Memaparkan catatan dengan label GSPS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GSPS. Papar semua catatan
Isnin, 1 April 2013
RESDUNG OH RESDUNG.
Berita : teja
Gambar : teja
LARUT.27.3.2013 - Unit Dandanan Diri di bawah seliaan bahagian Pendidikan Masyarakat telah berjaya melaksanakan satu lagi siri jelajah program GSPS Dandanan Diri iaitu Rawatan Facial Resdung kepada kaum wanita ,ibu tunggal dan remaja di Kampung Pantai Besar Ijok,yang di laksanakan oleh Juru Dandanan Diri Puan Zainab Bt Awang yang turut dibantu oleh seorang peserta nya yang telah berjaya dan mempunyai SKM dalam bidang ini.
Rata -rata mereka telah menunjukan minat yang bersungguh untuk mengikuti serta memohon untuk menjadi peserta bagi Kelas Dandanan Diri ,Kg Batu 20 yang terdapat di Parlimen Larut.Seramai 30 orang wanita ,ibu tunggal dan tidak terkecuali juga para remaja yang hadir pada Demontrasi yang telah dijalankan pada petang itu.Sehingga ada yang meminta untuk di teruskan sahaja program seperti ini.
Sesungguhnya KEMAS ,Semakin di Minati.......
Ahad, 31 Mac 2013
PROGRAM ASAS KECANTIKAN DAN DANDANAN DIRI
Program yang diadakan pada 25 Mac 2013 bertempat di Bilik Gerakan Taman Desa Melati Felcra Bandar Seberang Perak ini telah dirasmikan oleh Pn.Suhaili Bt Suib Timbalan Ketua Puteri UMNO Bahagian Pasir Salak.Turut mengiringi Pn.Suhaili ialah Pn.Mazlina Bt Darus AJK Puteri UMNO Bahagian Pasir Salak dan Pn.Siti Azizah Bt Ya'akob Penyelia Unit Cawangan Pendidikan Masyarakat KEMAS Parlimen Pasir Salak.
Demonstrasi Asas kecantikan dan dandanan diri ini telah disampaikan olen Nur Aslina Binti Mohamad PM PKK yang dijemput khas dari Daerah Kampar. Majlis ini diakhiri dengan sesi ceramah isu semasa yang telah disampaikan oleh En.Azmi bin Ismail Penyelia Perhubungan Dun Kg.Gajah.
DISKUSI ILMIAH DI JALAN FERI
Disediakan oleh : shafika
25 MAC 2013_ISNIN.Program diskusi ilmiah telah dilaksanakan disurau JKR Jalan Feri,Bagan Datoh pada pukul 8.30 pagi sehingga 10.00pagi.Program yang telah berlangsung selama sejam lebih ini telah diceramahkan oleh Ustazah Haliman Sa'diah,beliau juga merupakan seorang pesara guru besar yang berkebolehan.Beliau telah membincangkan topik Khusyuk Dalam Solat,walaupun ceramah ini agak singkat tetapi banyak ilmu yang boleh diambil oleh setiap yang hadir.
Selain dari itu,terdapat beberapa suara yang menyatakan bahawa mereka tidak berapa disenangi dengan program yang dilaksanakan oleh kemas di kawasan kampung mereka in,mereka beranggapan bahawa pihak kemas telah sibuk memasuki kampung dan membuat program di kampung mereka,walaupun begitu seramai 24 orang telah hadir dan sudi meluangkan masa diwaktu pagi ini untuk bersama-sama mendengar ceramah yang disampaikan dan dikelolakan oleh kemas bagan datoh.Program ini diakhiri dengan jamuan dan salam bersalaman..
Khamis, 28 Mac 2013
TRANSFORMASI MINDA
Disediakan oleh : shafika
RABU,pada pukul 9.00 pagi Program Transformasi Minda telah berlangsung di Pusat Sumber Selekoh hari ini 28 MAC 2013 dengan ringkas tetapi padat dengan slot.Program ini telah diselaras oleh Puan Hasnah Binti Mustafa,beliau merupakan Penyelia Bahagian Pembangunan Masyarakat Parlimen Bagan Datoh.
Program ini terbahagi kepada dua slot iaitu slot bicara tokoh dan satu slot lagi slot musang berjanggut.Kehadiran yang menghampiri seramai kira-kira mencecah 50 orang ini dapat dimuatkan didalam Pusat Sumber KEMAS Selekoh,Dun Rungkup,Parlimen Bagan Datoh.Tetamu kehormat yang hadir sekaligus menjadi sebagai pemberi ucapan ialah Tuan Haji Hasan Bin Hamzah.Beliau merupakan Pengerusi Yayasan Buku Malaysia dan merangkap sebagai Naib Timbalan UMNO bahagian Bagan Datoh.
Pada slot pertama iaitu slot bicara tokoh,banyak dari ucapan Tn Haji Hasan ini sangat mengujakan ,diantara nya apabila beliau menyentuh tentang hasil pengarangan beliau yang telah mencecah 25 buah buku,hasil penerbitan beliau pula telah mencecah ribuan buku dan kini sebuah galeri buku sedang dibina atas hasil titik peluh beliau juga yang dibina untuk dikongsikan bersama-sama dengan penduduk parlimen bagan datoh.
Slot kedua ialah slot musang berjanggut,slot ini ialah slot aktiviti yang melibatkan peserta ahli pusat sumber selekoh ini sendiri bersama pemaju masyarakat perpustakaan.Aktiviti ini mengisahkan pengasingan rempah ratus dan kekacang.
Labels:
BAGAN DATOH,
GSPS
Langgan:
Catatan (Atom)
