Ahad, 31 Mac 2013

DISKUSI ILMIAH DI JALAN FERI

Disediakan oleh : shafika

25 MAC 2013_ISNIN.Program diskusi ilmiah telah dilaksanakan disurau JKR Jalan Feri,Bagan Datoh pada pukul 8.30 pagi sehingga 10.00pagi.Program yang telah berlangsung selama sejam lebih ini telah diceramahkan oleh Ustazah Haliman Sa'diah,beliau juga merupakan seorang pesara guru besar yang berkebolehan.Beliau telah membincangkan topik Khusyuk Dalam Solat,walaupun ceramah ini agak singkat tetapi banyak ilmu yang boleh diambil oleh setiap yang hadir.


Selain dari itu,terdapat beberapa suara yang menyatakan bahawa mereka tidak berapa disenangi dengan program yang dilaksanakan oleh kemas di kawasan kampung mereka in,mereka beranggapan bahawa pihak kemas telah sibuk memasuki kampung dan membuat program di kampung mereka,walaupun begitu seramai 24 orang telah hadir dan sudi meluangkan masa diwaktu pagi ini untuk bersama-sama mendengar ceramah yang disampaikan dan dikelolakan oleh kemas bagan datoh.Program ini diakhiri dengan jamuan dan salam bersalaman..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...