Rabu, 27 Mac 2013

KEHARMONIAN MELALUI MESRA RAKYAT

23 Mac 2013, ADUN Kawasan Lintang bersama Ketua UMNO Bahagian telah sama-sama hadir ke Majlis Perasmian Program Mesra Rakyat di Kampung Kledang Kota Lama Kanan. Program tersebut pada awalnya dajadual akan dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri Dalam Negeri bagaimanapun beliau tidak dapat hadir atas urusan lain. Namun dengan kehadiran kedua-dua Pimpinan Tertinggi di Sungai Siput telah melahirkan kegembiraan penduduk yang hadir. Semasa dalam ucapan, kedua-dua pemimpin dengan nada yang sama telah menyeru penduduk yang hadir supaya memberikan sokongan kepada kerajaan sedia ada demi kepentingan rakyat serta generasi akan datang. 

Program tersebut dapat sambutan yang begitu menggalakan dari penduduk dimana lebih 150 orang telah hadir. Program tersebut diwarnai dengan pelbagai aktiviti seperti sukaneka, cabutan bertuah, pemberian bantuan makanan serta berbagai aktiviti khusus untuk kaum wanita. Penyelia Pembangunan Desa dan Perhubungan KEMAS Sungai Siput, En Mohd Zahidi Saharudin turut merakamkan ucapan penghargaan kepada kedua-dua Pemimpin kerana sudi hadir bagi menjayakan program tersebut. 












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...