Ahad, 31 Mac 2013

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA PUSAT SUMBER KEMAS TRONG

BUKIT GANTANG, 30/3/2013 ( Sabtu ) - Memetik mutiara kata dari Mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad " Kita boleh mempunyai pendapat berbeza dalam politik negara, tetapi apabila kita berhadapan dengan kemungkinan orang lain cuba menjajah kita, kita patut rapatkan barisan, itulah makna patriorisma. Kita rapatkan barisan dan lupakan tentang perselisihan faham antara kita supaya dapat menumpukan kepada segala usaha untuk mempertahankan negara..". Itulah bait-bait kata daripada Johan pertandingan Pidato sempena Program Transformasi Minda Pusat Sumber KEMAS Trong yang berlansung semalam mulai pagi hingga ke petang. Kehadiran adalah seramai 45 orang.
Pada sesi pagi diadakan pertandingan Pidato yang melibatkan seramai 5 orang peserta yang bertanding. Walaupun sedikit jumlah penyertaan tetapi nilai-nilai patriorisma dapat diterapkan kepada belia dan beliawanis di Kampung Salak Baru dan kawasan sekitarnya. Pertandingan ini telah diadili oleh Pn. Hjh. Selabiah binti Awang dan En. Hashim daripada PKG, SK Toh Johan, Trong.
Pada sesi petang pula diadakan pula Bual Bicara yang membincangkan pelbagai isu hangat masa kini dan diantara panel yang terlibat adalah Datuk Hj. Rosli bin Husin ( ADUN Ttong ), En. Hamdan bin Murad ( Penyelaras DUN Trong ), En. Hashim ( PKG SK Toh Johan ) dan En. Tarmizi ( Ketua Kampung Salak Baru ). Bual Bicara ini telah dimoderatorkan oleh Pn. Hjh. Selabiah binti Awang. Pelbagai ragam emosi dan reaksi yang dapat dilihat daripada golongan muda terhadap isu yang diutarakan. Antara isu yang hangat adalah isu penglibatan ataupun pertelingkahan yang berlaku di Lahat Datu, Sabah. Walaubagaimanapun sesi soal jawab tidak dilaksanakan diatas faktor kesuntukan masa dan akan dilaksanakan sekali lagi di PDM Trong Barat dengan peruntukan dari NGO yang lain.
KEMAS Bukit Gantang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat didalam program ini dan supaya hubungan silatulrahim ini berkekalan hingga ke generasi akan datang.

                                                    Pulau Tioman Pulau Pangkor,
                                                    Tak Lupa Juga Tasik Pedu,
                                                    Indah Permai Aman Dan Permai,
                                                    Inilah Malaysia Negaraku.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...