Memaparkan catatan dengan label PR3. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PR3. Papar semua catatan

Rabu, 10 April 2013

PROGRAM DEMONTRASI MASAKAN (PTSR) DI KG. CHANGKAT BELENGKOR



para peserta tekun melihat apa yang diajar

mulalah pembentukkan kuih tersebut

19 Mac 2013 - Unit Bahagian Pendidikan Masyarakat (BPM) KEMAS Parlimen Kampar menggadakan satu program demontrasi masakan kepada penduduk Kampung Changkat Belengkor, Batu Gajah yang terdiri kaum wanita yang seramai 31 orang yang hadir pada program tersebut. Dengan adanya program sebegini rupa, mereka dapat memperlajari masakan yang mereka tidak pernah buat dan kreatif bentuknya. Mereka berkata demontrasi makanan yang diperkenalkan itu dapat menambahkan pendapatan mereka sekeluarga.

Sabtu, 6 April 2013

PROGRAM DISKUSI ILMIAH

Imam Surau memberi tazkirah kepada peserta yang hadir

yang hadir memberi tumpuan apa yang disampaikan oleh Imam Surau

21 MAC - Seramai 30 orang yang hadir ke program Diskusi Ilmiah dibawah penyelarasan Ustazah Siti Khotijah binti Darman. Dengan ada program sebegini rupa memberi manfaat kepada semua masyarakat untuk mendalami akidah dan agama. Dalam program tersebut bacaan Surah Yassin dan beberapa risalah disampaikan. 

Selasa, 2 April 2013

SUKANEKA TABIKA MERIAH DI TUALANG SEKAH

16 Mac 2013 - Kampung Batu Tujoh, Jabatan Kemajuan Masyarakat Parlimen Kampar telah mengadakan Program sukaneka baru-baru ini. Program ini telah menarik ramai penduduk kampung kerana banyak acara yang di susun melibatkan penyertaan orang ramai dan penduduk setempat.

Puan Maimunah Harun, Guru Tabika di situ menyatakan terima kasih kerana kelas beliau di jadikan tempat perlaksanaan Program. Beliau menambah, program yang meriah ini dapat juga merapatkan hubungan yang baik di kalangan masyarakat setempat.






HUBUNGAN LEBIH AKRAB DENGAN PROGRAM DISKUSI ILMIAH

17 Mac 2013 - Bengkel Kampung Batu 10, Jalan Tg Tualang, seramai 25 orang di kalangan penduduk kampung dan Kakitangan Unit Bina Insan KEMAS Parlimen Kampar telah berjaya melaksanakan Program Diskusi Ilmiah. 
Puan Siti Khotijah Darman, PM Bina Insan Kampar sebagai Guru Bina Insan yang dipertanggungjawabkan bagi mengurus seliakan program telah berjaya menarik wanita setempat untuk menyertai program
Program ini dimulakan dengan bacaan Yassin di ikuti Tazkirah dan seterusnya di adakan jamuan makan kepada tetamu yang hadir. Encik Shawari Shafie, Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Kampar juga turut hadir dalam majlis ini.





Isnin, 1 April 2013

DISKUSI ILMIAH (PTSR) MENDAPAT SAMBUTAN YANG MENGGALAKKAN

Ustzh. Siti Khotijah memberi penerangan dalam program tersebut

Imam Masjid mengetuai bacaan Yassin

20 MAC 2013 - Program Diskusi Ilmiah yang dianjurkan oleh KEMAS Perak dalam unit Bina Insan memberi manfaat kepada masyarakat dan mengetahui bab-bab agama. Ustazah Siti Khotijah binti Darman selaku penyelaras program tersebut memberi penerangan di Kampung Batu 8, Jalan Tanjung Tualang, Batu Gajah. Seramai 36 orang yang hadir ke program ilmuan itu. Turut hadir iaitu Imam Masjid Kg. Batu 8 merangkap Pengerusi JKKK iaitu En. Ahmad bin Hj. Nek. Beliau juga mengetuai bacaan Yassin.

Rabu, 27 Mac 2013

KURSUS JAHITAN DI BAGAN DATOH

Disediakan oleh: shafika


25 MAC 2013_ISNIN.Bertempat dibengkel jahitan KEMAS rumah awam bagan datoh,program kursus jahit manik telah diberlangsung pada pukul 2.30 petang sehingga 5.30 petang.
Kursus ini telah mendapat sambutan hangat oleh penduduk setempat dikawasan rumah awam ini sehinggakan mereka tidak mahu pulang dan berganjak apabila diberi tahu masa akan berakhir.
Bengkel ini telah memuatkan seramai 30 orang.Program ini telah dihadiri oleh Ketua Wanita Cawangan Sungai Pergam iaitu Pn Hjh Waniah bt Paidi,Ketua Wanita Bahagian Parlimen Bagan Datoh,Datuk Hjh Abaidah bt Zainuddin dan tidak ketinggalan juga hadir pada program jahitan manik ini ialah Penyelia KEMAS Daerah Hilir Perak Pn Zafina bt. Sulaiman.
Selain mempelajari ilmu jahitan juga banyak juga yang dikongsikan bersama-sama penduduk dan pemimpin.Program ini diakhiri dengan jamuan minum petang.

DANDANAN DIRI DI KG CHANG, BIDOR

Oleh : Bintu Darus

"Hitam-hitam si tampuk Manggis, sungguh pun hitam di pandang manis".   Itulah pepatah melayu yang sesuai untuk digambarkan kepada masyarakat orang asli di Kg Chang, Bidor yang telah menghadiri Kursus Dandanan Diri yang telah dianjurkan oleh KEMAS Parlimen Tg. Malim pada 26 Mac 2013 yang lalu.  Seramai 30 orang dikalangan wanita yang telah menghadiri kursus ini  



Program ini diadakan bagi bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara KEMAS dengan masyarakat disini.  Selain itu, bagi mendedahkan masyarakat disini bahawa KEMAS sebagai salah satu agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam memajukan masyarakat luar bandar dengan melalui program seperti ini.

Program ini dimulai dengan ucapan daripada Cik Rohani bt Hj Khalid selaku Penyelia Bahagian Pendidikan Masyarakat KEMAS Parlimen Tg. Malim.  Dalam ucapan beliau, beliau menegaskan bahawa masyarakat Orang Asli tidak perlu malu dan segan untuk menghadiri program-program seperti ini kerana kaum mereka iaitu bumiputera telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.  Mereka sepatutnya merasa bangga dan bersyukur kerana kerajaan sentiasa menjaga kebajikan mereka sehingga ke peringkat akar umbi.


Harapan mereka supaya, program ini akan diadakan lagi pada masa akan datang supaya mereka terdedah dengan dasar-dasar kerajaan yang sentiasa berpihak kepada mereka.  Keinginan mereka untuk menimba ilmu dan pengetahuan tersekat dengan jarak perjalanan yang jauh.  Semoga mereka diberikan ilmu yang bermanfaat untuk mencorak masyarakat yang maju dan berdaya saing.




KEHARMONIAN MELALUI MESRA RAKYAT

23 Mac 2013, ADUN Kawasan Lintang bersama Ketua UMNO Bahagian telah sama-sama hadir ke Majlis Perasmian Program Mesra Rakyat di Kampung Kledang Kota Lama Kanan. Program tersebut pada awalnya dajadual akan dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri Dalam Negeri bagaimanapun beliau tidak dapat hadir atas urusan lain. Namun dengan kehadiran kedua-dua Pimpinan Tertinggi di Sungai Siput telah melahirkan kegembiraan penduduk yang hadir. Semasa dalam ucapan, kedua-dua pemimpin dengan nada yang sama telah menyeru penduduk yang hadir supaya memberikan sokongan kepada kerajaan sedia ada demi kepentingan rakyat serta generasi akan datang. 

Program tersebut dapat sambutan yang begitu menggalakan dari penduduk dimana lebih 150 orang telah hadir. Program tersebut diwarnai dengan pelbagai aktiviti seperti sukaneka, cabutan bertuah, pemberian bantuan makanan serta berbagai aktiviti khusus untuk kaum wanita. Penyelia Pembangunan Desa dan Perhubungan KEMAS Sungai Siput, En Mohd Zahidi Saharudin turut merakamkan ucapan penghargaan kepada kedua-dua Pemimpin kerana sudi hadir bagi menjayakan program tersebut. 












PROGRAM SENTUHAN KASIH PARLIMEN GERIK (PTSR)

 

Program Sentuhan Kasih Kemas DUN Temenggor telah menyerahkan hamper kepada warga emas di Kampung Alai, Seramai 6 orang penerima telah diberikan hamper yang berupa makanan dan keperluan peribadi. Penyerahan hamper ini disampaikan oleh Pn. Siti Khadijah Bt. Junoh, Penyelia Perhubungan Kemas Gerik, Program ini telah dilaksanakan bersama Program Demo Masakan Kek Lapis Sarawak di Bengkel Kelas Masakan Kampung Alai. Lebih 25 orang telah hadir untuk mempelajari cara-cara memasak Kek Lapis Sarawak yang sememangnya menjadi kesukaan ramai. Penduduk yang hadir pada program masakan  sangat bersemangat untuk mempelajari kek ini dan berharap mereka dapat membuat serta menjualnya sebagai pendapatan sampingan selain hanya berkerja kampung.

 

Kelas masakan sebegini mendapat perhatian dan disenangi oleh kebanyakan warga Kampung Alai. Malah mereka juga berharap kelas masakan sebegini dapat diteruskan dari masa ke semasa dengan pelbagai resepi yang dapat menampah hasil pendapatan mereka kelak.


PROGRAM DECOPAGE RAPAT HUBUNGAN SEKAMPUNG

18 Mac 2013- Kampung Changkat Tualang, Kampar. Unit CPM Kampar tidak ketinggalan menjayakan Program Demontrasi membuat Deco Page iaitu teknik membuat Pinggan atau tembikar hiasan kepada seramai lebih 24 orang penduduk kampung turut sama untuk mempelajari teknik tersebut.
Guru dan kakitangan Unit Cawangan Pendidikan Masyarakat Kampar telah berjaya menarik minat penduduk tempatan terutama golongan remaja perempuan turut sama dalam program ini. Ianya mendapat tunjuk ajar dari Jurutunjuk Deco Page KEMAS Kampar, Puan Aini Hayati Harun, Pemaju Masyarakat PKK Keranji.

 Guru PKK sedang memberi tunjuk ajar














SINGGAH MESRA DI KAMPUNG GUNUNG MESAH HULU, GOPENG 18 MAC 2013

18 Mac 2013, Kampung Gunung Mesah Hulu, Parlimen Kampar. Seramai 18 kakitangan KEMAS Kampar  bersama dengan Jalinan Rakyat Kampung tersebut seramai 10 orang. Kedatangan mereka sebagai merapatkan hubungan dengan masyarakat kampung dan menjengah permasalahan yang dihadapi oleh Penduduk setempat.
YB Puan Nolee Ashilin, Ahli Dewan Undangan Tualang Sekah turut sama dalam program ini menjelajah setiap rumah di kampung tersebut. Sambutan penduduk amat menggalakkan.
Hasil pertemuan terus dari Puan Nolee Ashilin, ADUN Tualang Sekah telah memberikan keyakinan yang baik dari Penduduk setempat.

 Kakitangan KEMAS Kampar bersama penduduk Kampung Gunung Mesah Hulu mendengar Taklimat dari Ketua Kampung, Encik Termizi





 YB Nolee Ashilin, ADUN Tualang Sekah sempat beramah mesra dengan penduduk yang sempat disinggahi 


PROGRAM PAUTAN KASIH DI KG. JAHANG, GOPENG

Penyelia Kanan bersama YB. ADUN Tualang Sekah bermesra dengan ibu tunggal

Salah seorang penduduk berkongsi cerita kepada YB. Pn. Nolee

Khamis, 14 Mac 2013 - Seramai 40 orang penduduk Kampung Jahang, Gopeng menerima kunjungan dari YB. Pn. Nolee Ashilin binti Dato' Mohd. Radzi (ADUN Tualang Sekah) untuk menyerahkan sumbangan merupakan hamper makanan dengan kerjasama Pengerusi & Ahli JKKK Kg. Jahang. Penduduk kampung berasa berbesar hati dan gembira dengan kehadiran YB. Pn. Nolee meninjau dan bertanyakan khabar selalu ke kampung ini. 

Warga emas terkejut dengan kehadiran YB. Nolee

Dengan adanya program sebegini rupa yang dinamakan Pautan Kasih amat bermakna bagi sesuatu penduduk kampung dan kita boleh beramah mesra dan tinjau jika ada pemasalahan yang dialami oleh penduduk kampung, kata YB. Pn. Nolee. Beliau menyatakan pihak KEMAS Kampar sering adakan program sampai beliau tidak ada masa untuk turut sama. 

YB. Nolee sempat meninjau rumah yang baru dibaikpulih

YB. Pn. Nolee yakin dengan penduduk kampung tersebut dapat memberi sokongan penuh kepada kerajaan yang sedia ada kekalkan pemerintahannya kerana kerajaan BN yang membela nasib rakyat. Dengan adanya agensi KEMAS yang merata-rata dapat menjadi penghubung kepada rakyat dan pemimpin masyarakat.

DISKUSI ILMIAH MEMBENTUK PERPADUAN UMMAH




oleh: zuraidah sulaiman

        Teluk Intan, 26 mac 2013, 3.00 ptg - Kampung Pulau Ganda Suli telah mengadakan diskusi ilmiah yang telah disampaikan oleh Ustaz Abd. Khodir b Rejab (Penyelia Bina Insan Teluk Intan). Seramai lebih 50 orang telah hadir menjayakan program ini. Turut hadir ialah Ketua Kampung, Ketua Cawangan, Ketua Wanita dan penduduk setempat.



Antara ceramah yang disampaikan ialah isu semasa. Ustaz Abd Khodir telah menyentuh PRU 13 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Beliau mengharapkan penduduk di kampung ini hendaklah berusaha untuk memastikan kemenangan dalam pilihanraya kali ini.


ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...