Rabu, 27 Mac 2013

TRANSFORMASI MINDA DI KAMPUNG BAHAGIA

YB Dato' S.K. Devamani telah hadir serta memberi ceramah didalam Program Transformasi Minda di Kampung Bahagia pada 24 Mac 2013. Program anjuran KEMAS dengan kerjasama  JKKK Kg Bahagia dan kumpulan Pemuda Kg Bahagia. Dalam ceramahnya YB Timbalan Menteri iu menyentuh pelbagai perkara berkaitan dasar-dasar kerajaan serta menekankan peranan golongan muda menjayakan dasar transformasi negara.

Beliau juga menyentuh pelbagai isu semasa yang menggugat kedaulatan negara. Program tersebut dipenuhi pelbagai aktiviti seperti kuiz, pertandingan dat dan cabutan bertuah. Program yang mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari penduduk Kg Bahagia itu dihadiri lebih 150 orang. Turut hadir adalah Dato' Haji Mohd Zulkafli Hj Harun, Ketua UMNO Bahagian, Dato' Mohd Akhiar Mohd Wazer Affendi Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan En Yunus Husin, Naib Ketua UMNo Bahagian serta En Liew Yew Aw, Penyelaras DUN Jalong.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...