Ahad, 31 Mac 2013

Karnival Astro Fiesta Parlimen Parit di Padang SMKDARY Bota Kanan


Oleh : Wartawan MEDIA KEMAS Parlimen Parit

Bota 30/03/2013 : Karnival Astro Fiesta telah berlangsung selama 3 hari iaitu dari 29-31 Mac 2013 di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Yaakub. Pelbagai acara diadakan antaranya Senam Aerobik, Jualan Gerai-gerai, Pemeriksaan Gigi Percuma, Wayang Pacak, Ceramah Agama, Pertandingan mewarna, pertandingan pakaian beragam kanak-kanak, Kembara Dekati Rakyat KEMAS Negeri Perak dan pelbagai lagi acara pertandingan yang diadakan.



Terima kasih kepada kanak-kanak TABIKA KEMAS yang terlibat di dalam acara pertandingan mewarna dan pakaian beragam serta terima kasih juga kepada KEMAS Negeri yang singgah di TABIKA Bota Kanan untuk menjamu selera Gulai Tempoyak Ikan Patin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...