Selasa, 2 April 2013

MEMARTABATKAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA SUATU PERJUANGAN MUTLAK

31 Mac 2013- Kampung Changkat Legong, Gopeng. Sempena program Kebesaran Islam dalam bulan Jamadil Awal 1434 Hijrah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Kampar telah mengadakan Program Ceramah Perdana sempena program Hari Kebesaran Islam. Penceramah yang dijemput khas bagi menambahkan input dan isu isu semasa, Ustaz Khodir bin Rejab, Penceramah Bina Insan Negeri Perak telah menambat hati peserta yang hadir. Lebih 100 peserta dapat dikumpulkan dalam program ini.


 kaum wanita yang sentiasa memenuhi ruang dalam program ilmu sebegini



Tuan Haji Othman bin Isa, Ketua Kampung Changkat Legong mengucapkan terima kasih sebagai tuan rumah kerana kampung nya terpilih untuk program ini. Peserta yang hadir menyatakan amat berpuashati dengan ceramah yang disampaikan begitu juga dengan susunan program yang diatur. Mereka berharap agar program seperti ini dapat dilaksanakan lagi. Tambahan pula dengan penceramah yang hebat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...