik Shawari Shafie, Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Kampar juga turut hadir dalam majlis ini.





CABARAN DISKUSI ILMIAH TERUS MENDAPAT TEMPAT

30 MAC 2013 - Tualang Sekah, Malim Nawar. Kampung Tebing Tinggi menjadi tempat seterusnya bagi melaksanakan program Diskusi Ilmiah di Parlimen Kampar. Program tersebut memang mendapat tempat di hati masyarakat. 








Tambahan pula, program yang diatur oleh Jabatan KEMAS Parlimen Kampar sering dinanti nantikan oleh penduduk. Perkara ni dinyatakan sendiri oleh seramai lebih 50 orang peserta yang dapat bersama menjayakan program tersebut.











Ustazah Siti Khotijah Darman, Pemaju Masyarakat Bina Insan Kampar mengetuai Bacaan Yassin dan disediakan jamuan untuk peserta dan tetamu yang hadir



MEMARTABATKAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA SUATU PERJUANGAN MUTLAK

31 Mac 2013- Kampung Changkat Legong, Gopeng. Sempena program Kebesaran Islam dalam bulan Jamadil Awal 1434 Hijrah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Kampar telah mengadakan Program Ceramah Perdana sempena program Hari Kebesaran Islam. Penceramah yang dijemput khas bagi menambahkan input dan isu isu semasa, Ustaz Khodir bin Rejab, Penceramah Bina Insan Negeri Perak telah menambat hati peserta yang hadir. Lebih 100 peserta dapat dikumpulkan dalam program ini.


 kaum wanita yang sentiasa memenuhi ruang dalam program ilmu sebegini



Tuan Haji Othman bin Isa, Ketua Kampung Changkat Legong mengucapkan terima kasih sebagai tuan rumah kerana kampung nya terpilih untuk program ini. Peserta yang hadir menyatakan amat berpuashati dengan ceramah yang disampaikan begitu juga dengan susunan program yang diatur. Mereka berharap agar program seperti ini dapat dilaksanakan lagi. Tambahan pula dengan penceramah yang hebat.

DISKUSI ILMIAH MEMBUKA MINDA PENDUDUK KAMPUNG MALIM NAWAR


27 Mac 2013 - Kampung Malim Nawar, Kampar, Program Diskusi Ilmiah anjuran KEMAS sering mendapat sambutan yang baik dari Masyarakat di sekitar Parlimen Kampar.Baru baru ini, Kampung Malim Nawar tidak ketinggalan untuk diadakan program ini. Seramai 50 orang peserta dari Kampung Malim Nawar dan Kampung sekitar telah diadakan program tersebut.




DANDANAN DIRI TAMBAH KETRAMPILAN DIRI PESERTA

 
 
26 Mac 2013 - Kampung Changkat Tin, Kampar, Bahagian Pendidikan Masyarakat KEMAS Kampar telah mengadakan Program Dandanan Diri yang disertai oleh Kaum Wanita tempatan di Dewan Serbaguna Kampung Changkat Tin baru baru ini. Program dilihat dapat menarik penyertaan dikalangan wanita tempatan . Seramai 46 orang wanita setempattelah berjaya mengikuti program ini.

 
Menurut Puan Norhayati Shariff, Program sebegini pernah diadakan setiap minggu di Kelas PKK, dibawah tunjuk ajar Cik Nor Aslina Mohamad, Pemaju Masyarakat PKK dan sambutan amat menggalakkan dikalangan peserta di kelas kelas yang telah di tetapkan.


 Peserta Kursus dilihat berminat mencuba bahan bahan yang disediakan oleh Pengajar. 



Isnin, 1 April 2013

DISKUSI ILMIAH MEMBERIKAN ASPIRASI BARU ASPEK KEAGAMAAN

 
29 Mac 2013 lalu - Batu Gajah, KEMAS Kampar meneruskan lagi program yang dapat memberikan sentuhan ilmiah di Kampung Batu Enam, Batu Gajah. Program ini mengumpul seramai 50 orang peserta dari kalangan Wanita. Program ini amat baik untuk diteruskan.





Puan Hasnim, ketika ditanyakan, beliau amat seronok program sebegini dijalankan kerana ianya baik dan dapat bersama mengenali rakan di Kampung Tersusun tersebut.

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...