Rabu, 27 Mac 2013

SEMBANG ORANG MUDA SG SIPUT

Sering kedengaran rungutan yang menyatakan bahawa golongan muda sering dipinggirkan dari aktiviti serta program di Kampung-Kampung. Maka pihak KEMAS Sg Siput telah mengambil inisiatif menganjurkan Program Sembang Orang Muda di Kampung Loh Karai khusus untuk golongan tersebut. Melalui program ini, pihak KEMAS melalui Unit Pembangunan Desa dan Pehubungan telah mengadakan kerjasama dengan golongan pemuda di Kampung Loh Karai bagi menjayakan program tersebut. Program yang berlangsung hampir seminggu iaitu sejak 2 Mac sehingga ke Majlis Penutup pada 7 Mac 2013, telah menjalankan pelbagai pertandingan seperti Futsal, Sepak Takraw, Dat serta Bola Jaring. ADUN Kawasan Lintang yang berucap dihadapan hampir 70orang yang hadir melahirkan kegembiraan beliau kerana penglibatan golongan muda di Kampung tersebut tanpa mengira fahaman politik adalah sangat baik sekali. Ini terbukti apabila Jawatankuasa yang melaksanakan Program tersebut adalah merupakan mereka yang terdiri dari kalangan NGO, Pemuda UMNO serta PAS. Beliau turut melahirkan harapan agar kerjasama tersebut dapat diteruskan hingga golongan muda mengambil alih kepimpinan Kampung suatu hari nanti.

Melalui program tersebut juga, wakil Pemuda telah membangkitkan pelbagai perkara yang memerlukan perhatian dari pihak kerajaan antaranya memohon baikpulih bumbung Dewan sebaguna Loh Karai dan Gelanggang Futsal, serta mereka berharap pihak kerajaan dapat menyediakan sebidang tanah untuk dijadikan padang permainan golongan tersebut. Turut hadir ke majlis itu adalah Cik Khairun Nisa' Roshidi Pegawai KEMAS Daerah K.Kangsar, En Yunus Husin (Wakil Dato' Haji Mohd Zulkafli Harun), En Mohd Zahidi Saharudin, Penyelia Pemb. Desa & Perhubunagn KEMAS Sg Siput serta barisan kepimpinan JKKK Loh Karai.


  YB Datuk Haji Ahamad Pakeh Adam sedang menyampaikan ucapan semasa Program Sembang Orang Muda di Kg Loh Karai

Pegawai KEMAS Daerah Kuala Kangsar, Cik Khairun Nisa' Roshidi menyampaikan hamper kepada pemenang Pertandingan FUTSAL.
  
Jawatankuasa yang menjayakan Program Sembang Orang Muda bergambar bersama tetamu yang hadir


Antara yang hadir ke Program Sembang Orang Muda Kg Loh Karai.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...