Ahad, 31 Mac 2013

PEMBERIAN HAMPER DIHARAPKAN DAPAT BANTU MASYARAKAT

BUKIT GANTANG, 24/3/2013 ( Ahad ) - Anggaran lebih 432 orang penduduk yang ditemui oleh KEMAS di DUN Changkat Jering bagi perlaksanaan Program Titik Sentuhan Rakyat yang dikenali sebagai Skuad Kunjungan Kasih khasnya untuk merapatkan silatulrahim diantara masyarakat dan Pemimpin Tempatan serta Jabatan KEMAS khasnya. Peserta yang terpilih turut diberikan hamper barangan sebagai tanda hati ikhlas daripada KEMAS terhadap golongan yang kurang bernasib baik. Mereka turut melahirkan kesyukuran diatas kunjungan ini kerana mereka terasa seperti dihargai dan disayangi.

Program ini juga telah menggerakkan seluruh anggota KEMAS di kawasan serta pimpinan pimpinan masyarakat. Program ini turut dicadangkan supaya dilaksanakan setiap tahun walaupun tanpa pemberian barangan, hanya penjelasan isu yang diutamakan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...