Memaparkan catatan dengan label PR 1. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PR 1. Papar semua catatan

Rabu, 19 Jun 2013

KURSUS ORIENTASI PEMAJU MASYARAKAT KPDM (GRED S27) SIRI 1/2013, VIRGO BATIK RESORT, TELUK BATIK



Kursus Orientasi Pemaju Masyarakat KPDM (Gred S27) telah diadakan di Virgo Batik Resort, Teluk Batik  pada 27 Mei 2013 hingga 31 Mei 2013. Kursu ini dianjurkan oleh Bahagian Latihan dan Kemajuan Kerjaya Kemas, Putra Jaya.Penyelaras Kursus ialah Puan Wan Norlee Wan Ismail, Pengarah Latihan dan Kemajuan Kerjaya KEMAS Malaysia. Urusetia di Ketuai oleh Tuan Syed Ibrahim Byros Khan.












Seramai 16 orang fasilitator telah terlibat dalam menjayakan kursus orientasi ini di ketuai oleh Encik Mokhtar sebagai Ketua Fasilitator dan Encik Zawawi sebagai Timbalan Ketua Fasilitator. Moderater kursus ini ialah Encik Ismail Dikon.





















Ketua Pengarah KEMAS Malaysia, Yang Berbahagia Dato' Hassan Mohd Amin telah berbesar hati untuk memberi kan Ucaptama dalam kursus ini. Acara Penutup pula di lakukan oleh Yang Berusaha Encik Mohd Ali Hanafiah Abu Hassan, Peolog Pengarah Pengurusan I, KEMAS Perak.

Khamis, 18 April 2013

DISKUSI ILMIAH DI TAMAN ANJUNG BEMBAN MAJU

Oleh   :   Alya Khir




Program Diskusi Ilmiah telah di adakan di Taman Anjung Bemban Maju pada hari ini, 11 April 2013.Program ini telah di adakan di rumah Pengerusi Tabika Taman Anjung Bemban Maju, iaitu Encik Zuhairi Bin Abdullah.Program ini di mulakan kira-kira jam 2.45 petang.

                              

Pengisian Program Diskusi Ilmiah ini ialah bacaan yassin dan tazkirah.Bacaan yassin di ketuai oleh Ustazah Khadijah Binti Nadzeri, iaitu Pemaju Masyarakat Bina Insan Parlimen Batu Gajah.Manakala tazkirah pula di sampaikan oleh Ustaz Mior Arzai Bin Haji Musa, iaitu Penyelia Bina Insan Parlimen Batu Gajah.Seramai 22 orang kaum ibu hadir untuk sama-sama mengikuti program ini.



Program ini di adakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara pihak KEMAS dan juga masyarakat di kawasan ini.Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat di taman ini dan juga di hadiri oleh penduduk taman yang berhampiran.


SUMBANGAN WARGA EMAS DI NARBOROUGH ESTATE

Oleh : Bintu Darus

"Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir".  Itulah prinsip yang dipegang oleh Menteri Besar Perak Dato' Seri Di Raja Dr. Zambry bin Abdul Kadir.  Lalu KEMAS menggarap prinsip tersebut dengan melaksanakan Program sumbangan warga emas - Masyarakat India yang telah dijalankan di Narborough Estate, Perlok pada hari 11 april 2013 ini.

Seramai 20 orang warga emas yang telah terpilih dalam pemberian ini.  Berkalung-kalung ucapan terima kasih telah KEMAS terima daripada masyarakat ini kerana prihatin dengan kaum mereka.  KEMAS menjelaskan bahawa ini adalah tanggungjawab KEMAS sebagai salah satu agensi kerajaan dalam membantu dan memajukan masyarakat luar bandar.  


Turut hadir di dalam program ini ialah Ketua Wanita UMNO Cawangan Hjh Baayah bt Hj Ahmad, Penyelia Ladang iaitu Hj Tazali bin Hj Ahmad, Penyelia Pembangunan Desa dan Perhubungan DUN Behrang, Puan Jamilahtun bt Hj Mohd Nor dan Puan Juwita bt Abas, Pemaju Masyarakat Pentadbiran.
Kepuasan terasa apabila dapat melihat senyuman yang terukir di setiap bibir penerima sumbangan.  Harapan semoga masyarakat ini akan menyokong usaha KEMAS dalam setiap program yang dijalankan dan seterusnya dapat melahirkan bibit kemesraan anatara KEMAS dengan masyarakat ini.



BACAAN YASSIN DAN TAZKIRAH DI FELDA GUNUNG BESOUT 03

Oleh : Bintu Darus

"Hak sesama Islam" adalah tajuk tazkirah yang telah disampaikan oleh Hjh Musrifah bt Sahari, mantan Pemaju Masyarakat Bina Insan KEMAS Parlimen Tg. Malim.  Gaya penyampaian yang lembut dalami tegas itu telah menarik perhatian hadirin yang hadir.  Program ini telah dianjurkan oleh KEMAS Parlimen Tg. Malim pada 11 April 2013 ini.
 
Program ini diadakan bagi tujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara KEMAS dengan masyarakat sekitar.  Walaupun didalam FELDA telah banyak program seperti ini tetapi program KEMAS tetap pilihan mereka.  Itulah keistimewaan KEMAS kerana telah melahirkan pemaju masyarakat yang serba boleh dalam bidang kerohanian, kesejahteraan keluarga mahupun pra sekolah.

Harapan mereka supaya program ini diadakan lagi memandangkan FELDA ini mempunyai keluasa yang besar.  Dan mereka mahukan setiap pelusuk Felda ini dimasuki dengan aktiviti KEMAS.

"TALAM TOKYO" TARIK MINAT WARGA FELDA

Oleh : Bintu Darus

Hendak makan Talam Tokyo? Tidak perlu pergi sampai ke Tokyo...di Malaysia pun boleh dapat.  Nama yang unik......itulah masakan yang dipersembahkan dalam program demonstrasi masakan yang telah dijalankan oleh Puan Moli bt Taharim, Pemaju Masyarakat Pendidikan Kesejahteraan Keluarga KEMAS Parlimen Tg. Malim pada 12 April 2013 yang lepas.



Resepi ini telah menarik minat penduduk di perkampungan Tanah Rancangan Felda Trolak Utara untuk hadir bagi bersama-sama mempelajari 'Talam Tokyo' ini.  "Tak kenal maka tak cinta", walaupun rupanya tidak seindah namanya tetapi rasanya cukup enak.


Program ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara penduduk tanah rancangan ini dengan KEMAS. Selain itu, ianya bagi mendedahkan masyarakat bahawa peranan KEMAS bukan setakat untuk pendidikan kanak-kanak sahaja malah KEMAS juga mempunyai pendidikan kesejahteraan keluarga dan kerohanian insaniah.


Harapan penduduk disini semoga program seperti ini akan sentiasa diteruskan dari masa ke semasa.  Dengan izin Allah, KEMAS akan sentiasa membantu dalam memajukan masyarakat luar bandar khususnya. 

SUMBANGAN WARGA EMAS DI BATU 7, BEHRANG ULU

Oleh : Bintu Darus

Bertempat di Batu 7, Behrang Ulu telah diadakan program sumbangan warga emas pada 12 April 2013 yang lepas.  Program ini dianjurkan oleh KEMAS Parlimen Tg. Malim.  Sumbangan ini diberikan kepada 20 orang warga emas yang telah dipilih dalam menerima sumbangan.
Program ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara kami disamping bagi mendekati dan menyelami hati serta perasaan warga emas ini.  Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.  Itulah yang KEMAS dapat rasakan apabila selesai mengadakan program pemberian sumbangan ini..


Hati terusik apabila mendengar rintihan mereka berkenaan nasib yang menimpa. Kita hanya mampu merancang, Allah swt yang maha menentukan.  Tetapi disebalik musibah yang menimpa, akan ada pelangi yang menyusul.  Itulah yang kami tanamkan dalam hati mereka.  






Semoga dengan sedikit sumbangan daripada pihak KEMAS ini, akan membawa sedikit cahaya di dalam hati mereka.  KEMAS harap ukhuwah ini akan berkekalan dan kerajaan akan sentiasa membantu pada mereka yang memerlukan melalui jabatanjabatan kerajaan seperti KEMAS.

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...