Jumaat, 29 Mac 2013

PTSR1 - KURSUS IMAM PARLIMEN KUALA KANGSAR

Oleh: Nazrul Taharim

Kuala Kangsar - 9 Mac 2013, KEMAS Parlimen Kuala Kangsar dibawah kelolaan Unit Bina Insan dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Kangsar telah menganjurkan Kursus Imam bagi memperkasakan Imam-Iman di Daerah Kuala Kangsar .





Tn Hj Suparnur bin Mohd Arjor, Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Kuala Kangsar merangkap Pengerusi Program menyampaikan ucapan terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh semua Imam di Parlimen Kuala Kangsar. Program telah dirasmikan oleh YB Dato' Wan Khair-il Anuar bin Wan Ahmad ADUN Kawasan Bukit Chandan . Beliau menyatakan Imam merupakan orang yang amat dihormati dan dipercayai oleh masyarakat. Imam adalah salah satu tunjang dalam sesebuah kampung dan merupakan simbol kepada perpaduan dan keagamaan. 
 


 
Pada majlis penutupan program, YB Dato' Ramly bin Zahari ADUN Kawasan Manong telah melapangkan masa hadir untuk menyampaikan ucapan seterusnya menutup program tersebut seterusnya menyampaikan sijil kepada semua Imam di Parlimen Kuala Kangsar. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...