Ahad, 31 Mac 2013

KEMAS TERUS BANTU MASYARAKAT DALAM PERNIAGAAN

BUKIT GANTANG, 26/3/2013 ( Selasa ) -   Bertempat di rumah Pn. Rajimah, salah seorang perserta BEK di Kampung Batu Hampar Dalam, Trong, telah dijalankan satu Program Jahitan Manik khususnya untuk beliawanis di kawasan sekitarnya. Tanpa diduga program ini mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk sekitarnya. Peserta yang hadir adalah seramai 45 orang yang telah dikenalpasti daripada Kampung Padang Serai Luar, Kampung Batu 26, Kampung Matang Merbau dan Kampung Matang Aceh.
Pn. Zurita binti Dzahir, PM PK daripada Bengkel Jahitan Jelutong telah dipilih sebagai Pendemo pada kali ini dan beliau telah menunjukkan cara-cara jahitan manik untuk tangan baju kurung dan juga boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti peserta. Jahitan manik kini kian popular dikalangan remaja kerana dikatakan si pemakai akan nampak lebih menarik dan bergaya. Peserta juga diperkenalkan teknik pemilihan warna dan corak yang bersesuaian dengan warna dan jenis kain.
Peserta berpendapat bahawa program sebegini mampu mengumpulkan beliawanis di kawasan mereka untuk berkumpul dan melaksanakan aktiviti yang berfaedah disamping menjana pendapatan sampingan yang lumayan. Peserta amat berharap sekiranya KEMAS senantiasa dapat mendampingi masyarakat luar bandar amnya.

Program ini turut disusuli dengan Penerangan Isu-Isu Semasa yang telah disampaikan oleh Pn. Hjh. Selabiah binti Awang yang menyentuh pelbagai bantuan yang telah disalurkan terus kepada rakyat contohnya BR1M, RM 100, RM 200 untuk telefon pintar khasnya kepada golongan remaja dan sebagainya. Beliau turut memberitahu para peserta mengenai dasar dasar kerajaan sedia ada yang memberi manafaat kembali kepada rakyat,tidak meminggirkan apa jua golongan masyarakat,muda atau warga emas,bayi atau kanak kanak. Komitmen kerajaan dalam menunaikan semua janji,dan semua ini dapat rakyat nikmati dengan kecekapan kerajaan sedia ada.Dan beliau juga berharap masyarakat generasi ini dapat mengekalkan kesejahteraan demi keamanan dan kemakmuran jua dapat diwarisi kepada generasi akan datang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...