Jumaat, 29 Mac 2013

PTSR1- KEBUN DAPUR RPA 4, MANONG

Oleh: Nazrul Taharim 

Kuala Kangsar - KEMAS Parlimen Kuala Kangsar di bawah Pembangunan Pra Sekolah telah mengadakan program kebun dapur bersama masyarakat Taman RPA 4, Manong. Program ini juga melibatkan TABIKA & TASKA KEMAS RPA 4.




Antara aktiviti yang diadakan dalam program tersebut termasuklah gotong-royong persekitaran premis KEMAS, dan menanam pelbagai pokok sayuran. Program tersebut disempurnakan oleh Pn Hjh Musalmah binti Muhammad, Penyelia Pra Sekolah KEMAS Parlimen Kuala Kangsar. 

Beliau menyifatkan aktiviti sebegini amat wajar diadakan di setiap premis bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan harian membeli sayuran malah dapat mengelakkan daripada racun serengga dan baja kimia dalam sayuran yang dibeli. 

Membudayakan bumi hijau adalah amat penting bagi mendidik masyarakat disamping memupuk semangat silaturrahim dan saling bekerjasama antara satu dengan lain. Aktiviti sebegini dapat mengujudkan kejiranan yang muafakat. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...